Senandungkan erti duka, Dari pintu sukma
Bukan dari kata-kata, Sangsi berkelana
Gelisah dan bermimpi, Diangkasa berduri
Tidak bisa berdiri, Namun aku gagahi..
Siapa peminat penyanyi bersuara merdu Liza Hanim?
Bukan dari kata-kata, Sangsi berkelana
Gelisah dan bermimpi, Diangkasa berduri
Tidak bisa berdiri, Namun aku gagahi..
Siapa peminat penyanyi bersuara merdu Liza Hanim?
Haliza Hanim atau Liza Hanim merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang memang dikenali ramai. Beliau merupakan salah seorang anak didik Allahyarham Adnan Abu Hassan. Mula dikenali setelah menjadi naib juara pertandingan Golden Teen Search pada tahun 1996. Liza Hanim merupakan diantara penyanyi terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik tanahair di era tahun 2000.
Sepanjang penglibatan Liza Hanim dalam dunia seni selama 22 tahun, beliau telah banyak memenangi pelbagai Anugerah seperti Naib Juara Golden Teen Search (1996), Juara Bintang Penghibur MHI (1999), Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke 17 (Gelisah Mimpi), Anugerah Piala Perak, Festival Musik Shanghai (2001), Anugerah Personaliti Hiburan - Bakat Baru Pelakon (2002), Video Muzik Pilihan - Anugerah Era 2004 (Ku Teruskan).
Pada tahun 2017 Liza Hanim memasuki pertandingan GEGAR VAGANZA 4 dan mendapat gelaran Naib Juara, sejurus GV4 melabuhkan tirai, Liza Hanim telah dilamar oleh Penyanyi dan Komposer terkenal Hafiz Hamidun dengan menghasilkan lagu berjudul 'MIMPI'. MIMPI adalah hasil nukilan dari Hafiz Hamidun dan liriknya ditulis oleh Fedtri Yahya. Liza Hanim juga kini dibawah syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) milik penyanyi Dafi dan rakan kongsinya, Afeeq.
Single terbaru 'MIMPI' telah siap dirakam di studio rakaman ARTEFFECT SDN BHD (ARTEFFECT RECORD) milik Hafiz sendiri. Setelah selesai rakaman lagu 'MIMPI' pihak pengurusan Liza Hanim iaitu LAUGH OUT LOUD ENTERTAINMENT mengeluarkan Muzik Video khas buat semua peminat yang selama ini menanti lagu baru dan MV dari artis kesayangan mereka.
Video Muzik MIMPI ini mengisahkan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan kehilangan suami yang baru sahaja berkahwin akibat penyakit misteri. Wanita tersebut tidak dapat menerima hakikat pemergian suaminya, terus menanti dan mengharapkan suaminya pulang dan hidup bahagia bersama, tapi sayangnya semua itu ibarat MIMPI.
Harapan Liza Hanim dengan adanya single baru 'MIMPI' ini, sedikit sebanyak dapat mengubat hati semua peminat beliau yang selama ini tidak pernah putus menyokong karier beliau. Semasa pelancaran single tersebut, Liza Hanim turut menyanyikan secara LIVE lagu mimpi. Jom saksikan.
MIMPI
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fedtri Yahya
PEJAMKAN MATA
DENGARKANLAH DEBARANKU
YANG TAK BERHENTI
APAKAH INI GETARAN
SEPERTI NADA CINTA BERPADU
BAHAGIA TERHAMPAR DI LANGIT
DAN BINTANGNYA MENARI BERSAMA
FAHAMILAH BAHASA CINTA
TERINDAH…
KINI SAATNYA
KU SERAHKAN HIDUPKU UNTUK BERKASIH
BERSAMAMU BERTEMAN REMBULAN
TAK TERASA MALAM PUN BERLALU
KU TAK BISA MENUTU LAGI
BAHAGIAKU
NAMUN MIMPIKU
YANG DULU BERWARNA
KINI BERUBAH
JADI HAMPARAN LUKA
HANYA SEBENTAR
KU DAKAP CINTAMU
KAU PERGI…
KAU PERGI TAK AKAN KEMBALI
Saya peminat liza hanim. Kena dapatkan lagu baru akak liza kita nih.
ReplyDeletebest kan versi live
Deleteterbaik lah liza hanim
ReplyDeleteharap masuk AJL2018
DeleteDengar lagu mimpi sekarang juga... Best nya dia nyanyi live...
ReplyDeleteGreat single! Great artist!
