Kucing Pun Ada Penyakit Asma? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kucing Pun Ada Penyakit Asma?

Trending

Kucing Pun Ada Penyakit Asma?

Kesekian kalinya, lama sudah Kak Bell tak update cerita pasal anak-anak di rumah ni. Paling last tempohari berkenaan penyakit FLUTD (batu karang) pada anak jantan Si Sky. Adatlah menjaga anak kucing lepas sorang sihat, sorang pula yang sakit. Kali ini, Kak Bell nak kongsikan tentang si Puteh, anak 1st batch Muezza dan Sky yang menghidap asma ataupun lelah.


Kak Bell yakin mesti ramai yang tidak tahu bahawa penyakit asma ini turut juga dihidapi oleh kucing. Percaya atau tidak, kucing pun mengalami asma/lelah ni macam manusia. Cik Puteh bermula dengan batuk kecil dan selsema. Selepas terima rawatan pertama beberapa bulan lalu, nampak batuknya tak hilang. Disebabkan batuknya on-off, jadi Kak Bell kurang ambil perhatian sangat waktu tu sehinggalah nampak tanda-tanda kesukaran dia bernafas. Kak Bell pun menghidap asma, jadi faham sangat kalau tak dapat bernafas. Semua kerja pun tak bleh nak buat. Waktu dia sakit tu, memang risau betul jikalau dia putus nafas sebab apapun nak kena tunggu esoknya nak ke berjumpa vet.

Selepas terima rawatan kali ke-2, disahkan memang Puteh menghidap asma dan ubat antibiotik dan antiinflamatory diperskripsi. Waktu dalam tempoh habiskan ubatan nampak Puteh beransur pulih.


Apakah Gejala Umum Asma Pada Kucing?
Kucing yang menghidap asma ni memang sangat mirip dengan asma pada manusia. Penyakit ini merupakan keradangan pada saluran kecil paru-paru kucing. Apabila serangan asma berlaku, laluan ini menebal dan menjadi sempit seturusnya menjadikan kucing sukar untuk bernafas. Simptomnya sama sahaja seperti yang di hidap pada manusia. Diantara gejala-gejala umum yang boleh didapati adalah seperti berikut:
  • Batuk dan wheezing (berderam/berdehit)
  • Batuk berterusan
  • Pernafasan yang cepat atau mengah
  • Mulut ada mukus/air liur berbuih
  • Memanjangkan leher ketika bernafas
  • Mulut terbuka, tercungap ketika bernafas
  • Bibir dan gusi menjadi biru 
  • Kucing lemah dan kelesuan


Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada asma pada kucing, yakni bronkitis kucing mejadi alah dan menyebabkan keradangan pada salur pernafasan kucing. Selepas habis ubat yang diberi untuk rawatan kali ke-2, Cik Puteh masih tak tunjukkan tanda pulih dan sekali lagi Kak Bell bawa ke klinik untuk pemeriksaan dan rawatan. Untuk kali ni, doktor veterinar bagi ubat lain tanpa antiinflamatory seperti sebelum ni. Penyakit asma Puteh kadang-kadang ok, dan ada masanya memang dia alami kesukaran bernafas. Sedih sangatlah sebab Kak Bell tak tahu cara bagaimana nak merawat atau melegakan dia. Jadi, Kak Bell cuma tenangkan dia dan bawa dia tidur sekali lah untuk beri perhatian pada dia.


Disebabkan kekurangan dana untuk lakukan X-Ray, Kak Bell berbincang dengan doktor untuk teruskan pengambilan ubat. Apa yang Kak Bell nampak, Puteh lebih sesuai bila ambil antiinflamatory berbanding ubat jenis kedua yang diberi oleh doktor. Jadi, vet teruskan pemberian ubat antiinflamatory selama sebulan. Memang bersyukur dan lega sebab asma Cik Puteh semakin ok. Btw, untuk penyakit ni, ubat memang perlu diberi setipa hari. Sedihkan.

Diantara faktor biasa yang boleh menyumbang kepada serangan asma pada kucing adalah seperti berikut:
  • Alergen termasuk debunga, kulat/fungus, debu dari pasir kucing, asap rokok, minyak wangi dan makanan tertentu
  • Keadaan atau penyakit jantung yang sedia ada
  • Parasit
  • Tekanan stress
  • Obesiti

Asma pada kucing biasanya boleh terjadi pada kucing di antara umur 2-8 tahun. Kebiasaannya lebih tinggi berlaku pada kucing betina berbanding kucing jantan. Baka yang lebih mudah dijangkiti asma adalah kucing Siam dan Himalayan berbanding baka yang lain. Gejala asma pada kucing ini juga boleh dikaitkan dengan penyakit lain seperti masalah cacing, parasit pada salur pernafasan, tumor, kegagalan jantung dan radang paru-paru (pneumonia). Untuk kes yang lebih teruk, inhaler atau nebulizer turut diberikan kepada kucing yang asma. Cuma alat sedut untuk kucing ada sambungan tambahan untuk dilekapkan pada mulut kucing.


Nak harapkan penyakit ini sembuh memang agak sukar tetapi terdapat beberapa perkara atau langkah penjagaan yang boleh dibuat untuk mengurangkan potensi asma pada kucing kesayangan kita.

Apa Yang Perlu Dibuat?
  • Lakukan ujian kesihatan rutin pada kucing
  • Jaga kebersihan lingkungan sekitar kucing
  • Jangan gunakan parfum, pengharum ruangan, hairspray, aerosol di sekitar kucing
  • Hindarkan kucing dari obesiti
  • Jangan merokok berdekatan kucing

Kalau amati perkara diatas, memang sama sahaja dengan faktor yang manusia alami. Kalau ada nampak perubahan ketara seperti kucing meregangkan leher semasa bernafas dan gejala-gejala berkaitan, kena cepat-cepat berjumpa veterinar sebab penyakit asma ini dengan cepat boleh menjadi masalah kesihatan yang mengancam nyawa kucing. Harap perkongsian ini dapat beri sedikit input bagi mak-mak kucing sekalian. Harap Cik Puteh Kak Bell ni pun sihat macam biasa. Aminn.

Rujukan:
pets.webmd.com
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post