Topeng Muka Terlaris Jepun : Dr Jou Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask Di Watson Malaysia!

Trending

Topeng Muka Terlaris Jepun : Dr Jou Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask Di Watson Malaysia!

Amalan pemakaian topeng muka (face mask) memang diakui memberi kesan yang baik pada muka dalam melengkapkan rutin penjagaan dan kecantikan wajah. Walaubagaimanapun, sebelum mula menggunakan facial mask, terlebih dahulu kena ketahui apakah jenis kulit wajah kita bagi memastikan mask yang digunakan bersesuaian dengan kulit wajah. Bercerita tentang 'face mask', telah diadakan satu pelancaran media eksklusif, Dr Jou Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask bertempat di The Other Half Cafe, Taman Tun Dr. Ismail pada 9 Mac 2018 yang lepas.


Dari makmal mask Dr. Morita yang terkenal dengan rangkaian masknya yang berkesan, kini telah muncul satu lagi siri mask kecantikan yang terbaru iaitu Dr. Jou (pencipta di sebalik mask Dr. Morita). Topeng muka Dr. Jou ini adalah rangkaian mask berteknologi tinggi dengan kepekatan tinggi bahan aktif untuk memberikan hasil yang berkesan untuk keadaan kulit tertentu. Mula dilancarkan pada tahun 2016, sebagai rangkaian produk sulungnya, Dr. Jou 6 Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask terdiri daripada 6 jenis ramuan Botox mask dan produk penjagaan kulit. Produk-produk ini telah dipasarkan di Taiwan, Hong Kong, Jepun dan juga di negara yang lain. Pada tahun 2017, jenama Dr. Jou telah dianugerahkan oleh International Recognize Monde Selection sebagai salah sebuah label yang berkualiti.

PHD Chunhsu Jou (CEO of Dr. Jou Biotech Co. Ltd)

Topeng muka Dr. Jou ini adalah lebih maju, yakni setaraf pusat kecantikan professional bagi pengguna yang menghargai kosmetik berkualiti tinggi. Formulasi Dr. Jou adalah berasaskan dari kepercayaannya terhadap bahan semulajadi dan juga ramuan warisan Asia seperti sarang burung tremella dan roselle khas yang sesuai untuk kulit penduduk Asia.


Selain itu, sebagai pakar produk berasaskan asid hyaluronik, Dr Jou mendahului penciptaannya dengan menggabungkan 6 intipati Asid Hyaluronik yang berbeza dalam kesemua mask. Setiap variasi mask mengandungi enam kandungan intipati yang terdiri daripada Sodium Hyaluronate (Macromolecular), Hyaluronate Sodium Hyaluronate (molekul bersaiz sederhana), Asid Hyaluronik Hidrolisis (Micromolecular), Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate, C12-13 Alkyl Glyceryl Hydrolyzed Hyaluronate dan Sodium Acetylated Hyaluronate.

L-R: Sylvia Lin (Sales Supervisor International Sales Department of Dr Jou BioTech Co, Ms Sharon Yong ( Brand Manager  Ltd), PHD Chunhsu Jou (CEO of Dr. Jou Biotech Co. Ltd), Ms Melanie Wong (General Manager of Dr Jou Malaysia, Encompass Sdn. Bhd.), Ms Sharon Yong (Brand Manager of Dr Jou Malaysia)

Rangkaian mask kelas professional Dr. Jou enam produk yang diimport dari Jepun ini terdiri daripada 100% Hyaluronik Acid (HA) dan setiap molekul besar, sederhana dan kecil HA yang terdapat di dalam mask mengandungi sebanyak 32g serum penghidratan.  Berikut adalah siri rangkaian mask tersebut:

Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask, 5s
Memaparkan ramuan utama, Hyaluronic Acid dengan pelbagai saiz molekul untuk penyerapan yang lebih baik. Dengan ekstrak Squalane, Vitamin B5 dan Tremella untuk kulit yang lebih lembap.

