Kobis Cina Goreng

Jika dibandingkan kobis biasa dan kobis Cina, memang Kak Bell lebih gemarkan Kobis Cina (Chinese Cabbage). Kadang-kadang sayur ni nampak seakan-akan sama sahaja tetapi bangsa atau jenisnya lain. Dari pembacaan Kak Bell untuk kobis cina sahaja ada pelbagai jenis seperti Kobis Cina Dinasti Tang, Kobis Cina Marco (bentuk pagoda), Kobis Cina Mario, Kobis Cina Ong King dan ada beberapa jenis lagi. Jadi lebih kurang, seperti yang kita tahu panggilan yang biasa adalah Kobis Cina atau Kobis Panjang bagi masyarakat kita. Jangan korang panggil peria tu petola sudah! Mungkin kena buka balik buku bacaan nama-nama sayuran.


Perbezaan kobis biasa selain daripada bentuknya yang memanjang, kobis cina ini tidak mempunyai rasa tanah dan rasanya lebih manis. Dalam banyak-banyak sayur, kobis cina termasuk dari jenis sayur yang Kak Bell suka sebab paling mudah di masak dan tahan lama jika di simpan. Kobis cina yang ada di rumah ni pun dah dekat lebih seminggu Kak Bell beli dan masih elok lagi boleh dimasak. Bukan sahaja kobis cina, sawi Jepun pun masih ada tapi dah mula nampak layu. Semasa beli bukan main lupa dunia, hujung-hujung sayang kalau dibuang tidak di masak.


Dalam hati terpaksa masak kedua-dua sayur ni sebab takut esok-esok akan rosak. Kebetulan Kak Bell tengah bercuti, jadinya plan nak masak kedua-dua sayur ni. Kalau dah masuk kerja nanti, balik lewat malam memang tak memasaklah jawabnya. Cadangan awal nak buat nasi goreng dan campakkan sahaja sawi Jepun tu tapi lain pula jadinya. Kak Bell masukkan sekali sawi Jepun (Siow Pak Choi) tersebut dalam masakan Kobis Cina Tumis/Goreng semalam. Melampau pulak sorang-sorang makan sampai 2 menu sayur kan! Oklah jom kita tengok resepinya. 



Bahan-bahan
1/4 belah kobis cina
Sedikit ikan bilis
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1-2 sudu sos tiram
Air secukupnya
Garam

Cara memasak:
1) Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang merah dan ikan bilis hingga naik bau.
2) Masukkan bahagian batang/bahagian keras kobis cina, kacau.
3) Tambahkan sos tiram dan kacau seketika.


4) Masukkan kobis cina yang telah dihiris diikuti sedikit air, biarkan hingga mendidih.
5) Perasakan dengan garam dan sesuaikan rasa.


TIPS!
  • Boleh tambahkan lobak merah, suhun atau fucuk
  • Boleh gantikan ikan bilis dengan kiub ikan bilis
  • Tambahkan lada merah atau cili padi untuk rasa sedikit pedas
  • Boleh juga pecahkan sebiji telur
  • Air secukupnya bergantung kepada jumlah kuah yang dingini


Hingga ke hari ini, baru Kak Bell tahu bezakan Sawi Putih atau dalam panggilan biasa sebagai Pak Choy dan Sawi Jepun tu dipanggil Siow Pak Choi yang mempunyai saiz agak kecil dari sawi putih. Kalau nak kenal Sawi Putih, daunnya berwarna hijau gelap dan urat daun serta batangnya berwarna putih manakala untuk Sawi Jepun, batang dan daunnya berwarna hijau muda. Kalau memasak, Kak Bell lebih suka gunakan sawi Jepun dan kobis Cina. Oklah, harini Kak Bell cerita pasal nama-nama sayur lah pulak. Sekadar berkongsi info.

CONVERSATION

6 comments:

  1. Bell masak sama dengan cara akak masak...senang masak macam ni..selalu gak akak goreng kobis cina bawak bekal pi keja

    ReplyDelete
  2. Tak makan kobis Cina tp klu guna kobis biasa bole kut kan?

    ReplyDelete
  3. Looking so good and soo gonna try this recipe. Thanks for sharing bella!

    ReplyDelete
  4. Senang je resipi nak masak kobis cina ni. Baru tahu kalau yg panjang ni manis2 sikit. Selalu ambil yg bulat tu

    ReplyDelete
  5. Nampak macam sedap pulak sayur masak mcm tu. Simple je nak masaknya. Boleh try la nanti.

    ReplyDelete

Back
to top