Kempen #SHEISREMARKABLE Oleh Bio-Oil Malaysia Sempena Hari Ibu - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kempen #SHEISREMARKABLE Oleh Bio-Oil Malaysia Sempena Hari Ibu

Trending

Kempen #SHEISREMARKABLE Oleh Bio-Oil Malaysia Sempena Hari Ibu

Bio-Oil Malaysia telah meraikan hari ibu pada Mei melalui kempen #Sheisremarkable yang merupakan diantara kempen khas #IamRemarkable Bio-Oil Malaysia. Kempen tersebut bertujuan meraikan pencapaian dalam kehidupan seorang wanita, terutamanya meraikan kenangan paling bermakna seperti saat mempunyai bayi dan pengalaman menjadi seorang ibu disamping mengeratkan hubungan dengan ibu sendiri.



#SheIsRemarkable
#SheIsRemarkable bukanlah semata-mata meraikan diri sendiri sebagai seorang wanita, tetapi untuk menyerlahkan sokongan yang diterima daripada hubungan istimewa dengan orang lain. Bio-Oil bukan sahaja membantu seorang wanita mencari dan merasai kebaikan dalam diri tetapi ia turut berkongsi kegembiraan dengan orang lain.

“Kasih sayang ibu ialah cinta sejati – dalam bentuk yang paling tulen cinta yang ada. Dia ialah pelindung diri dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebaliknya, cinta seorang anak perempuan terhadap ibunya tidak dapat diganti. Walaupun pertalian itu boleh menjadi kompleks dan penuh dengan masalah, pada akhirnya nanti tiada cinta lain seperti kasih-sayang antara seorang ibu dan anak perempuan. Kehamilan dan melahirkan membantu membina hubungan antara seorang anak perempuannya sehinggalah anaknya dewasa dan merasai pula apa yang ibunya lalui. Bio-Oil merupakan minyak yang sesuai untuk merawat dan memeterai pertalian itu kerana ia boleh digunakan untuk mencegah dan merawat stretch marks dan garis-garis penuaan. Ia benar-benar suatu produk yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi.” kata Pengurus Unit perniagaan Malaysia Bio-Oil, Cik Low Hooi Wan.


Sambutan kepada kempen #SheIsRemarkable telah dimulakan dengan sebuah video yang bertajuk Cinta Luar Biasa (Remarkable Love) yang mempamerkan hubungan antara Yasmin Hani dan ibunya. Ia berkisar tentang pengalamannya yang baru melahirkan anak dan imbauan kenangan ketika beliau hamil dan hubungan erat dengan ibunya sendiri.


Saksikan video Bio-Oil Malaysia Mother’s Day 2018 – Remarkable Love berikut:



Kempen #SheIsRemarkable ini turut diserikan dengan peraduan menerusi Facebook dimana peminat Bio-Oil boleh menghantar gambar dengan ibu mereka. Hadiah berupa 11 pasang produk Bio-Oil menanti anda bersempena dengan ulangtahun ke-11 Bio-Oil di Malaysia.

Peraduan ini diadakan sehingga hujung Jun 2018 dimana dengan setiap pembelian Bio-Oil 60ml, anda berpeluang untuk memenangi sesi fotografi dan make over di studio khas bersama orang tersayang. Bio-Oil menggalakkan semua orang di luar sana tanpa mengira peringkat dan di mana mereka berada untuk merasai kenangan ini


Untuk pengetahuan anda, Bio-Oil ialah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit seperti parut, regangan kulit dan warna tona kulit yang tidak sekata. Ianya boleh membantu memulihkan kesan parut kemalangan, kesan melecur, gigitan serangga termasuklah kesan demam campak. Produk ini telah terbukti berkesan berikutan Bio-Oil telah menerima 223 anugerah dan menduduki tangga No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia sebagai produk rawatan parut dan regangan kulit terbaik yang paling laris terjual.

Rumusannya mengandungi PurCellin Oil, Vitamin A & E dan minyak tumbuhan seperti Lavender, Calendula, Rosemary dan Chamomile. Kandungan PurCellin Oil yang unik dapat mengurangkan ketumpatan formulasi dan menjadikannya lebih mudah diserap ketika pemakaian.

Sila layari laman sosial Bio-Oil untuk keterangan lanjut.






Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post