Fikcles Ramadhan Moh Talam Set - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Fikcles Ramadhan Moh Talam Set

Trending

Fikcles Ramadhan Moh Talam Set

1 Jun 2018 lepas, saat Ramadhan dah menginjak ke hari yang ke-16 Kak Bell bersama dengan officemate berbuka puasa di Fikcles, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Kalau dah bulan Ramadhan, mestilah kita nak berkongsi keindahan berbuka puasa bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Kebetulan tahun ni, office ketiadaan bajet untuk menu berat untuk berbuka, so kenalah bertebaran cari barang makan nak berbuka. Tengok housemate siap bawa balik ayam penyet yer sponsor makanan berbuka. Curlass sangat! Btw, kita tetap bersyukur sebab masih dibekalkan dengan minuman kotak dan roti atau kuih. Diberi kelonggaran untuk mendapatkan juadah berbuka pun dah kira ok. Mulia kan? Tak boleh carut-carut di bulan puasa ni uolss. 

Gambar dari FB page Fikcles

Tahun lepas pernah datang makan ke Fikcles untuk Talam Set. Jadi, tahun ni ajak kawan-kawan cuba makan disini. Untuk Ramadhan 2018, Fikcles menawarkan set Iftar Moh Talam untuk menu berbuka puasa. Btw, harga untuk tahun ini agak mahal sedikit berbanding tahun lalu. Promo Ramadhan Moh Talam ni menyediakan menu talam yang akan bertukar setiap minggu sepanjang bulan Ramadhan 1439H. Korang boleh pilih menu apa yang nak dimakan dalam set tersebut dan air adalah free flow untuk Iced Lemon Tea atau Sirap Bandung Cincau.


Untuk hari tersebut, kami order 1 set talam 4 pax dan 1 set talam 2 pax untuk jumlah 7 orang makan. Kami memilih set western dan dalam set talam tu ada spaghetti Aglio Olio/Arabiata, Cheesy Breaded Chicken Chop, Coleslaw, Nachos Chili Con Carne, Lime Oregano Grilled Lamb, Creamy Coriander Lime Linguine, Mushroom Soup dan Garlic Bread.

RM78.90/3-4pax

RM49.90/2-pax

Jika nak set talam menu asia pun ada yang terdiri dari Lontong Goreng, Sup Cendawan Berempah, Ayam Goreng Berempah, Telur Dadar, Papadom, Nasi Goreng, Butter Chicken, Daging Masak Merah dan lain-lain. Untuk menu-menu ni korang boleh pilih semasa membuat tempahan nanti. Dalam set tempahan tu juga termasuk dengan Kurma, Buah-buahan, Kuih-Muih dan Air Iced Lemon Tea/Sirap Bandung Cincau (free flow). Harga set talam tu adalah seperti berikut:

Harga : RM78.90/talam
Pax   : 3-4 pax

Harga : RM49.90/talam
Pax   : 2 pax

Booking awal adalah digalakkan. Masa Kak Bell datang tempohari, walk-in sahaja dan bernasib baik ada meja yang kosong. Menunggu jugalah dalam 20-30 minit untuk hidangan sampai. Overall makanannya semua ok, but untuk lamb grilled sedikit terbakar dan coleslaw tidak seperti selalu. Btw, review ni adalah pada masa hari tersebut lah. Mungkin cepat-cepat masak sebab nak bagi kitaorang makan kan. Mostly, makanan kat sini memang sedap. Terbayang pula lontong goreng kat sini, yang memang sedap!

 Lontong Goreng

Nasi Goreng


Boleh contact 03-77324885 atau whatsapp 012-7032692/012-9532692 untuk booking dan Fikcles pun ada buat servis delivery! Jom, cuba Moh Talam! Serius tak menyesal.

FIKCLES
1, Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur, Malaysia


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post