YOUYU Beef ATSKY Damansara Setanding Daging Wagyu

Daging Wagyu memang terkenal sebagai daging terbaik dan disukai ramai. Daging yang berkualiti premium ini memang manjadi kegemaran bagi peminat hidangan stik. Sebenarnya Kak Bell pun belum pernah mencuba hidangan stik wagyu, maklumlah harga sepinggan pun boleh mencecah ratusan ringgit.

Kisahnya minggu lalu, Kak Bell mendengar desas-desus ada sebuah restoren baru eksklusif baru dibuka, hidangan makanan 5 bintang tetapi harga macam kedai mamak. Disebabkan gambaran netizen yang berkongsi cerita apabila melawat restoran ATSKY di Kota Damansara, Kak Bell terus gigih ingin mencubanya sendiri. Nak tahu lebih lanjut hidangan apa yang telah Kak Bell cuba, dan betul ke daging YOUYU mereka setanding dengan daging Wagyu, jom baca lebih lanjut.


Jom Makan Di Langit ATSKY Damansara 

Restoran ATSKY yang terletak di atas bumbung bangunan Dataran Cascades, Kota Damansara ini telah dibuka sejak April lalu. Berikutan serangan wabak Covid-19 yang melanda, operasi mereka tergendala sementara dan kini telah pun beroperasi semula seperti biasa.

Kredit gambar afzalsukasuki.com

Kredit gambar afzalsukasuki.com

Lokasi ATSKY yang menarik, mewah dengan keluasan 13,000 kaki persegi ini, sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan lokasi bagi majlis keraian dan bersantai.

Dengan rekaan suasana yang pelbagai, gabungan ruang berhawa dingin, ruang terbuka & juga ruang majlis keraian menjadikan ATSKY sangat sesuai di kunjungi pelbagai lapisan masyarakat samaada untuk bersantai, makan bersama keluarga & menyambut keraian termasuk majlis hari jadi hingga keraian besar seperti kenduri kahwin. Apa yang dapat Kak Bell katakan, rekaan restoren ATSKY ini sangat eksklusif dan bertaraf lima bintang.



Apa yang lebih menarik, walaupun dengan rekaan tempat yang sangat eksklusif serta chef-chef mereka yang berpengalaman dari hotel-hotel terkemuka, mereka menawarkan harga makanan yang mampu dinikmati oleh golongan marhaen. ATSKY menawarkan pelbagai menu dari makanan barat ke makanan tempatan pada harga yang sangat berpatutan sebanding 'kedai mamak', jadi pelanggan tidak perlu bimbang untuk berbelanja di sini.



Pengarah urusan ATSKY En. Ali Ikhwan berkata "Kami memberikan harga yang berpatutan atau kebanyakan rakan - rakan menegur harga yang di tawarkan adalah murah di bandingkan dengan apa yang kami sediakan, namun saya berpendapat ini juga adalah sumbangan yang ingin saya berikan supaya lebih ramai masyarakat yang tidak berpendapatan tinggi dapat merasa hidangan berkualiti dan suasana eksklusif, tidak hanya dapat di nikmati golongan berpendapatan tinggi".

YOUYU Beef Setanding Daging Wagyu

Antara menu signature ATSKY adalah 'YOUYU Beef Steak', sesuai dengan konsep mampu milik. Rata-rata yang telah merasai YOUYU Beef Steak di ATSKY mengakui ia memiliki rasa sebanding daging Wagyu iaitu daging paling bernilai di dunia namun harga yang di tawarkan adalah 5 kali ganda lebih murah jika di bandingkan.


Menurut En. Ezart Rahman, selaku Pengurus Pemasaran, "Pengunjung dapat merasai pengalaman makanan eksklusif "Di Langit" sambil menjamu halwa telinga nyanyian kumpulan buskers Cakial & Friends setiap hari pada waktu malam. Selain itu pengunjung juga dapat berkaraoke secara percuma."

En. Ezart Rahman, Pengurus Pemasaran ATSKY

Semasa kunjungan Kak Bell ke sini, Kak Bell sudah merasa beberapa menu hidangan di ATSKY dan kesemuanya memenuhi citarasa tekak Kak Bell dan yang paling penting harganya yang murah dengan hidangan yang berkualiti.



Tenderloin Sliced Steak

RM29.90

Lamb Chop

RM24.90

Buttermilk Beef With Rice

RM12.90

Chicken Chop

RM15.90

Spicy Chicken Wing

RM12.90


Bagi penggemar stik, memang Kak Bell recommend untuk anda semua cuba sendiri daging YOUYU ATSKY Damansara. Daging stik YOUYU di sini dijual pada harga RM49 (150G), RM65 (200G) dan RM79 (250G)
ATSKY di buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 malam semasa tempoh PKPP dan operasi akan di lanjutkan hingga jam 2 pagi selepas kebenaran di berikan. Jadi bolehlah anda semua berkunjung ke sini, tetapi jangan lupa untuk patuh SOP.



Bagi yang berhajat mengunjungi ATSKY boleh ke Roof Garden, Tingkat 3A, Dataran Cascades, PJ. Bersebelahan dengan Giant Kota Damansara. Pasti anda semua akan berpuas hati dengan semua hidangan setanding harganya.

ATSKY DAMANSARA
A-3A-08, Dataran Cascade, 
Jalan PJU 5/21, 
47810 Petaling Jaya, Selangor

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut:
Instagram: https://www.instagram.com/atskydamansara/

CONVERSATION

2 comments:

Back
to top