Wahh dapat bergambar dengan Liza Hanim lahhh...jeles sis..hehehe. Sis minat jugak dengan suara dia, lemak-lemak merdu gitu. Nanti sis dengarlah lagu dia ni bila free
ReplyDeleteYup. Legend ni zaman2 kita. Hehe. Ala jgnla jeles sis
DeleteLama tak dengar liza hanim..dgn kemunculan single dia ni mmg terubat rindu sgt..suara dia sgt best..tak mcm penynyi baru sekarang..lain sgt..sye mmg peminat dia
ReplyDeleteArtis dr rancangan Bintang RTM mmg semua mantap dan bertahan. Yg baru ni setakat kejap je popular
DeleteMakin cantik Liza. Suaranya memang mantap sejak dari awal kemunculannya.
ReplyDeleteLagu dia best2!
DeleteLiza Hanim salah seornag selebriti otai yang sangat bagus. Jarang dengar gosip tak baik berkenaan dia sebab tu sampai ke hari ini dia masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
ReplyDeleteBetul tu. Lps ggv terus popular balik
DeleteLiza hanim ni sama2 zaman ngn tok ti dulu kan..suara pun ada iras2 tokti...
ReplyDeleteTapi liza hanim skrg ni cantik la
Aah..sb tok tu ada susah sikit dia nak naik but still ada fans tersendiri.
DeleteSuara Liza Hanim ni power. Dulu dia tenggelam lepas kahwin. tak sabar gak dengar lagu baru dia!
ReplyDeleteBg Bella versi live ni lg sedap ✌😘
DeleteYa Ampun babe,
ReplyDeleteSenandungkan erti duka, Dari pintu sukma
Bukan dari kata-kata, Sangsi berkelana
Gelisah dan bermimpi, Diangkasa berduri
Tidak bisa berdiri, Namun aku gagahi..
lirik lagu tu I siap nyanyi lagi sambil baca tentang album baru Liza Hanim ni... I hope dia punya lagu Mimpi tu berjayalah sampai ke hati peminat.. selalunya artis lama bila buat lagu lebih bermakna.... boleh terasa pengalaman hidup depa tu... tak larat dah dengar lagu macam Nabila Razali tu...
Hehe. Artis baru kejap je lagu dia popular. Sah2 lagu liza hanim selalu nyanyi kat karoke.
DeleteSelamat kembali.... Makin ramai muka baru kembali.... Lebih-lebih lagi dapat sentuhan dari Hafiz Hamidun... Lama tak mengetah dengan Hafiz hahahah
ReplyDeleteWab rakan karib Hafiz Hamidun ke Bro?
DeleteKita mmg peminat liza hanim since dia awal2 jd penyanyi..suara dia mmg best kira boleh lawan ctdk la..hope carier liza hanim lps ni lagi meningkat... makin cantik dan kurus dr dulu...
ReplyDeleteBetul. Ramai cakap kemunculan siti sedikit sbnyk tenggelamkan dia. But dia still popular juga zaman tu kan. Kalau nyanyi live mmg sgt best.
DeleteMakin cantik liza hanim sekarang ni. Ana memang minat sangat dengan lagu2 kak liza hanim ni. Dari zaman sekolah lagi. Lagu2 dia semua best. Vokal punya lah hebat. Teruja tgk dia dalam GV yang lps.
ReplyDeleteKannn sape tak tau lagu n vokal dia mcm mana. Harap masuk ajl nanti kan
DeleteBestnya bella dpt jumpa Liza Hanim !! Jeles sungguh.
ReplyDeleteDah dengar dah lgu Mimpiku nie. Memang ada chance utk ke AJL 😍
Hehe. Bella pun rasa ada peluang ni masuk AJL.
DeleteKalau pi karok sure nyanyi lagu dia yang Siapa Sangka Siapa Menduga tu..fav song tu..rasanya tak pernah dengar lagu yang ni lagi...nanti nak dengar semula ulang- ulang kali..baru feel
ReplyDeleteYe kak dgr yg live version menarik. Biasa kalau Liza perform live mmg tak pernah mengecewakan.
DeleteKita peminat vokal Liza Hanim ni dari dulu lagi tak tahu pun dia ada launching lagu baru ni heheheheh boleh tahan sedap juga mesti jadi OST.
ReplyDeleteSuka ke tidak single ni? ❤❤
DeleteI barely listen to Malay songs except for the older songs...but now i am interested in listening all her songs...
ReplyDeleteBet u will fall in love with her. Try to listen her live performances. Superb!
DeleteSuch a beautiful voice, it's so soft and gentle and the song is catchy as well. Lovely live singing from Liza Hanim.
ReplyDeleteHer voice really power and energy. She can brings every song well and sing with her heart. Love her appearance
ReplyDeleteAlamak. Lirik MIMPI nie seakan mengingatkan kita pada bekas kekasih gitu. Dah la lagu-lagu dia memang semuanya meragut jiwa.
ReplyDeleteI listen to her song before and I kinda like her and her songs... Now wanna try this album. Yet
ReplyDeleteRachel
It has been awhile since I have last heard her tracks but I remember her voice being amazing. Need to give a go at this album :)
ReplyDelete