Resepi Bihun Goreng Sedap Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Bihun Goreng Sedap Bella Jamal

Trending

Resepi Bihun Goreng Sedap Bella Jamal

Untuk masakan mi, Kak Bell lebih suka memasak bihun berbanding mi atau mee. Kiranya lebih handal sikit lah bila memasak mee hoon goreng berbanding mi goreng. Sebelum ini dalam 3 tahun sudah, Kak Bell pernah berniaga kecil-kecilan bihun goreng hantar ke pejabat. Waktu tersebut baru nak perbaharui kontrak kerja, tiba-tiba pula ada cooling period selama 7 hari. Disebabkan tiada gaji dalam tempoh tersebut, jadi Kak Bell ambil inisiatif la menjual nasi goreng, bihun goreng dan sekali-sekala buat juga menu bihun goreng Singapore.


Bila memasak bihun goreng, Kak Bell mesti akan masukkan udang kering atau ikan bilis tumbuk. Memang rasanya akan lebih sedap. Selain itu, Kak Bell lebih suka bihun yang digoreng kering dan halus pendek. Kiranya masa tengah aduk tu, gunakanlah sudip untuk potong-potongkan bihun. Senang sikit bahan rata dan masa nak makan. Apapan banyak je cara buat bihun goreng ni. Terpulang pada kesukaan masing-masing.

Bihun yang Kak Bell gunakan ini hanya setengah paket sahaja sebab untuk seorang makan. Dah musim puasa ni, buat setengah bungkus pun 2 hari baru habis makan. Kak Bell memasak bihun ni untuk makan sahur. Jadi perlulah guna bahan yang simple dan cepat. Bagi anda yang nak cuba buat Bihun Goreng Siam atau Bihun Goreng Taucu, boleh rujuk link di bawah. Jom lihat cara masak bihun goreng ala Kak Bell.

Bihun Goreng Simple
Bihun Goreng Siam/Taucu




Bahan A
1/2 bungkus bihun
1 paket perencah bihun/mi goreng Adabi
2 senduk cili kisar
1 ikat sawi
2 biji cili merah/capsicum
5 biji bebola ikan
5 biji beboba ikan goreng kecil
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Minyak masak
Perasa (jika suka)

Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam udang kering

Cara memasak:
1) Rendam bihun dengan air biasa, kemudian toskan.
2) Kisar semua bahan-bahan B (udang kering direndam terlebih dahulu).
3) Panaskan minyak dan tumis bahan B. Tumis bawang sampai naik bau dan boleh masukkan isi ayam kalau nak.
4) Masukkan cili kering kisar kacau seketika, kemudian masukkan perencah Adabi. Kacau hingga pecah minyak. 
5) Tambahkan 1 sudu besar sos tiram, kicap, garam secukupnya dan perasa (jika suka).
6) Masukkan bebola ikan yang dibelah 2 dan sayur sawi.
7) Masukkan bihun dan kacau rata
8) Tutup api bila bihun dan sayur masak.


TIPS!
  • Rendam bihun dengan air biasa/sejuk, tak perlu gunakan air panas untuk elak bihun lembik dan hancur
  • Boleh gantikan udang kering dengan ikan bilis
  • Boleh adjust banyak mana bawang merah bawang putih nak pakai
  • Boleh tambah taugeh, tauhu goreng, tomato dan sebagainya
  • Gunakan fishcake jika tiada beboba ikan goreng kecil
  • Sebelum masukkan bihun, rasa dahulu bahan tumisan cukup garam dan sebagainya
  • Boleh juga nak masukkan sedikit lada hitam secukup rasa

Memang sedap sangat ya bihun goreng yang dimasak kering ni. Kemudian makan pulak dengan sos cili. Kering tu bukannya maksud bihun tu keras, cuma Kak Bell lebih suka tekstur bihun yang kenyal dan penuh rasa. Entah apa yang Kak Bell merepek nak sampaikan apa pun tak tahulah. Paham-pahamkan sahajalah ya. Oklah dah lewat ni. Nak masak sahur. Esok-esok kita buat pencuci mulut atau kuih muih pula ya. Okay, bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post