Pakej Perkahwinan Menarik AMBASSADOR PUTRAJAYA Dari HANANA GROUP Sdn. Bhd

Trending

Pakej Perkahwinan Menarik AMBASSADOR PUTRAJAYA Dari HANANA GROUP Sdn. Bhd

Dari mana punai melayang? Dari pagar turun ke padi
Dari mana datangnya sayang? Dari mata turun ke hati
Keluar asap berbunga-bunga, Itu petanda nak pendek usia
Cincin dijari memang ada yang punya, Tapi biarlah dulu jadi rahsia

Zaman sekarang, masing-masing berlumba mahukan hari bahagia yang gah, maklum sahajalah jadi raja sehari kan! Pastinya semua mahukan yang terbaik di hari majlis. Bila bercerita tentang hal majlis perkahwinan, hal kewangan menjadi keutamaan. Nak fikirkan pemilihan dewan, pelamin, katering, jurugambar dan sebagainya. Jika tidak diurus dengan hemat, pastinya kos akan meningkat, silap-silap boleh dibebani hutang setelah majlis berakhir. Jika semuanya datang dalam satu pakej lengkap, pastinya lebih mudah kan?


Sekarang ni, kebanyakan vendor perkahwinan datang dalam satu pakej lengkap bagi memudahkan majlis berlangsung. Bagi bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan di sekitar Putrajaya, terdapat Pakej Perkahwinan Lengkap disediakan oleh Ambassador Putrajaya, anak syarikat Hanana Group Sdn. Bhd. Ambassador Putrajaya yang terletak di Presint 15 Putrajaya, merupakan lokasi yang strategik untuk meraikan majlis istimewa terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan Putrajaya. Selain pakej perkahwinan, turut ditawarkan pakej untuk majlis-majlis istimewa lain seperti sambutan hari jadi, majlis makan malam, sambutan ulangtahun perkahwinan, majlis akikah, majlis graduasi, peragaan fesyen dan sebagainya.



Pakej lengkap perkahwinan yang ditawarkan oleh Ambassador Putrajaya diantara ialah:
  • Dewan perkahwinan + dekorasi dewan
  • Set persalinan lelaki & perempuan
  • Pelamin
  • Andaman
  • Jurufoto (termasuk photoshoot, album gambar dll)
  • Katering (1000 pax)
  • Meja makan utama (10 pax)
  • Tea corner
  • DJ & sistem PA

Dewan utama yang mampu menampung seramai 1000 tetamu untuk hidangan bufet dan 300 tetamu dalam satu masa berada di tingkat bawah, manakala dewan kedua pula berada di tingkat 3. Ruang dewan memang sangat selesa, ditambah pula dengan dekorasi dewan yang cantik. Tempat penginapan juga ada disediakan di tingkat 2 bagi memudahkan pelanggan yang datang dari jauh untuk menginap.


Ruang dewan utama

Ruang dewan di tingkat 3

Pemilihan pelamin adalah bergantung kepada pakej yang diambil. Walau apa-pun semuanya boleh dirunding dan disesuaikan dengan pakej dan tema majlis tersebut. Berikut diantara bentuk pelamin yang disediakan oleh Ambassador Putrajaya. Semuanya menarik dan classy!






Untuk hidangan katering juga bergantung kepada pakej. Sekiranya mahukan menu atau hidangan tambahan bolehlah berbincang dengan pihak katering. 'Food Testing' juga disediakan oleh pihak katering nanti.



Butik pengantin turut berada bersebelahan sahaja dengan dewan di tingkat 3 ini. Pengantin boleh memilih baju atau menempah busana perkahwinan mengikut tema, warna dan rekaan pilihan mereka sendiri. Untuk 'custom made' busana kahwin, harganya boleh dirunding mengikut bajet. Janganlah pula dengan budget tak munasabah, korang nak baju pengantin ala-ala yang tak masuk akal kan!

