Review Rawatan Cool Sculpting Di Clique Clinic

Trending

Review Rawatan Cool Sculpting Di Clique Clinic

Hi Korang! Selepas rundingan di buat pada 3 April 2018, tibalah hari untuk sesi rawatan Cool Sculpting pada 10 April. Rawatan tersebut di kendalikan oleh Dr. Wendy berikutan Dr. Josh agak sibuk menguruskan pembukaan outlet terbaru Clique Clinik di Eco Setia City. Nanti, selain outlet PJ, bolehlah korang datang ke outlet terbaru mereka.

Masa mula-mula dengar tentang Cool Sculpting, memang Kak Bell sangat teruja sebab tak pernah terfikir ada kaedah untuk membentuk kontur badan tanpa pembedahan yang selamat. Seperti yang Kak Bell kongsikan dalam entri sebelum ini, Cool Sculpting ini menggunakan kaedah penyejukkan lemak sasaran yang tidak diingini pada bahagian badan dan sel lemak yang mati akan disingkirkan secara semulajadi dari badan. Jika dalam terma klinikal dikenali sebagai 'cryolipolysis'. Untuk kefahaman yang lebih mudah, mengurangkan sel lemak dengan kaedah penyejukan lemak.



Sebelum rawatan dimulakan, gambar bahagian rawatan akan dirakamkan untuk menilai hasil sebelum dan selepas. Untuk mengambil gambar setiap bahagian badan, pesakit perlu berdiri di setiap sudut oktagon yang akan diletakkan di bawah. Jadi, semua bahagian depan, belakang dan sisi badan akan dirakam.


Sebaik sahaja selesai, bahagian-bahagian yang difokuskan untuk rawatan akan dikenal pasti, ditanda dan diukur. Untuk Kak Bell, bahagian rawatan adalah di bahagian sayap (flank). Terasa macam masuk pertandingan siri 'The Swan' pula (pertandingan pembedahan wajah/badan).


Selepas selesai ukuran dan tanda dibuat, pad gel akan diletakkan pada bahagian sasaran sebelum aplikator diletakkan. Disebabkan, badan Kak Bell yang kekurangan lemak, proses meletakkan aplikator pada badan sedikit sukar sebab aplikator mestilah diletak tepat bagi memastikan bahagian rawatan boleh dipegang alat divakum (suction) kemas untuk rawatan. Selepas 3 kali percubaan, baru berjaya aplikator dipasang kemas pada badan dan proses rawatan Cool Sculpting dimulakan.


Untuk rawatan Kak Bell, aplikator COOLPETITE Advantage digunakan. Aplikator tersebut menggunakan kaedah vakum dan akan mengawal proses penyejukan lemak pada suhu 4°C selsius. Aplikator jenis 'petite' ini sesuai digunakan untuk bahagain yang kurang lemak seperti bahagian flanks, lengan, lutut dan belakang paha. Pada satu masa hanya satu bahagian rawatan akan dibuat untuk tempoh sela masa 35 minit.


Diantara aplikator lain yang ada seperti COOLFIT ADVANTAGE (bahagian paha), COOLCORE ADVANTAGE (pembentukan kontur perut), COOLCURVE+ ADVANTAGE (untuk pinggang), COOLCURVE ADVANTAGE PLUS (untuk bahagian perut/addomen), COOLCORE ADVANTAGE PLUS (upper and lower abdomen) dan COOLMINI (untuk double chin fat reduction). Boleh rujuk SINI.

Semasa proses rawatan akan terasa sedikit ketidakselesaan dan rasa kebas tetapi ianya tidak menyakitkan kesan dari cengkaman kuat lemak yang disedut/vakum tadi. Setelah lebih kurang 20 minit rawatan, aplikator petite yang digunakan sedikit terbuka disebabkan Kak Bell banyak bergerak dan mesin rawatan terus beri amaran yang proses rawatan gagal! Oleh itu, proses pemasangan dan meletakkan semula aplikator perlu diulang. Jadi semasa proses rawatan, kena kurangkan sedikit pergerakan untuk mengelakkan aplikator tercabut atau terbuka.

'

Dalam 35 minit rawatan, Kak Bell hanya rilek dan biarkan proses rawatan habis. Bilik rawatan di Clique Clinic sangat selesa, dilengkapi dengan sistem audio dan visual di mana pesakit boleh menonton movie dan WiFi juga disediakan. Makanan ringan dan minuman juga ada disediakan. Jika ada masalah, bolehlah menekan alat yang disediakan untuk panggil doktor yang bertugas.


Selepas rawatan tamat, bahagian rawatan akan diurut selama 2 minit untuk memecahkan lemak yang telah disejukkan (crystallized). Okay, semasa proses urutan ini memang sangat sakit. Seriously, Kak Bell tak mampu nak tahan sampai 2 minit! Rasa macam terbakar dan memang sakit. Bayangkan Kak Bell terpaksa ambil masa sekejap supaya kesakitan reda sebelum mulakan proses di bahagian kedua. Walau apa-pun, ianya masih boleh dan mampu Kak Bell hadapi. Beauty is pain! Proses urutan ini perlu kerana kajian klinikal telah dibuat dan hasil setelah urutan lebih baik sebanyak 40% berbanding tanpa urutan.

