Nikmati Kebaikan Minuman Ubi Bit Merah JoyMix
Ubi Bit Merah atau dalam bahasa Inggeris; beetroot merupakan jenis sayuran dalam kategori tumbuhan perubatan. Terdapat banyak kebaikan ubi bit merah yang mempunyai tinggi kandungan nutrisi, vitamin dan mineral berkhasiat pada sayur beetroot ini. Kalau sekali tengok beetroot ini memang sama rupa bentuknya dengan lobak radish. Bezanya, saiz lobak radish lebih kecil, warna dan juga berbeza dari segi rasanya. Lobak radish berwarna merah fushia (juga ada dalam pelbagai warna) dan beetroot mempunyai warna merah-unggu dengan saiz sebesar bola golf atau softball. Dari segi rasa beetroot lebih manis, ada rasa earthy (seperti rasa tanah) manakala rasa lobak radish mirip kepada rasa lobak. Daun ubi bit merah juga boleh dimakan, dijadikan ulam dan tekstur rasanya seperti sayur bayam. Begitulah sedikit pengenalan dan info tentang ubi bit merah.

21 comments:
Post a comment