TP-link, syarikat peneraju penyelesaian rangkaian dan teknologi peranti pintar, telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Neffos N1 untuk pasaran tempatan. Malaysia merupakan negara pertama di mana Neffos melancarkan Neffos N1 dwi-kamera yang terbaru. Majlis pelancaran bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 15 Mac 2018 lepas.

Jenama Neffos, merupakan anak syarikat TP-Link telah dibina bagi mengekalkan dan mengawasi visi, kemampuan dan inovasi berterusan TP-Link selain mengekalkan titik harga yang kompetitif dan menarik kepada orang ramai.
"Pelanggan kami meminta telefon pintar dwi-kamera yang tidak berkompromi dengan kemampuan dan ciri penting lain, dan kami telah sampaikan melalui Neffos N1," kata Jason Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Neffos.

Kamera merupakan salah satu daripada ciri-ciri yang diketengahkan pada Neffos N1 ini. Ia menggunakan sistem dwi-kamera 12MP Sony IMX386 pada kedua-dua lensa di belakang dengan bukaan f/2.0, yang juga dilengkapi dengan sensor RGB yang membolehkan sistem kamera ini menangkap gambar yang lebih menarik dan lebih terperinci. Kamera hadapan pula didatangkan dengan kamera wide-angle 8MP yang memudahkan pengguna untuk mengambil gambar swafoto. Kamera hadapan ini juga delengkapi ciri Beautification Mode yang mempunyai 10 tahap “kecantikan”.
"Peranti ini juga memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna yang mahukan pengalaman kamera unggul yang tidak melebihi bajet," tambah Jason Xu.

Dari segi rekaan, Neffos N1 hadir dengan paparan skrin bersaiz 5.5 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel dan nilai PPI sebanyak 403 PPI. Rangka Neffos N1 ini diperbuat daripada logam aluminum, dan mempunyai ketebalan 7.5mm sahaja. Saiz peranti dan ketajaman panel memastikan pengalaman yang selesa ketika melayari web, menonton video, bermain permainan dan menaip pada peranti ini.


Dari segi spesifikasi, Neffos N1 dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio P25, memori sebanyak 4GB dan juga storan sebesar 64GB yang boleh storan boleh ditambah melalui kad microSD. Satu lagi ciri menarik pada telefon Neffos N1 ini ialah pengimbas cap jari yang dikatakan bukan sahaja mampu menyahkunci telefon dalam 0.2 saat, malah ia juga boleh digunakan walaupun jari anda berminyak ataupun basah. Dari segi bateri, peranti Neffos N1 mempunyai bateri sebesar 3260mAH dan dengan sokongan teknologi pengecasan pantas.
Dalam majlis yang sama, turut dilancarkan peranti Neffos C7 dan Neffos C5A. Peranti smartphone Neffos C7 mengenengahkan ciri 'better selfie and clearer photo'. Datang dengan PDAF 13MP kamera dan 8MP kamera hadapan dan dijual pada harga RM599. Manakala pengguna yang inginkan ciri pemandangan luas (paparan skrin bersaiz 5inci) dan terang, boleh dapatkan peranti Neffos C5A yang dijual pada RM299.

Neffos N1 hadir dengan model berwarna Space Black telah mula dijual pada 16 Mac 2018 pada harga RM1099 di kedai-kedai pengedar Neffos di seluruh Malaysia dan juga kedai atas-talian Lazada. 30 pembeli pertama yang membeli peranti ini juga akan menerima hadiah premium bernilai RM290. Maklumat lanjut boleh layari website Neffos di http://www.neffos.my/
Tags:
12MP Sony IMX386
Event & Review
Neffos C5A
Neffos C7
Neffos N1
Telefon Pintar Neffos N1 Dilancarkan Oleh TP-Link Di Malaysia
TP-Link
cantiknya reka bentuk phone neffos ni. sha kalau nak beli phone memang tengok kamera ja haha, nih sekali storan pun ok. kena saving ni, mana tau hujung tahun ni dapat grab satu hihi
ReplyDeleteHarga ok kan! Bolehlah dapatkan yang mana sesuai.
DeleteWahhh harga dia sangat berpatutan dgn spesifikasi yg ditawarkan. Ditambah pula designnya yg simple dan classy. Serious nmpk mahal !
ReplyDeleteYup. Setandinglah dengan smartphne sedia ada dengan spek yang sama.
DeleteNeffos ni antra affordable fon kan...i olls ingat uolls da ganti pajura jadi modelnya...
ReplyDeleteHaha, Pitamlah kalau ganti Pajura weii
DeleteNot bad la harganya. Sesuai sangat dengan spec tu. Kinah sekarang memang tengah survey phone baru. Mungkin neffos ni boleh masuk dalam listing
ReplyDeleteWah harga berpatutan.yang neffos c5A tuh kira murah juga dengan skrin 5.5". Neffos N1 tuh pun dgn spec mcm tuh berbaloi sgt kalau beli
ReplyDeleteHarga best function pun best jugak
ReplyDeleteAda jugak baca pasal fon ni mcm best je nak jdkan as second fon
Harga boleh tahan dengan kualiti dia. Storage pun okay. Setakat ni takde lagi nak cari fon tapi kalau lainkali boleh dipertimbangkan neffos ni :)
ReplyDeleteInteresting sangat sebab harga dia mampu milik. Tak sangka ada jugak company baik hati mcm ni.
ReplyDeleteWow best nyer that day ramai yang pergi launching ini, I am eager to test our the phone camera also. The price also pretty reasonable for its specs.
ReplyDeleteSo shock when seeing the price. Reasonable price for such hightech smartphones. And it has dual lenca lens for camera.
ReplyDeleteBrand neffos ni makin lama makin dikenali. so far belum pernah try lagi guna brand ni. inshaAllah klu ada rezeki
ReplyDelete