Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta Breakdown Di Tengah Jalan Jammed? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta Breakdown Di Tengah Jalan Jammed?

Trending

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta Breakdown Di Tengah Jalan Jammed?

Rasaya setiap dari kita pasti ada pengalaman bila kereta tiba-tiba breakdown semasa di tengah jalan. Pasti kita akan panik dan kadang-kala buntu nak buat apa. Sepanjang Kak Bell memandu kereta pernah 2 kali terjadi kereta breakdown di tengah jalan. Dalam 5 tahun lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, kereta tiba-tiba perlahan-lahan tidak bergerak. Nasib baik sempat ke tepi jalan. Masa tu Kak Bell bawa kereta kancil yang comel molek tu. Kebetulan pula masa dalam perjalanan bercerita tentang nak tukar kereta baru. Nah rasakan kereta merajuk terus.


Waktu itu, dah buat panggilan trak tunda dari insurans E. Tetapi isu pula dorang ni dok berebut-rebut nak tunda kereta dan sis jadi pening. Sudahnya ada hamba Allah tu berhenti dan katanya bengkel dia dekat sahaja. Hujung-hujung kena dekat 1.3K juga dan rasa tertipu. Bila panik kita akan menggelabah dan mudah dimanipulasikan oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas kita. Jadi Kak Bell nak kongsikan apa yang anda semua boleh buat bila kereta breakdown di tengah jalan, tambah-tambah lagi ketika jalan sesak dan jammed.


Disember 2019 yang lepas, kereta Kak Bell rosak buat kali ke-2 di tengah jalan jammed di Mid valley Megamall. Asalnya nak ke NU Sentral memenuhi pelawaan kawan-kawan makan di sana. Jam pula dah menunjukkan jam 6PM. Setelah 20 minit perjalanan, tiba-tiba kereta depan Kak Bell terpancut air berwarna coklat. Kak Bell pelik dari mana datangnya, dari kereta aku ke? Selepas seketika, baru yakin memang air tadi datang dari kereta Kak Bell.


Kebetulan berada di persimpangan nak ke PJ, Kak Bell buat keputusan keluar dari kekesakan ke arah jalan yang tidak sesak. Nasib baik Kak Bell berada di lorong paling kanan dan tiada kereta ke arah PJ bypass. Dalam perjalanan, tanda temperature pada dashboard merah dan menandakan enjin kereta overheat! Kak Bell batalkan niat untuk lalu Bangsar dan pusing ke KL Gateway dan letak kereta di sana. Haruslah dalam hati berharap kereta tak mati sehingga sampai destinasi.

Berikut Kak Bell kongsikan apa yang perlu dibuat jika tidak berjaya lari dan keluar dari kesesakan. Disebabkan Kak Bell berjaya ke tempat yang tidak jammed, Kak Bell kongsikan langkah asas yang perlu dibuat dan apa tindakan yang telah Kak Bell ambil semasa kereta breakdown.


1) Tolak/pandu kereta ke tepi jalan
Jika kereta anda masih belum mati, seelok-eloknya pandu ke tepi jalan supaya memudahkan pengguna jalan raya dan juga proses seterusnya. Jika sebaliknya, kena cuba dapatkan bantuan untuk tolak kereta ke bahu jalan yang selamat.

2) Nyalakan lampu 'hazard'
Kalau tidak mampu tolak kereta, pasangkan lampu kecemasan dan dapatkan bantuan orang ramai untuk membantu. Bagi yang tidak tahu, butang berwarna merah dengan simbol tida segi di dashoard kereta adalah butang kecemasan atau hazard light. Perlu tekan button ini, nyalakan hazard light supaya alert pengguna jalan raya yang anda sedang dalam kecemasan.

Menunggu sehingga lepas Maghrib sebelum truk tunda sampai

3) Pasang pemantul segi tiga
Tidak kira pada waktu siang atau malam, boleh pasangkan pemantul segi tiga pada jarak 20-30 meter kebelakang kenderaan anda. Jika pada waktu malam ianya bertujuan memantulkan cahaya bagi mengelakkan dilanggar oleh kenderaan lain. Pakai juga jaket keselamatan dengan reflektor jika situasi kecemasan berlaku di waktu malam.

4) Hubungi seseorang dan bagitahu lokasi
Perkara ini penting untuk beritahu rakan atau ahli keluarga di mana anda berada semasa kereta anda breakdown. Keluar kenderaan melalui pintu sebelah kiri bagi mengelakkan risiko dilanggar dari belakang dan cuba berada jauh sedikit dari kereta bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk.

5) Duduk dalam kereta dan tunggu sampai bantuan tiba
Jika kereta rosak di kawasan yang sunyi, gelap dan pada waktu malam, lebih baik berada di dalam kereta sehingga bantuan tiba. Zaman sekarang tak kira lelaki atau perempuan akan terdedah kepada kejahatan orang lain. Jika berasa cemas, terancam dan ada potensi kejadian buruk berlaku, sila buat panggilan ke talian 999.

