Percutian Singkat Ke Merlimau Melaka | Hi Korang! Kisah percutian
    singkat ke Melaka ni sebenarnya dah lama. Dari bulan Januari 2018 hari tu
    pergi, tapi baru sekarang ada masa nak menulis. Bila dah ditangguh lama, nak
    ambil semula mood pun bercintalah gayanya. Jadi dah ada masa ni, Kak Bell
    siapkan entri ni.
  Percutian ke 77300 Merlimau, Melaka tempohari sebenarnya tidaklah
      dirancang. Masih ingat Puteri Sharina tak? Kawan Kak Bell dalam
      kisah-kisah travel sebelum ni? Hehe. Kebetulan kawan Kak Bell, Puteri
      Sharina ajak temankan dia pergi menghantar baju pengantin untuk anak buah
      dia. Dan kebetulan juga hari keesokannya Kak Bell tak bekerja, jadi terus
      'on' sahajalah ikut dia. Jadi kami bertiga termasuk dengan sorang lagi
      kawan bertolak ke Melaka pada malam 13 Januari jam 2 pagi saat semua orang
      tengah lena tidur. Malam tersebut hujan lebat dan sempat bertembung dengan
      2 insiden kemalangan. Dahlah hujan lebat, ada pulak melaun-melaun ni bawak
      kereta macam pelesit!
  Sampai Merlimau kira-kira jam 5 pagi macam tulah. Jadi, kami brekfast
    dululah sebelum teruskan destinasi ke rumah lama keluarga Puteri Sharina.
    Btw, sarapan nasi lemak dan roti canai pagi tu agak menghampakan. Dah lah
    malam tadi singgah kedai mamak area Bandar Putera 2 pun tak sedap. Terkilan
    tau sebab citarasa tak dipenuhi. Hiks! Dah sampai rumah, haruslah membuta
    dulu sebab seharian tak tidur selepas balik dari kerja malam. Esoknya
    bolehlah pergi cari tempat makan menarik sekitar sini. Tak tahulah dekat ke jauh dari pantai kalau nak makan makanan laut.
  
  Suasana rumah Melaka. Lama tak tengok pokok kelapa. Hehe
  
  Keesokannya siang, baru kami ke rumah Nek Su Puteri Sharina untuk makan
    tengahari dan hantar baju pengantin. Kalau dah sampai ke Melaka, mestilah
    kena rasa hidangan asam pedas. Tengahhari tu, kami dihidang masakan kampung
    asam pedas ikan, ikan goreng, telur dadar dan sayur campur. Menu macam ni
    memang berselera kalau makan. Tak ada segan dah, habis licin kami makan.
    Tambah-tambah Kak Bell. Buruk betul perangai bila makan. Haha. Lepas menjamu
    selera makan tengahari dan berjalan ke dusun buah-buahan barulah kami pergi
    jalan-jalan sekitar Merlimau. Btw, tak banyak tempat dapat pergi sebab
    kesuntukan masa dan keadaan hari pun yang hujan.
  Asam pedas terangkat!
  Eching tuang kopi kat suami katanya
  Semasa di Merlimau, sempat Kak Bell melawat ke kawasan Makam Tun Teja dan
    Rumah Tradisional Penghulu Md. Natar. Disebabkan dah lewat petang dan hujan,
    Rumah Penghulu Natar dah tutup untuk lawatan. Jadilah, dapat bergambar
    kenangan di sini. Kalau nak datang kena tengok waktu operasi depa ya.
    Galeri ni buka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 9 pagi ke 5.30
    petang. Sesuai untuk lawatan tempat bersejarah dan kenal sejarah di Melaka
    ni.
  Rumah Tradisional Penghulu Md. Natar
  Terletak di Pekan Merlimau kira-kira 22 km dari Bandar Melaka menghala ke
    Muar di daerah Jasin. Sebelumnya dikenali sebagai Rumah Penghulu Abdul Ghani
    yang merupakan bapa kepada Penghulu Md. Natar. Setelah Penghulu Abdul Ghani
    meninggal dunia, beliau telah digantikan oleh anaknya Mohd Natar dan rumah
    tersebut dikenali sebagai rumah Penghulu Md. Natar.
  Hujan dah mula turun!
  
