YFS Claim Mengaku Harga Mereka Lebih Berbaloi Dari Brand X,Y,Z?

Ketika memilih dan membeli barangan untuk bergaya, korang mementingkan barangan mahal, branded atau lebih cenderung berbelanja berdasarkan bajet? Segelintir individu lebih selesa dengan gaya sederhana dan tidak kurang juga cenderung memakai pakaian, aksesori atau barangan berjenama. Walaubagaimanapun, ianya merupakan pilihan peribadi kerana setiap individu mempunyai cita rasa tersendiri namun tidak bermaksud mereka yang membeli barang mahal lebih arif tentang perihal fesyen. Kak Bell sendiri pun sesekali ingin juga menggayakan barang mahal semata-mata untuk kepuasan sendiri. Jikalau mampu apa salahnya kan?


Dalam pasaran Malaysia sekarang, memang banyak butik-butik pakaian dengan pelbagai jenama. Yang popular tentulah jenama luar yang di bawa masuk ke sini. Ada sesetengahnya berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan dan sesetengahnya menawarkan harga yang tak masuk akal. Kak Bell sebenarnya agak 'skeptikal' dengan barangan yang tidak terkenal atau label-label tempatan. Bukannya apa, sebelum ni Kak Bell gigih pergi ke sebuah gedung membeli-belah terkenal KL untuk mencari pakaian. Tetapi hasilnya menghampakan.


Hampir 3 kali tawaf, satu pun tidak berkenan disebabkan kualitinya tidak menepati citarasa dan juga harga yang tidak masuk akal. Bajunya dijual mahal, kualiti pakaian rendah dan ada yang 5,6 buah kedai pun menjual barang yang sama. Label sahaja berbeza. Sebab tu lah Kak Bell lebih selesa membeli pakaian di butik-butik berjenama X, Y dan Z ni. Tapi korang jangan gelabah dan mula mengecam pula. Ada je label pakaian yang bukan branded yang menjadi pilihan Kak Bell.


Minggu lalu, Kak Bell ada mengunjungi The Mines setelah lebih 10 tahun tak menjejakkan kaki di sana. Masa zaman belajar dahulu di UKM, memang The Mines ni lah shopping centre yang terdekat dan paling besar zaman tu. Then, bila masuk dalam tu memang banyak je butik-butik pakaian tetapi tak pernah sekali pun Kak Bell membeli-belah dalam tu sebab 'skeptikal' tadi! Back to my story tadi, Kak Bell lewat di sebuah butik pakaian YFS Concept Store. Kak Bell jeling sahaja dari luar berikutan terpampang di sana-sini promosi yang claim harga yang ditawarkan mereka berbaloi dari jenama-jenama yang ada. Display yang dipakai pada manequin pun nampak boleh tahan, so Kak Bell terjah masuk dalam. Kadang-kala, promosi sahaja gempak. Psikologi harga lah katakan! Korang jangan tak tahu pulak, psikologi harga ni memang akan buat pelanggan percaya produk mereka lebih berkualiti daripada pesaing dan pengaruhi pelanggan bayar harga mahal dengan sukarela. Setuju tak?



Masuk je dalam kedai, terus terkaget sekejap berikutan harga yang ditawarkan setanding dengan butik baju jenama X,Y,Z yang Kak Bell selalu pergi. Disebakan tak puas hati, terus crusing dalam kedai melihat-lihat apa gaya fesyen yang ditawarkan kat YFS Concept Store ni. Betul ke berbaloi harganya dengan kualiti baju yang dijual.


Di bahagian depan offer bin, terpampang harga baju dijual dengan harga RM10-RM20. Kemudian di bahagian lelaki ada pula promosi seluar AD Jeans 2 helai RM140 dan untuk helai yang ke-3, cuma tambah RM20 sahaja. Bukan itu sahaja, untuk seluar pendek American Denim pelbagai pilihan warna dijual pada harga RM100 untuk 3 pasang! Seriously berbaloi yer! Untuk pakaian pun sama. Dengan RM50 dah boleh dapat 3 pasang baju.

Memang berbaloi dan menjimatkan!

Korang tengok kualiti baju, mesti puas hati


Dah alang-alang bak kata orang, teruslah Kak Bell cuba pakaian kat sini. Jujur cakap, memang sangkaan Kak Bell meleset. Baju kat sini buat Kak Bell rasa "brand concious" dah tak menjadi masalah, asalkan tidak mengenepikan aspek kualiti. Kebanyakkan baju kat sini, memang nyawa Kak Bell. Kena dengan taste dan gaya yang Kak Bell suka. Murah, stylo dan terus Kak Bell shopping Raya kat sini. Unplanned shopping!



Ok tak pilihan style baju yang Kak Bell beli di YFS Concept Store ni? Yang penting kualiti fabrik yang digunakan setanding dengan jenama X,Y,Z tadi. Sangat selesa dan bukan macam kain murah linen yang nipis melayang kalau ditiup angin tu.



Selain dari bahagian wanita, terdapat juga bahangian pakaian untuk lelaki dan kanak-kanak. Semuanya pun ada promosi di bahagian masing-masing. Just mix & match untuk hasil pilihan yang terbaik. Nasib baiklah tidak merancang untuk shopping. Kalau tak memang dah borong semua dah baju Raya kat sini. Next time, memang akan datang lagi nak dapatkan baju yang lain pula.




Bersempena dengan Hari Raya kelak, YFS Concept Store melangsungkan Promosi Raya Oh Raya bermula dari 11 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019. Terdapat promosi RM20 untuk helaian yang ketiga dan jika berbelanja RM200 ke atas dalam satu resit akan dapat percuma cash voucher sebanyak RM50 lagi. Menarik ke idok?? Promosi ni tertakluk kepada terma & syarat dan selagi stok masih ada. Cawangannya pun ada banyak, hampir 50 cawangan di seluruh negara. Korang boleh datang ke outlet yang berdekatan untuk promosi ini.



Dalam memilih barangan untuk bergaya, memang lebih wajar berpegang kepada prinsip 'ukur baju di badan sendiri'. Kalau korang banyak duit go ahead, kalau nak berbelanja pada barangan berjenama dan mahal. Pada Kak Bell, beli sebab suka dan paling penting berbaloi dengan wang. Dah dekat nak raya ni, elok sangatlah korang berbelanja di YFS Concept Store ni. Memang harganya lebih berbaloi dari brand X,Y,Z!


Buat korang yang ketahui lebih lanjut tentang jenama YFS Concept Store ni, boleh layari laman sesawang berikut:

Website : http://www.yfscorp.com/
Facebook : https://www.facebook.com/yfsconceptstore
Instagram : https://www.instagram.com/yfsconceptstore/

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top