Ok, sekarang kereta anda dah selamat di tepi jalan jadi apa langkah yang perlu dibuat seterusnya?


Anda boleh hubungi bantuan dari syarikat konsesi lebuh raya, contohnya seperti PLUSronda atau NKVE dan sebagainya ATAU hubungi syarikat insuran kereta anda untuk perkhidmatan tunda. Cuba elakkan dari mengambil perkhidmatan dari trak tunda yag tidak dikenali. Maklumlah zaman sekarang susah nak jumpa yang baik. Hujung-hujung, beribu-riban kena dan dimanipulasikan.

Bantuan dari syarikat konsesi lebuh raya
Setahu Kak Bell, perkhidmatan tunda daripada syarikat konsesi lebuh raya adalah PERCUMA. Jika ada yang berbayar anda boleh nyatakan di bahagian komen untuk info bersama.
  • Pastikan anda berada di lebuh raya apa, Google nombor telefon syarikat konsesi yang berkenaan.
  • Dapatkan lokasi kilometer atau apa-apa landmark, papan tanda bagi memudahkan pasukan bantuan sampai ke lokasi anda.

Kesan air radiator

Buat panggilan perkhidmatan tunda dari syarikat insuran
Setiap syarikat insuran kereta mesti ada menyediakan perkhidmatan tunda kenderaan. Apa gunanya kita bayar setiap tahun kan, jadi bolehlah digunakan sewaktu kereta breakdown. Penyedia insurans ada menyediakan servis tunda kenderaan jika kereta anda terbabit kemalangan atau rosak di tengah jalan. Anda juga boleh dapatkan bantuan tunda jika kereta anda rosak di rumah atau pejabat.

Perkhidmatan towing syarikat insurans biasanya 24/7 jam dan jarak tunda adalah bergantung kepada premium yang anda beli samaada tanpa had jarak dan sebaliknya.

Kereta ditunda ke rumah dahulu sebelum di bawa ke bengkel keesokannya

Setelah Kak Bell berhentikan kereta di KL Gateway, Kak Bell hubungi rakan terdekat untuk makluman apa yang terjadi iaitu kereta overheat dan beritahu lokasi. Kemudian Kak Bell hanya buka bahagian depan kereta supaya enjin sejuk. Disebabkan memang tak reti tentang kereta, terus Kak Bell hubungi syarikat insuran kereta Allianz. Nanti semasa panggilan nyatakan maklumat seperti kecemasan apa, lokasi, nama owner kereta dan lain-lain maklumat yang akan diminta oleh call centre.

Disebabkan kejadian berlaku pada waktu puncak, bantuan trak tunda sedikit lambat. Tapi masa kejadian Kak Bell hanya tunggu kurang dari 30 minit. Pertama sekali technician Allianz sampai untuk periksa kerosakan kereta sebelum trak tunda sampai. Anda boleh terus menghantar kereta ke bengkel pilihan atau jika ingin bawa balik ke rumah dahulu pun boleh. Berikutan bengkel dah tutup sebab dah malam, Kak Bell minta kereta ditunda keesokannya ke bengkel dan semuanya PERCUMA. Cuma kos jika lalu tol sahaja perlu dibayar oleh kita.

Air mengalir dari bahagian enjin

Road Rager Allianz tunda kereta ke bengkel

Keesokannya sebelum trak tunda sampai untuk ke bengkel, Kak Bell periksa dahulu dengan memasukkan air dalam radiator untuk tengok ada leakage atau tidak. Selebihnya biarlah bengkel buat pemeriksaan. Lebih baik juga dapatkan kawan yang arif tentang kereta. Maklumlah semuanya kena berhati-hati supaya tidak ditipu kan! Sebelum ini dah cuba beberapa syarikat insuran dan pada Kak Bell syarikat insuran Allianz dan pasukan Road Ranger mereka memang terbaik! Terima kasih lah buat Road Ranger En. Halim dan En. Asri.

Kipas radiator diganti


So, sampai bengkel katanya kipas radiator 1 rosak. Jadi kos ganti barang rosak adalah RM550 + upah RM180. Pejam mata ajalah bayar. Kak Bell selalu hantar kereta di bengkel kereta belakang Hotel Grand Season KL sebab murah dan cepat. Kalau ketuk kereta siap cat semula dalam sehari dah boleh siap.

Jadi untuk elakkan perkara begini berlaku perlulah ikut masa buat servis kenderaan, cek keadaan tayar, minyak enjin dan paling penting pastikan air radiator/coolant tu ada. Next time, kalau kereta anda breakdown, tak perlu panik dan boleh ikut langkah yang Kak Bell kongsikan. Kalau nak memotong, sila bagi signal sebab signal tu bukan sekadar eksesori sahaja. Hehe. Pandu selamat dan berhati-hati di jalan raya.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post