Jenis Kulit: Semua jenis kulit, terutamanya kulit kering. Gunakan sebelum memakai mekap untuk kulit yang lebih cantik & menawan.


Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Whitening Mask, 5s
Ekstrak Squalane, asid tranexamic, mulberi putih, hempedu naga Eropah dan alga besar bekerja secara sinergis untuk mendedahkan kulit yang lebih putih.

Jenis Kulit: Semua jenis kulit, terutamanya kulit kusam.


Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Brightening Mask, 5s
Dapatkan kulit yang cerah dan berseri apabila anda membasahi kulit anda dengan ekstrak Squalane, pati mawar tulen, asid salami, hypericum, aesculus, witch hazel dan ivy.

Jenis Kulit: Kulit kering, dan kulit kusam.


Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Revitalizing Mask, 5s
Kulit yang letih boleh bertenaga semula dengan ekstrak wine meal, susu soya, Luo Shen Hua, barli, sarang burung, Q10, royal jeli dan zarah platinum.

Jenis Kulit: Semua jenis kulit, terutamanya kulit kering dan dehidrasi.


Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Soothing Mask, 5s
Ekstrak Squalane dan hamamel dapat menenangkan kulit radang dan sensitif.

Jenis Kulit: Semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak, kulit sensitif dan kulit berjerawat. Baik untuk kulit yang terbakar akibat sinaran matahari.


Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Luminous Mask, 5s
Bahan ekstrak squalane, ekstrak daisy, ekstrak lily, ekstrak licorice yang dapat membersihkan pori-pori dan menghaluskan kulit untuk kulit lebih licin.

Jenis Kulit: Semua jenis kulit, terutamanya kulit kering dan kulit sensitif


Semasa majlis pelancaran, turut diadakan demo pemakaian bagi melihat kesan penggunaan Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask. Setelah penggunaan selama 10 minit, kadar kelembapan kulit meningkat dari kadar 36 hydration level kepada 55.5 hydration level. Sangat menarik bukan?

Menurut Dr. Jou kadar penyerapan semasa penggunaan rangkaian mask ini adalah 13% lebih tinggi dari biasa dan dapat bertahan dalam tempoh 24 jam lebih lama. Denagn hanya menggunakan face mask Dr. Jou ianya juga sudah memadai jika tidak menggunakan mana-mana produk untuk kulit di bahagian mata.

Sesi demo menggunakan Dr Jou Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask 

Venice Min (Social Media Icon) & PHD Chunhsu Jou, CEO of Dr. Jou Biotech Co. Ltd


Ikon media sosial, Venice Min juga turut berkongsi pengalamannya menggunakan mask Dr. Jou. Ikuti sedikit sedutan pengalaman beliau di video di bawah.


Setelah menyaksikan sendiri demo dan keberkesanan topeng muka Dr. Jou, Kak Bell telah mencuba Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Whitening Mask, 5s. Selepas bersihkan muka dari bahan solekan, boleh pakai mask ni sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 15-20 minit. Urut dengan lembut baki intipati mask pada kulit dan di sekitar kawasan leher dan tidak perlu bilas dengan air selepas penggunaan. Jika tiada kesan alahan dalam masa 24 jam selepas penggunaan, boleh teruskan pemakaian seperti biasa dan boleh digunakan setiap hari untuk mencapai hasil yang terbaik.

Penggunaan Hyaluronic Acid dalam mask ni, memang beri kesan yang menarik. Boleh rasa sendiri kulit muka akan lebih lembap. Lepas ni, Kak Bell akan cuba Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask dan Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Soothing Mask pula. Love it!


Kesemua produk Dr. Jou kini boleh didapati di Watsons di seluruh negara pada harga RM38.90. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sosial Dr. Jou.


