7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP Dari Ayam Brand™ #DudukRumah

Diam tak diam Fasa ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah pun nak berakhir. Harapnya tak adalah lagi Fasa ke-3. Esok pula umat Islam seluruh dunia sudah mula hendak berpuasa. Kak Bell harap anda semua mengikuti saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 dengan #dudukrumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 


Sepanjang PKP ini memang semua dikalangan kita ambil inisiatif untuk memasak sendiri. Inilah peluangnya menunjukkan kehebatan di dapur dengan menyajikan pelbagai masakan enak untuk keluarga. Kadangkala sampai 2,3 kali buat hidangan yang sama kerana ketandusan idea masakan. Nak buat pesanan makanan atas talian setiap hari pun jemu juga dan kadangkala menunya tidak menarik, tambah pula ada kos penghantaran. Jadi eloklah kita memasak sendiri lagi jimat.


Semalam pun Kak Bell hanya masak sayur kobis cina dan ikan mackeral cili dari jenama Ayam Brand™. Dalam banyak-banyak jenama, memang Kak Bell akan pakai Ayam Brand™ sebab kualiti rasanya memang berbeza dan sudah tentunya sedap.

 .
Untuk hari ni, Kak Bell nak kongsikan beberapa hidangan ringkas, mudah dan hanya memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Boleh padankan dengan pelbagai pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan dan gunalah apa saja bahan yang ada mengikut citarasa anda. Jom kita lihat 7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand™


Kacang Panggang Dengan Telur
Anda mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? Anda boleh menyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak. Malahan, anda hanya perlu mencuci satu pan sahaja selepas makan.



Resepi : www.ayambrand.com.my/one-padren-baked-beans-with-eggs.html

Pizza Tuna
Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ini namun sekiranya anda berjaya mendapatkan roti jadikannya hidangan pizza tuna. Guna Ayam Brand™ tuna yang ada, sapukan sos tomato di atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa anda dan tambah sedikit jagung manis Ayam Brand™ atau bahan lain. Bakar dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati.


Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html

Nasi Lemak Pandan
Nasi, santan Ayam Brand™ dan daun pandan yang tanam di laman rumah. Tiga bahan asas yang diperlukan untuk menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk nasi anda. Hidangkan apa jua lauk dengan nasi lemak pasti lebih enak.



Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/143-coconut-rice-with-pandan-leaves.html

Pasta Sardin
Seminggu anda telah menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah hari dan makan malam. Cubalah pasta ini yang mudah dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™. Sedap, lengkap dan unik bersama hirisan daun selasih. Pasti lazat.


Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/104-sardines-pasta.html

Kari Mackerel
Tidak pernah masak kari tapi anda teringin untuk makan masakan kari? Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™ dimasak kari adalah hidangan ringkas. Anda juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin. Tambah sayur-sayuran untuk hidangan seimbang serta kekalkan citarasa Malaysia.


Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/68-curry-mackerel.html

Kentang Tuna Pedas
Anda hanya perlukan kentang, satu tin tuna Ayam Brand™, serbuk cili dan bawang untuk hidangan ini. Goreng semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan dengan bahan yang anda ada.


Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/180-spicy-tuna-potato.html

Sardin Gulung Goreng
Raikan kejayaan anda dapat membeli roti di pasaran sempena PKP ini dengan sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam Brand™, telur dan perasa. Lenyek sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah hari atau pilihan makan malam yang ringan.


Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/733-fried-sardines-roll.html

Untuk dapatkan lebih banyak resipi di rumah dari Ayam Brand™ sepanjang tempoh PKP, anda boleh layari laman sesawang dibawah. Kak Bell harap anda semua kekal di rumah dan kekal sihat. Dikesempatan ini, Kak Bell ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa bagi seluruh umat Islam. Semoga kita semua sentiasa di bawah limpah kurnia-Nya. Amin.

CONVERSATION

1 comments:

  1. Semua sedap-sedap, kita tunggu masa je ni nak buat, sebab dah ada list menu menunggu hahahahah

    ReplyDelete

Back
to top