Telefon Pintar Neffos N1 Dilancarkan Oleh TP-Link Di Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Telefon Pintar Neffos N1 Dilancarkan Oleh TP-Link Di Malaysia

Trending

Telefon Pintar Neffos N1 Dilancarkan Oleh TP-Link Di Malaysia

TP-link, syarikat peneraju penyelesaian rangkaian dan teknologi peranti pintar, telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Neffos N1 untuk pasaran tempatan. Malaysia merupakan negara pertama di mana Neffos melancarkan Neffos N1 dwi-kamera yang terbaru. Majlis pelancaran bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 15 Mac 2018 lepas.


Jenama Neffos, merupakan anak syarikat TP-Link telah dibina bagi mengekalkan dan mengawasi visi, kemampuan dan inovasi berterusan TP-Link selain mengekalkan titik harga yang kompetitif dan menarik kepada orang ramai.

"Pelanggan kami meminta telefon pintar dwi-kamera yang tidak berkompromi dengan kemampuan dan ciri penting lain, dan kami telah sampaikan melalui Neffos N1," kata Jason Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Neffos.


Kamera merupakan salah satu daripada ciri-ciri yang diketengahkan pada Neffos N1 ini. Ia menggunakan sistem dwi-kamera 12MP Sony IMX386 pada kedua-dua lensa di belakang dengan bukaan f/2.0, yang juga dilengkapi dengan sensor RGB yang membolehkan sistem kamera ini menangkap gambar yang lebih menarik dan lebih terperinci. Kamera hadapan pula didatangkan dengan kamera wide-angle 8MP yang memudahkan pengguna untuk mengambil gambar swafoto. Kamera hadapan ini juga delengkapi ciri Beautification Mode yang mempunyai 10 tahap “kecantikan”.


"Peranti ini juga memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna yang mahukan pengalaman kamera unggul yang tidak melebihi bajet," tambah Jason Xu.


Dari segi rekaan, Neffos N1 hadir dengan paparan skrin bersaiz 5.5 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel dan nilai PPI sebanyak 403 PPI. Rangka Neffos N1 ini diperbuat daripada logam aluminum, dan mempunyai ketebalan 7.5mm sahaja. Saiz peranti dan ketajaman panel memastikan pengalaman yang selesa ketika melayari web, menonton video, bermain permainan dan menaip pada peranti ini.



Dari segi spesifikasi, Neffos N1 dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio P25, memori sebanyak 4GB dan juga storan sebesar 64GB yang boleh storan boleh ditambah melalui kad microSD. Satu lagi ciri menarik pada telefon Neffos N1 ini ialah pengimbas cap jari yang dikatakan bukan sahaja mampu menyahkunci telefon dalam 0.2 saat, malah ia juga boleh digunakan walaupun jari anda berminyak ataupun basah. Dari segi bateri, peranti Neffos N1 mempunyai bateri sebesar 3260mAH dan dengan sokongan teknologi pengecasan pantas.

Dalam majlis yang sama, turut dilancarkan peranti Neffos C7 dan Neffos C5A. Peranti smartphone Neffos C7 mengenengahkan ciri 'better selfie and clearer photo'. Datang dengan  PDAF 13MP kamera dan 8MP kamera hadapan dan dijual pada harga RM599. Manakala pengguna yang inginkan ciri pemandangan luas (paparan skrin bersaiz 5inci) dan terang, boleh dapatkan peranti Neffos C5A yang dijual pada RM299.


Neffos N1 hadir dengan model berwarna Space Black telah mula dijual pada 16 Mac 2018 pada harga RM1099 di kedai-kedai pengedar Neffos di seluruh Malaysia dan juga kedai atas-talian Lazada. 30 pembeli pertama yang membeli peranti ini juga akan menerima hadiah premium bernilai RM290. Maklumat lanjut boleh layari website Neffos di http://www.neffos.my/


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post