Event and PR by EverQuest
www.everquest.com.my
https://www.facebook.com/EverQuestMarketing

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

26 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. tercari-cari juga mask yang boleh mengekalkan kelembapan kulit lebih lama sebab saya memang ada masalah kulit kering - bukan sebab berpanas tapi sebab ofis sejuk. pheww... nanti bolehlah cuba produk ini pula! nampak selesa pula memakainya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best brand ni dan Bella rekemen sebab dah tengok hasil keberkesanan depan mata. Hehe

      Delete
  2. Pernah nampak brand ni masa browse watson kat Taiwan. Kat sini pun dah ada? Whoa!!! hebat. Mask ni nampak lembut and full of nutrient for skin.

    ReplyDelete
  3. Bab2 mask ni akak suka bella..tp jenama ni macam x pernah nampak lagi..nanti nak skodeng kat watson la..mesti best..tgok bella pakai macam best je

    ReplyDelete
  4. Bila sebut topeng muka tu kita ingat topeng apa lah rupanya Mask untuk kelembutan dan kehalusan kulit wajah dari Jepun. Hehehe patut muka Bella nampak cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Mesti ingatkan topeng jerebu kan?? Tak adalah cantik, Huhu

      Delete
  5. i ada masalah kulit berminyak so, boleh cari la kat watson nati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba mana-mana sebab suitable all skin types

      Delete
  6. banyak sekarang produk mask muka di pasaran. apa yang penting, kita kena tahu kesesuaian kulit muka dankeperluannya - bila harus kita guna, tengah stress ke, nak memutihkan wajah ke...dan banyak lagi..tapi brand ni not bad la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ayu. Dah ada demo pada model haritu dan dah cuba. Jadi memang suggested.

      Delete
  7. lepas ni Bell lagilah cantik. envy betul lah.. hahaha.. I really love doing mask and sanggup beli banyak2 untuk buat setiap hari....

    Racheal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cantik macam kulit you lah..i lg envy kulit you.

      Delete
  8. Wahh lps ni berseri-seri lah muka Bella nanti ekk..:D. Sis pun suka juga pakai mask ni..seminggu sekali sure pakai..melambak gak rumah ni mask

    ReplyDelete
  9. Hehe, baca tajuk...topeng apakah? Sekali mask muka rupanya. Lepas baca, teruja nak pergi watson, nak beli satu. nak cantik macam bella juga =) Produk dari Jepun ni sesuai dengan kulit kita orang Asia, dan menarik mask ni sesuai untuk semua jenis kulit. wajib try ni

    ReplyDelete
  10. I've been using Dr Morita before they even arrive in Malaysia and I love it, now I can't wait to test out Dr Jou! Seems like it is even better and price wise is also really affordable!

    ReplyDelete
  11. wah menarik masker ni,

    sebab ianya bertindak untuk melembabkan kulit wajah,

    dari 3 naik 5.5..

    much better than moisturizer..

    nampaknya kena dapatkan maskers ni secepat mungkin..

    untuk mengelakkan kekeringan kulit..

    ReplyDelete
  12. Oh yes the mask really works like a wonder to me. I love their hydra mask it’s really helps to moist up my face

    ReplyDelete
  13. Makin cantik lah kulit lepas ni. 1st time dengar jenama ni. Menarik jugak mask dia sebab sesuai untuk semua jenis kulit. Cuma kita kena pilih mask mengikut masalah kulit kita jer kan.

    ReplyDelete
  14. Hai Bella! Seumur hidup saya tak pernah ber mask, adoii.. haha. Tapi kan ada tak mask hanya untuk sekitar mata je? Saya ingat nak cari la..sebab selalu mata sembap maybe sebab kurang tidur :(

    ReplyDelete
  15. Produk dari jepun, dah boleh didapati dekat watson tue... Rasa nak try sekali... tgk ok ke x dengan kulit muka kita nie...

    ReplyDelete
  16. Memang suka Sangat pakai Dr. Jou mask. Muka lembut, Dan moisture betul. Nampak segar dan mask pun pelbagai pilihan.

    ReplyDelete
  17. I heard about it but have not try this mask yet. Going to check out soon and let you know which one i like.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post