30 Selebriti Terkenal Buka Gerai Di Festival Ramadhan Putrajaya 2018 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 30 Selebriti Terkenal Buka Gerai Di Festival Ramadhan Putrajaya 2018

Trending

30 Selebriti Terkenal Buka Gerai Di Festival Ramadhan Putrajaya 2018

Penganjuran kali ke-6 Festival Ramadan Putrajaya telah diumumkan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) di Dewan Sri Melati, Kompleks PPj, Presint 3 baru-baru ini. Festival ini telah bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018, dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam di kawasan Persiaran Perdana Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA). Penganjuran festival Ramadhan ini adalah bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri serta mengimarahkan sambutan bulan Ramadan di Putrajaya.



Mensasarkan 1 juta orang pengunjung, festival kali ini akan melibatkan keseluruhan 160 peniaga dan menjanjikan kelainan dengan penglibatan seramai 30 barisan selebriti popular termasuk Erra Fazira, Ella, Kaka Azraff, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Ramlah Ram, Fasha Sanda dan ramai lagi yang membuka gerai jualan produk masing-masing. Festival ini juga turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan dan persembahan ‘busking’ oleh para artis popular masa kini.

Apa Yang Menarik Di Festival Ramadhan Putrajaya 2018
  • Terdapat 300 gerai yang menjual juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Putrajaya bermula dari 4.00 petang hingga 8.00 malam. 
  • Selain daripada itu, terdapat 12 buah gerai dan 14 unit food truck yang menjual pelbagai juadah berbuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam. 
  • Pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa dan moreh di Laman Iftar berkonsepkan outdoor cafe di Kompleks PPj.
  • PPj turut bekerjasama dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) untuk program keagamaan dan kerohanian seperti Solat Tarawih bersama Imam dari Mesir, bayaran zakat fitrah “drive thru” dan ceramah agama pada setiap hujung minggu di bulan Ramadan dari jam 6 hingga 7 petang di MTMZA.
  • PPj akan meneruskan kempen-kempen bersama Alam Flora Sdn. Bhd. seperti Kempen Elakkan Pembaziran Makanan, Kempen Pengurusan Sisa Organik Melalui Pengkomposan, Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai daripada Bazar Ramadan dan Kempen Keselamatan Makanan.
  • Bagi mengeratkan hubungan pelbagai pihak, PPj juga turut menganjurkan Program Bubur Bersama Komuniti sempena sambutan Nuzul Al-Quran yang menggabungkan kerjasama antara PPj, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan dan Kejiranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lembah Pantai.


Berikut merupakan diantara aris-artis yang terlibat di Festival Ramadan Putrajaya 2018.

Datin Alyah
Diantara barangan yang dijual adalah barangan kosmetik seperti seperti lipstik, serum, foundation, body suit, contact lens dan termasuk produk beliau sendiri. Menurut Datin Alyah, sambutan amat memberangsangkan dan tidak dijangka kerana setiap hari-hari boleh dilihat ramai orang yang datang dan nampak kuasa pembeli memang tinggi. Perbezaan berniaga di bulan Ramadan, lebih meriah. Di Putrajaya ini, sebelah bazar barangan, ada bazar makanan yang terdiri daripada 400 buah gerai, jadi sebelum orang membeli makanan, mereka akan singgah.

"Terima kasih pihak penganjur kerana beri peluang pada saya berniaga on ground. Kerana kalau berniaga Online boleh buat di rumah atau di mana-mana, tetapi ini offline, dan inilah peluang yang baik diberikan pihak penganjur. Peluang yang saya inginkan kerana beri pengalaman pada diri untuk berniaga," kata Datin Alyah.

Beliau juga menambah "Saya sangat teruja berniaga di bulan Ramadan. Walaupun berpuasa di sampng rutin yang sangat sibuk, tetapi saya tetap diberikan peluang berniaga. Saya sesuaikan diri menjaga masa sebaik mungkin dan saya akan berada di Putrajaya selagi ada waktu lapang. Hampir setiap malam."


Lan Solo
Ianya merupakan tahun ke-3 LAN solo menjalankan bisnes produk pakaian. Untuk sambutan tahun ini sangat baik dan positif menurut Lan. Barangan yang diniagakan di sini seperti produk pakaian Butik Lan Solo, Kurma Lan Solo, buah-buahan kering & kekacang.