  Rumah unik bersenibina campuran mempunyai pengaruh Palembang, Kemboja,
    Champa dan Filipina ini di bina dalam tahun 1914, pada zaman sebelum
    pemerintahan British oleh Datuk Penghulu Abdul Ghani, Penghulu Kawasan
    Merlimau. Jubin lama yang besar ini diimport dari China dapat dilihat pada
    anak tangga rumah. Rumah yang dibina ini, direka bukan semata-mata untuk
    kediaman malah berfungsi sebagai sebuah pusat pengurusan mukim dilengkapi
    ruang memasak untuk kenduri dan pernah dijadikan lokap untuk penahanan
    sementara pesalah sebelum dihantar kepada polis.
  Makam Tun Teja
  Seterusnya singgah ke Makam Tun Teja. Dari jalan besar, korang hanya perlu
    berjalan masuk ke dalam sedikit untuk ke kawasan makan. Kawasannya
    bersebelahan sawah padi dan juga berdekatan dengan penempatan penduduk. Di
    makam ni, perigi dan kawasan makan telah dipagar berikutan banyak perbuatan
    syirik dan pemujaaan berlaku kat sini. Untuk pengetahuan korang, terdapat 2
    versi cerita mengenai Tun Teja. Kak Bell rasa umum mengetahui versi dari
    Hikayat Hikayat Hang Tuah. Kisah hikayat ni Kak Bell copy pasta je dari
    Wikipidia. Dah tulis kat sini, at least bolehlah korang baca
    kan. 
  Makam Tun Teja
  
  Dalam versi Hikayat Hang Tuah yang menyebut tentang Hang Tuah yang telah
    difitnah oleh orang-orang istana Melaka dan telah membawa diri ke Pahang
    setelah dinasihati oleh Bendahara Paduka Raja. Sesampai di Pahang, Hang Tuah
    telah membuat perhubungan dengan Bendahara Seri Buana iaitu ayahanda kepada
    Tun Teja dan Tun Jenal, adinda Tun Teja. Pada mulanya Tun Teja menolak akan
    pelawaan perhubungan dengan Hang Tuah namun setelah diberi ubat guna-guna
    melalui Dang Ratna, inang pengasuh Tun Teja yang juga menjadi ibu angkat
    Hang Tuah, Tun Teja telah jatuh cinta kepada pahlawan itu, walhal Tun Teja
    Telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu.
  Hang Tuah telah membuat pakatan untuk membawa Tun Teja ke Melaka melalui
    jalan laut, walau pun pada mulanya orang-orang Pahang berjaya menghidu akan
    tindakan Hang Tuah, diketuai oleh Tun Jenal. Namun angkatan tentera Pahang
    terpaksa berpatah balik setelah tiang kapal mereka patah dipanah oleh Hang
    Tuah. Sesampai di Melaka, Tun Teja diarak dengan gajah ke balairung seri
    istana Melaka. Tun Teja terperanjat kerana dipersembahkan kepada Sultan
    Mansur Syah, walhal kedatangannya ke Melaka adalah untuk mengahwini Hang
    Tuah. Namun setelah diberi sirih jampi oleh Hang Tuah, Tun Teja melupakan
    Hang Tuah dan akhirnya mengahwini Sultan Melaka, manakala Hang Tuah telah
    diampuni oleh Sultan Melaka dan dijadikan Laksamana.
  Megat Panji Alam yang amat marah dengan kejadian yang menimpa tunangannya,
    telah mengambil keputusan untuk menyerang Melaka bersama 4000 tentera namun
    beliau singgah di Pahang untuk mengadap Sultan Pahang. Namun beliau dibunuh
    oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi yang telah diarahkan oleh Hang Tuah yang
    telah dapat menghidu tindakan Megat Panji Alam. Sultan Pahang yang murka
    kerana gagal menjalinkan hubungan dengan Terengganu, telah menjatuhkan
    hukuman bunuh terhadap keluarga Tun Teja.
  Dah habis berjalan di sini, sempat kitaorang memecut ke JPO Melaka. Tetapi,
    sangatlah hampa sebab tak ada apa yang menarik untuk dibeli. Yang pelik tu,
    ada pula brand pakaian macam jual kat kedai-kedai biasa. Kaedah sangat brand
    macam jual dalam Aeon Big pun nak letak kat sini. Kekononnya naklah beli
    barangan berjenama dengan harga yang murah. Namapun JPO kan! So, dah
    agak-agak puas, kitaorang cari kedai makan untuk makan malam dan pulang
    semula ke KL. Tak sempatlah nak makan nasi ayam ke, mee goreng, roti john ke
    atau coconut shake.
  Akhirnya singgah tempat makan tepi jalan. Nasi bubur dengan asam pedas
    tetel kat sini memang sedap! Next time datang sini boleh
    food hunt lagi. Itu ajepun ceritanya. Sehari je berjalan ke Merlimau.
    Tak sempat nak pergi tempat lain mencari makanan best-best. Nanti ada masa bolehlah singgah ke sini
    lagi. Okay, bye.