Berikut, merupakan hasil bahagian pertama setelah rawatan. Nampak perbezaannya kan? Impressive dan terus nampak hasilnya! Selepas rawatan, mungkin bahagian rawatan akan lebam, tetapi bahagian flank Kak Bell ok sahaja selepas tempoh rawatan. Cuma ada rasa kesakitan macam burning effect pada bahagian tersebut. Selepas rawatan, Kak Bell terus boleh pakai jeans tanpa ada apa-apa masalah. Tiada masa 'downtime' dan semua ativiti harian dapat dilakukan seperti biasa. Dalam tempoh baik pulih, mesti minum lebih banyak air untuk proses penyingkiran sel lemak yang mati tadi lebih cepat, makan makanan berkhasiat dan jangan lupa untuk bersenam!


Untuk kesan terbaik dapat dilihat selepas 1-3 bulan rawatan. Kesan dramatik dapat dilihat selepas 3 bulan menjalani rawatan tersebut. Bangga sekejap bila doktor cakap bahagian perut juga dah kurus! Selepas 3 bulan nanti Kak Bell update kesan rawatan Cool Sculpting ni ya.



Rawatan Cool Sculpting ini boleh mengikut bajet masing-masing. Sesi rundingan boleh dilakukan dengan pihak Clique Clinic. Tidak perlu membahayakan diri melakukan prosedur pembedahan lemak 'liposuction' untuk membentuk kontur badan. Bagi yang berminat untuk menjalani rawatan di sini bolehlah kunjungi Clique Clinik untuk temu janji. Maklumat lanjut boleh lawati website dan sosial media mereka dibawah.

Clique® Clinic
4, Jalan 19/36, Seksyen 19,
46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Operating Hours: Open Daily: 9AM-7PM
Closed on Public Holidays
Hubungi : 6037960 1211




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

24 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Ya Ampun,
    dah la cantik buat lagi pembentukan badan lagi..
    kita punya lemak ni entah bolah lah nak mantap balik..
    buat sculpting ni bukan sekali je dapat body yang diidamkan..
    kena banyak sesi.. menggulupur lak nak membayar sesi nya macam mahal je ku tengok...
    kalau tak ada komitmen anak mungkin reconsidering tapi sebelum ada anak body cantik je..
    dah ada anak menggelebeh sana sini hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kasi shape sikit boleh. Kalau yg bmi over kn buat weight loss dululah

      Delete
  2. adui mak, takut tak masa buat treatment tuh? kak lily pulak yang seram sejuk menengoknya kan

    ReplyDelete
  3. bestkan kalau dapat buat treatment macam ni. seronokla beraya dengan body cantik raya nanti. hehe

    ReplyDelete
  4. Treatment ni bagus buat kalau kita ada budget lebih. Nak kena tengok budget lah. Nak kan badan menawan kena banyak kali buat. Maybe buat sekali tak nampak sangat efek nya tuh. Tapi sebenarnya sejenis yang takut nak buat treatment macam ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa bedah tkde darah ok lagi kak. Tp sakit sikit tu bolehla tahan lagi.

      Delete
  5. Tengok cara macam nak buat pembedahan plastik..hhehe..tapi sebenarnya tak..alamk ada pedih sikit ke..seram pulak baca nya..tapi kalau nak cantik ape de hal..sakit sekejap je..lepas tu cantik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Mcm nk buat prosedur bedah pula. Ye hasilnya puas hati selepas rawatan.

      Delete
  6. letopnya kak bell! bagus lah rawatan ni! sesuai untuk mereka yanf nak cantik dan sebagainya.boleh recommenda la

    ReplyDelete
  7. Wah makin slim lah kak bell raya kali ini. Hehehe kita nak buat juga lah tapi masih sempat ker nak kurus untuk raya ni. Sebab tak ada pembedahan kita takut sikit jalai ada pembedahan ni...

    ReplyDelete
  8. Wowww beraninya buat rawatan macam ni. Emi jenis yg prnakuy sket nak buat rawatan yg macam ni hehe.

    ReplyDelete
  9. heyyy cekcinya kak bell. awass ya lelaki diluar sana. sila tutup mata anda. hahahaha

    ReplyDelete
  10. kompleks pula tengok cara rawatan ni. Tapi mcm menarik. Dengan teknologi yang serba canggih ni dapat membantu utknkita keluhatan kebih slim heheheh

    ReplyDelete
  11. Perghhhh terbaik gak rawatan ni kan kak bell.. boleh buatlng lelemak yg tak perlu kat badan terutama part perut tu. Ishhhh kita sekarang ada masalah perut buncit ni. Malu lak rasa!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Onie. Sb kdg2 kita bersenam dan aktif tp tak jugak hilang lemak. Boleh cuba alternatif ni

      Delete
  12. After reading your experience, I wanna try this la, seems like it works really well as well, especially those love handles wish mine will just go away.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Worth to try. U can see the instant result!

      Delete
Previous Post Next Post