Timun Tua Tumis Telur

Trending

Timun Tua Tumis Telur

Tahun 2019 dah pun melabuhkan tirainya. Selamat tahun baru 2020 buat semuanya. Masa kecil dahulu Kak Bell rasa terlalu lama nak tunggu tahun 2020, alhamdulillah dipanjangkan unur menginjak ke tahun yang baru. Ramai yang kongsikan resolusi tahun baru dan sorotan tahun yang lalu. Biasalah pasti ada pahit manisnya kan. Walauapapun yang buruk dan tidak bernasib baik kita jadikan pelajaran dan pengalaman untuk masa yang akan datang.


Tahun baru kali ini Kak Bell bercuti dari bekerja. Kebiasaannya memang akan kerja dan tak akan bercuti pada Public Holiday. Sekarang pun jika waktu cuti hanya banyaj habiskan masa di rumah dengan anak-anak. Kalau ada kepentingan dan urusan baru Kak Bell keluar. Cadangnya harini nak buat sambal ayam tetapi malas nak ke pasar. Jadi masaklah apa yang ada.


Sebelum ni Kak Bell ada kongsikan resepi Timun Tua Masak Lemak dan harini Kak Bell buat timun tua tumis. Sebelum ini Kak Bell hanya pernah makan bersama dengan gulai tempoyak ikan patin dan baru sekarang nak cuba memasaknya sendiri. Rasanya ramai juga orang di luar sana tu tak kenal timun tua kan? Timun tua ni bukannya timun biasa yang di makan dengan nasi lemak tu. Kulitnya berwarna coklat tetapi fungsinya sama digunakan dalam masakan untuk menyejukkan badan. Bagi Kak Bell rasa timun tua ni lebih sedap berbanding timun biasa jika dibuat masak sup mahupun goreng.


Bahan-bahan
1 biji timun tua
3 ulas bawang putih
1 biji telur
2 sudu udang kering
1 genggam taugeh
1 biji lada merah/hijau
Minyak
Garam
Air

Cara memasak:
1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama udang kering yang telah dibasuh. Kak Bell hanya gunakan bawang putih sahaja. Nak guna bawang merah pun ok.


2) Bila dah naik bau, pecahkan telur dan kacau.


3) Masukkan timun tua yang telah dipotong, kemudian masukkan sedikit air. Untuk timun, Kak Bell buang isi dibahagian tengah untuk mengelakkan lendir.


4) Bila timun dah masak, masukkan lada merah/hijau.
5) Tambahkan garam dan perasa dan masukkan taugeh


6) Kacau seketika dan boleh ditutup api. Taugeh tu sengaja Kak bell masukkan sebab sayang masih elok nak dibuang. 

TIPS!
  • Boleh tambahkan cili kisar/boh jika nak pedas dan pastikan betul-betul masak.
  • Boleh gantikan dengan timun biasa juga.
  • Boleh juga masukkan telur selepas timun masak (step 4).


Kak Bell punya masakan kali ni agak coklat sebab terleka membalas pesanan di telefon. Tak perasan pula cepat kering air yang dimasukkan tadi. Nasib baiklah tak hangit telur dibuatnya. Nanti nak memasak jangan terleka pula dengan hal lain. Nasib baiklah masih sedap lagi rasanya. Hehe. Lepas ni nak cuba buat sup pula. Selamat memasak.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

14 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Saya belum penah makan lagi timum tua ni 😁

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan timun tua and first time dengar. Resepi simple sangat nanti kita nak cari timun ni juga la nak try

    ReplyDelete
  3. Menarik ni untuk dicuba. Tapi honestly tak pernah lagi masak timun tua. Tak tau pun boleh makan timun tua heee

    ReplyDelete
  4. timun tua? never have I heard about this vege before!

    ReplyDelete
  5. Tak pernah msak sendiri timun tua. Mkan kat kedai adalah. Memang sedap. Bolehlah nanti sis cuba masak tumis sup..hirup2 mcm tu pun sodap kan

    ReplyDelete
  6. Tak pernah masak timun tua tumis telur. Nampak sedap pulak untuk dicuba

    ReplyDelete
  7. thanks resepi. boleh masak bila time tiada idea nak masak apa. simple but delicioius too

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas resepi. suka tengok bila sis bagi resepi and masak. semua nampk sedap2 belaka :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian resepi, menarik, simple dan mudah. Tips yang baik untuk tahun baru 2020. Boleh la cuba nanti.

    ReplyDelete
  10. senang cerita apa apa je yang letak telur memang akan jadi sedap. hehe

    ReplyDelete
  11. wah nampak sedap menu ni boleh try resipi ni lain kali. thank you for sharing!

    ReplyDelete
  12. Rajin sis masak... Tak pernah try makan timun tua.. Rasa dia pahit ke... Sbb skli tgk mcm peria lak hehehe... Tp nampak menyelerakan betul

    ReplyDelete
  13. menu simple camni lah sedap makan dengan nasi panas2 kan kak bell? mahu bertambah ni.. nak cuba lah resepi ni nanti

    ReplyDelete
  14. Xpernah pm Bonda terfikir timun boleh masak mcm ni....biasa timun bwt ualam-ulaman je...bolehbcuba laa nnti

    ReplyDelete
Previous Post Next Post