Replika Istana Jahar Jadi Tarikan Utama Kempen Hari Raya Suria KLCC - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Replika Istana Jahar Jadi Tarikan Utama Kempen Hari Raya Suria KLCC

Trending

Replika Istana Jahar Jadi Tarikan Utama Kempen Hari Raya Suria KLCC

Pejam celik sahaja mata, sekarang sudah masuk ke pertengahan bulan Ramadan dan Hari Raya juga tidak lama sahaja lagi akan menjengah. Sebagai sebuah perayaan terbesar di Malaysia, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah pun dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran.


Semurni Ikatan Seindah Lebaran
Tidak ketinggalan buat pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, Suria KLCC meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi dengan menghidupkan semula kenangan tentang keseronokan malam ke-27 Ramadhan atau juga dikenali sebagai Malam Tujuh Likur. Bertemakan "Semurni Ikatan Seindah Lebaran", ruang legar utama Suria KLCC telah dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni umpama sebuah pesta cahaya pada Malam Tujuh Likur.



Tarikan utama sambutan di Suria KLCC adalah replika istana berbentuk pentagon yang diilhamkan dari Istana Jahar di Kota Bharu, Kelantan. Replika istana tersebut dihiasi pelbagai ukiran-ukiran halus yang menampilkan keindahan serta kekayaan senibina masyarakat Melayu. Gabungan ukiran tradisional Melayu dan corak geometri Islam yang menghiasi struktur binaan memberikan impak yang sempurna terhadap replika istana lama tersebut. Pengunjung akan dapat merasai sendiri keindahan Malam Tujuh Likur tersebut bermula 14 Mei 2019 hingga 9 Jun 2019.


Replika Pelita Tertinggi
Hari Raya tidak hanya disambut oleh masyarakat beragama Islam kerana ianya turut dirakan oleh rakyat Malaysia serta keseluruhannya. Oleh yang demikian, Suria KLCC sekali lagi mencipta keunikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfiti dengan membina replika pelita tertinggi di Esplanade KLC.


Berketinggia 70 kaki, pengunjung boleh mengabadikan kenangan di replika pelita yang menggagumkan ini sehingga 9 Jun 2019. Setiap tahun, lokasi ini menjadi tempat tarikan utama buat pengunjung berswafoto dengan berlatarkan menara kembar KLCC.

Dekorasi Raya Suria KLCC

Kempen Semurni Ikatan Seindah Lebaran Suria KLCC pada tahun ini disempurnakan dengan menyalakan lampu pelita gergasi di Esplanade KLCC. Sebuah taman mini yang cantik dihiasi bunga-bungaan dan lampu berwarna-warni menambahkan keserian dekorasi ruang legar Suria KLCC yang pastinya akan memukau pengunjung dan pelancong yang berkunjung ke pusat beli-belah ini.


Aktiviti Menarik Sepanjang Kempen
Sepanjang kempen sambutan Hari Raya di Suria KLCC, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian Mak Yong, tarian muzikal Raya Malam Tujuh Likur, tarian tradisional dari pelbagai negeri, tarian tradisional kanak-kanak, Dikir Barat dan persembahan silat bermula 14 Mei hingga 9 Jun 2019. Pengunjung yang datang ke Suria KLCC bolehlah meluangkan masa menyaksikan persembahan yang disediakan untuk memeriahkan lagi suasana sambutan di sini.




Kempen CSR Dengan Food Aid Foundation
Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Suria KLCC sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang bernasib baik. Pada tahun ini melalui program "Share The Care", Suria KLCC telah berkerjasama dengan Food Aid Foundation untuk meraih dana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik mendapatkan bekalan makanan. Kerjasama ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang peranan Food Aid Foundation, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan pertama yang didedikasikan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menamatkan kebuluran di Malaysia. 


Pada Ramadan tahun lalu, rekod menunjukkan sebanyak 615,000 tan metrik makanan telah dibazirkan menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Rakyat Malaysia dilaporkan membuang tidak kurang 3,000 tan metrik makanan yang masih boleh dimakan setiap hari dan jumlah itu bertambah pada musim perayaan. Melalui kempen ini Suria KLCC mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM10,000 melalui sumbangan orang ramai bermula dari 10 Mei hingga 9 Jun 2019.

Pengunjung hanya perlu menderma sebanyak RM10 dan dana terkumpul akan disalurkan kepada Food Aid Foundation untuk membeli barangan makanan, membiayai bantuan kecemasan dan menyokong insiatif Food Aid Foundation. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Food Aid Foundation, boleh layari layari https://www.foodaidfoundation.org/.



Ganjaran Ekslusif di Suria KLCC
Pelanggan yang membeli-belah di Suria KLCC pada musim perayaan ini, boleh menikmati ganjaran eksklusif bermula dari 10 Mei hingga 9 Jun 2019 bagi setiap pembelian minuman RM1OOO dan ke atas dalam dua resit. Pengunjung akan menerima satu set bekas kaca kristal eksklusif dan sampul duit raya. Manakala bagi mereka yang membeli-belah pada hujung minggu akan berpeluang untuk menerima edisi terhad "Selendang Kuala Lumpur" oleh dUCK Scarves bersama dengan sampul duit raya. Pengunjung hanya perlu berbelanja sebanyak RM3,500 dalam satu resit untuk menerima ganjaran hebat ini.

Bagi setiap pembelian melebihi RM1000 setiap hari termasuk pada hujung minggu, pengunjung juga akan menerima satu borang penyertaan peraduan makan malam istimewa bersama Chef Shersion Lian. 5 pasangan yang terpilih berpeluang untuk menikmati makan yang disediakan sendiri oleh Chef Sherson di salah sebuah restoren yang disyorkan oleh beliau di Suria KLCC.


Buat pembaca blog Bella Jamal dan juga pelanggan Suria KLCC, Kak Bell mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Adilfitri Maaf Zahir dan Batin.Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti sepanjang kempen Hari Raya Aidilfitri, lawati laman sesawang www.suriaklcc.com.my
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post