Ulasan Maleficient: Mistress of Evil (2019)

Peminat filem fantasi Maleficent pastinya sangat menantikan sekuel kedua filem terbitan Walt Disney Studios ini setelah kejayaan filem Maleficient 2014. Filem ini mula ditayangkan pada 18 Oktober 2019 worlwide. Kak Bell pun baru sahaja menonton Maleficient: Mistress of Evil pada 30 Oktober lepas setelah sekian lama tak menonton layar besar. Terakhir pada Ogos, menonton BoBoiBoy Movie 2. Memang sadis dah ketinggalan banyak cerita. Next time kalau korang tak de teman nak tengok wayang, jangan lupa ajak Kak Bell sekali tau!


Peminat filem ini, masing-masing dah tahu tentang Maleficient yang berubah menjadi jahat dan kisah dia menyihir Puteri Aurora tertidur selamanya karena tertusuk jarum alat menggulung benang. Bagi sekuel kedua Maleficient:Mistress of Evil, filem ini memaparkan konflik yang baru, lebih penceritaan untuk Maleficent dan Aurora selain beberapa kesinambungan dari Maleficient 1.


Setelah 5 tahun insiden kutukan tidur akibat tertusuk jarum dipatahkan, Princess Aurora (Elle Fanning) telah hidup dn tinggal bersama Maleficent (Angelina Jolie) dan menjadi Puteri untuk Negeri Moors (kerajaan pari-pari). Prince Phillips (Harris Dickinson) yang menyukai Aurora datang ke hutan Moors dan melamar Aurora. Mendengar Aurora menerima lamaran Phillip, Maleficent tidak bersetuju sebab tak percaya yang cinta akan memberikan pengakhiran yang baik. Setelah dipujuk, akhirnya Maleficent bersetuju bertemu dengan ibubapa Phillips di Kerajaan Ulstread iaitu King John (Robert Lindsay) dan Queen Ingrith (Michelle Pfeiffer) untuk jamuan makan malam ala-ala merisik khabar gitu.


King John mengharapkan perkahwinan ini sebagai langkah perdamaian antara Moors dan Ulstead supaya manusia dan pari-pari dapat hidup bersama tanpa ada sekatan. Walaubagaimanapun, Queen Ingrith memiliki rencana sebaliknya disebabkan tidak bersetuju dan mempunyai dendam kepada Maleficient. Queen Ingrith mula mengapi-apikan perasaan Maleficient dan akhirnya makan malam berakhir dengan tragedi.

Ok, untuk filem ini kebanyakkan spoiler memang dah ditayangkan dalam trailer. Dalam trailer dah bagi hint perjalanan cerita ini. Setelah tertembak oleh orang bawahan Ratu Ingrith, Maleficent cedera dan jatuh ke dalam laut tetapi berjaya diselamatkan oleh Collan yang juga merupakan makhluk seperti Maleficent yang dipanggil Fey. Maleficent dibawa ke suatu tempat di mana dark fey tinggal dan bersembunyi dari serangan manusia.


Sebenarnya spesis Fey macam Maleficient ni ada banyak jenis. Ada spesis yang duduk hutan, gurun dan lain-lain. Meleficient ni dari keturunan Dark fey dan merupakan satu-satunya ada kuasa dan paling hebat dari yang lain. Kak Bell sangat teruja dengan jenis-jenis Fey tersebut sebab cantik dan nampak macam dalam cerita Avatar dah. Tapi bila dorang dah berkumpul ramai-ramai, dengan sayap tanduk bagai terus teringat mimik sangat kepada iblis Lucifer. Biasalah kan mesej-mesej macam ni dalam filem. Apapun kita just enjoy tengok si Maleficient ni ha.


Untuk kesan CGI dalam Maleficient 2 ni memang best. Bagi kak Bell memang cantik untuk close up makhluk hutan Moors dan makhluk Fey. Memang korang akan nampak sangat terperinci untuk teknik make up khas dorang. Kostum Maleficient pun tak silap 3 ke 4 kali ditukar. Memang korang akan puas hati dengan visual efek yang ditampilkan. Ada sesetengah cakap dark shot file ni tak jelas, white shoot yang kurang, but pada Kak Bell semuanya ok. Perfect!

Kesemua pelakon utama memang menampilkan kemampuan lakonan yang sangat best dan memukau. Emosi yang ditampilkan Maleficent masa diri dia terluka sedih, marah memang tak disangkal. Lakonan Elle Fanning tak kurang hebat dan korang akan geram juga pada Aurora ni dan korang akan cakap kenapalah dia ni bodoh sangat! Haha. Selain itu, lakonan Michelle Pfeiffer juga akan membuatkan korang rasa geram dengan watak antagonis kepada Maleficient walaupun kita tahu yang Maleficient tu sebenarnya vilian. Memang jahat ye lakonan si Michelle Pfeiffer.



Untuk adegan aksi tidaklah terlalu banyak dan sangat aksi. Tempoh aksi berlawan tu terlalu sekejap disebabkan filem ini adalah untuk tontonan umum supaya sesuai dengan kanak-kanak. Ada beberapa part yang membuatkan Kak Bell turut emosi semasa Maleficient mati. 

Adakah Maleficient berpihak kepada Aurora atau memperjuangkan puak Fey? Adakah berakhir terus filem ini tanpa sekual seterusnya bila Maleficient mati? Korang tengoklah sendiri. Apapun filem ni memang best, wajib korang tonton. Kak Bell bagi 9/10 bintang!

CONVERSATION

2 comments:

  1. menarik. tapi nanti tnggu da kluar online baru dpt tengok. malas nak p cinema xdek geng hihi..
    lawa laaa Aurora tuuuu cntik je baju2 pun glam..

    ReplyDelete
  2. Aurora tu cantik sangat dalam nie . Paling geram dengan Queen Ingrith tu , huhh . . .
    Dulu selalu ingat Maleficient yang paling jahat , sekarang baru tau Maleficient tu jauh lebih baik dari manusia .

    ReplyDelete

Back
to top