Musang King Rupanya Zain Ruffedge Tersingkir Di Episod 4 The Masked Singer Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Musang King Rupanya Zain Ruffedge Tersingkir Di Episod 4 The Masked Singer Malaysia

Trending

Musang King Rupanya Zain Ruffedge Tersingkir Di Episod 4 The Masked Singer Malaysia

Episod 4 The Masked Singer Malaysia dah pun berlalu. Kak Bell sempat menonton di Astro Go tetapi baru la ni ada masa nak kongsikan 'recap' minggu keempat. Rancangan nyanyian The Masked Singer Malaysia yang telah berlangsung di Shah Alam Theatre membawakan 9 orang peserta selebriti untuk episod ke-4.


Masuk minggu ke-4 juri masih lagi tidak dapat meneka dengan tepat. Kak Bell pun sama juga. Dalam banyak-banyak juri, tekaan Zizan ke laut sangat. Macam tak logik tekaannya. Kak Bell pun tak boleh nak hadam klu-klu yang diberikan setiap minggu. Haha.

Untuk minggu lalu, Kak Bell berpendapat semua peserta menyanyikan lagu mereka dengan baik, ada peningkatan dan ada juga pada Kak Bell biasa-biasa sahaja. Peserta wanita sememangnya menunjukkan peningkatan dalam persembahan mereka dengan membawakan lagu-lagu yang lebih mencabar. Pilihan Kak Bel untuk peserta wanita adalah Rajah Brooke dan Wau.


Peserta lelaki juga kebanyakkan ok, tetapi nampak penurunan untuk Orang Utan yang semakin boring tidak seperti di awal episod The Masked Singer Malaysia. Untuk Reno dan Ayam Jantan memang best sebab membawakan lagu yang susah. Bagi peserta lelaki Kak Bell pilih Reno dan Ayam Jantan (yang diyakini adalah Hairul Azreen) yang menyanyikan lagu Farhana/Jinbara dengan wow! Bukan senang nak menjerit di bahagian akhir lagu tersebut kan. 

Musang King Tersingkir Di Minggu Ke-4

Minggu keempat menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Sumpah nyanyian asal Aina Abdul. Memang dari awal Rajah Brooke jadi pilihan Kak Bell. Episod kali ini, baju Rajah Brooke cantik sangat.

Akhirnya, 3 peserta yang berada di kedudukan terbawah adalah Orang Utan, Bunga Raya dan Musang King. Kak Bell menjangkakan Orang Utan akan berada di 'bottom three' dan tak sangka untuk markah Wau hanya di tempat ke-5.


Musang King yang dipakai oleh penyanyi dan pelakon Zain Ruffedge terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Situasi dendangan asal kumpulan Bunkface sekaligus tersingkir pada minggu keempat. Zain Hamid yang biasa dalam genre (R&B) telah menukar cara nyanyiannya setiap minggu. Memang tak dapat nak agak.

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu keempat.

#1 Rajah Brooke (Sumpah/Aina Abdul) : 96.00%
#2 Reno (Sedang Ingin Bercinta/Dewa 19) : 91.00%
#3 Ayam Jantan (Farhana/Jinbara) : 89.00%
#4 Enggang (Jampi/Hael Husaini) : 87.00%
#5 Wau (Kesal/Ella) : 87.00%
#6 Rafflesia (Sayang/Via Vallen) : 86.00%
#7 Orang Utan (Joget Angan Tak Sudah/Jay Jay) : 85.00%
#8 Bunga Raya (Perhaps/The Pussycat Dolls) : 80.0%
#9 Musang King (Situasi/Bunkface) : 67.00%

Klu yang diberikan untuk Musang King adalah buah durian yang menggambarkan bakat Zain Hamid sebagai penyanyi dan pelakon. Apa pendapat korang tentang klu yang diberikan, Kak Bell cuma agak dia ada jual produk dari durian ajelah. Noob sangat kan.

Jom saksikan episod seterusnya untuk mengetahui siapa yang akan tersingkir di The Masked Singer Malaysia Ep. 5. Nasib baik ada aplikasi Astro GO untuk Kak Bell tonton.

Kredit:
Astro dan Astro Gempak
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post