"Berniaga pada bulan Ramadhan memang sangat-sangat berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Kebanyakan orang yang datang butik/booth akan terss membeli segala keperluan raya. Kalau bulan-bulan lain, lebih kepada survey, cuci mata dan jalan-jalan." kata LAN Solo.


Hanez Suraya
Hanez berniaga tudung @everyday_kl by Hanez Suraya dan @sambalbilisomakden by Hanez Suraya. Menurut Hanez, "Sambutan Alhamdulillah. Disebabkan kami mempunyai followers sendiri, jadi kita dah shout out di media sosial dan tarik mereka datang ke booth." Tambah Hanez lagi, "Berniaga bulan ramadhan ini seronok sebab tiada limit untuk shopping. Lepastu lebih senang bagi pengunjung untuk padankan baju dan tudung. Selain itu juga, sambal bilis pula merupakan bahan paling senang nak makan dan sediakan utk bersahur, memang sangat sesuai untuk bulan puasa ni."

ELLA
Booth ELLA menawarkan rangkaian produk-produk kesihatan dan kecantikan ELLA. Terdapat juga jualan jubah rekaan ekslusif CintaBaya, baju melayu mampu milik dan juga barangan peribadi ‘preloved’ ELLA. ELLA mengajak pengunjung supaya hadir ke Festival Ramadhan Putrajaya dan tidak melepaskan peluang meluangkan masa berbelanja denga harga mampu milik dan membeli barangan berkualiti baik sempena menjelangnya aidilfitri.


Sarah Fazny
Menurut Sarah, "Orang ramai perlu datang ke Festival Ramadan Putrajaya (FRP). FRP memudahkan orang ramai yang berada di Putrajaya dan kawasan berdekatan untuk membuat persedian awal bagi menyambut Syawal. Tidak perlu jauh-jauh ke Kuala Lumpur sebab di sini semua ada. Daripada barangan solek, kuih muih raya, pakaian serta kelengkapan raya yang lain semua ada."

Sarah yang menjual homemade cookies resipi turun temurun keluarga beliau menyatakan, di samping berniaga, beliau boleh berkongsi citarasanya kerana khalayak selalunya suka melihat dan ikuti apa yang artis pakai atau makan. Diantara barangan yang dijual oleh Sarah ialah cookies seperti Biskut Sarang Semut Coklat, baju dari stylist/designer Hashtag Sri Hartamas dan luvres serum yang Sarah gunakan sebelum bersolek.



Haiza Kool FM
Booth Haiza ini berkonsepkan 'under one roof'. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di bawah satu jenama iaitu My Haiza. Ada Cakar Ayam Kudapan Citarasa My Haiza, Parfum My Haiza, kuih dan kek raya Mad About Cake dan juga seleksi baju kurung terkini. Haiza juga menjual baju tradsional terpakai (preloved) dengan harga yang boleh ditawarkan lagi. Kebanyakan baju-baju ini, dipakai oleh beliau sewaktu membuat persembahan. Daripada membazir tidak dipakai lagi, Haiza berpendapat lebih elok jika kongsikan dengan orang ramai.

Aiman Tino
Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini Aiman Tino baru melancarkan syarikatnya iaitu Manno Resources Sdn Bhd. Sebagai permulaan, syarikat ini mengeluarkan Jus Manno dan Jus Manno Junior yang berasaskan ramuan semula jadi.

"Saya ingin menyeru kepada semua pengunjung untuk hadir bersama-sama meramaikan Festival yang bakal dilangsungkan ini kerana banyak produk-produk yang menarik dan diskaun yang diberikan sangat hebat untuk menjelang syawal yang tidak lama lagi. Selain daripada itu, saya sendiri akan turut berniaga dan mencuba pengalaman berniaga di musim ramadan ini." jelas Aiman Tino.


Festival Ramadan Putrajaya 2018 ini dianjurkan secara usahasama PPj dengan syarikat Global Ace Resources Sdn. Bhd. Untuk pertanyaan lanjut berhubung Majlis Sidang Media Festival Ramadan Putrajaya 2018 bolehlah menghubungi, En. Mohd Fairus Bin Mohd Padzil di talian 03-8887347/019-3354346 atau e-mel ke m.fairus@ppj.gov.my untuk maklumat lanjut.




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post