Tanjak

Koleksi busana perempuan

Semua busana kahwin di sini memang cantik sangat. Cakap sahaja nak tema apa, semua boleh. Nak tema garden, tema jawa, tradisonal, songket, peplum, ala-ala fairy tale semua ada. Paling best, bila Kak Bell diberi peluang menggayakan design terbaru mereka. Kedua-dua baju ni memang cantik sangat dan Kak Bell suka! Berangan sekejap jadi princess!
            
Ada ke Tuan Putera nak Cinderella ni? Haha


Kak Adza dengan busana Songket

Atie Hilmi menggayakan busana batik Jawa

Ellie Toh menggayakan baju Peplum

Jueliza Zamani dengan busana Songket Tenun

Siapa bini muda ni? Haha

Untuk pakej perkahwinan yang lengkap ini menawarkan harga yang sangat berpatutan bermula dari RM25,000 hingga RM48,000. Maklumat lanjut tentang pakej dan lauk-pauk katering, korang boleh rujuk pakej berikut.




Pengarah Urusan Hanana Group iaitu Puan Norfazlin Abd Ghafar atau lebih dikenali sebagai Lin mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam bidang ini dan terlebih dahulu mula dengan bidang katering. Butik asal terdahulu terletak di Bangi dan kini berpindah lokasi di Putrajaya yang lebih strategik dan selesa untuk sebarang majlis dan acara. Setiap perkara yang berkaitan memang sangat dititik-beratkan untuk kepuasan pelanggan.

Rakan blogger yang hadir bersama dengan Pengarah Urusan Hanana Group,
Puan Norfazlin Abd Ghafar

Bagi bakal pengantin yang masih tercari-cari pakej perkahwinan yang lengkap dan menarik bolehlah dapatkan khidmat dari hujung kaki hingga ke hujung rambut dengan Ambassador Putrajaya. Sempena dengan promosi pembukaan Hanana Group di Putrajaya, terdapat diskaun sebanyak RM10,000 bagi beberapa pakej perkahwinan. Tawaran ini adalah terbuka sehingga kuota telah dipenuhi. Kak Bell pun tengah tunggu tepak sireh ni, sampai sekarang tak kunjung tiba. Mana tuan Putera kita ni ya?

Macam Kak Bell pula yang naik pelamin kan?

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi:

AMBASSADOR PUTRAJAYA
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

39 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Cantik sangat tempat tu. Dah tu pakaian pun cantik-cantik jugak. Suasana pun seperti eksklusif jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Sangat ekslusif senang semua ada bawah satu bumbung

      Delete
  2. Memang sangat cantik-cantik kan...

    ReplyDelete
  3. wow cantiknya... tp kt putrajaya je kan > jauh lak dari sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah. tempat nya di Putrajaya. Tapi senang semua ada walaupun jauh. Yg mana tak nak jem, ok juga buat di sini

      Delete
  4. Senang sekarang berkahwin semua sedia dengan lengkap pakej pakaian. Tak perlu sakit kepala nak fikir.

    ReplyDelete
  5. Dari ambik wedding package dari company yang tak bertauliah baik ambik dari co. cam hanana ni. Dah tentu semua teratur and organize time kahwin nanti. Tak de la stress duit hilang. Cantik semua jadi puteri sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. sekarang byk kes penipuan kan. Pitamlah kalau kena tipu. Kesian pengantin

      Delete
  6. Cantiknya baju yang Bella pakai. Macam princess jer. Cantiknya dewan ni. Memang tau kat mana pun.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tq. Baju baru tu. Berangan sehari jadi puteri!

      Delete
  7. Cantiknya baju princess tu... Cantik sangat..memang tak berangan dah la tu..siap boleh sarung...jadi princess lah sekejap... Senang amik pakej segalanya lengkap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..Cantik bajunya. Macam2 style sampai tak larat nak tukar dah

      Delete
  8. Semua yang pergi event ni semua meletop..kalah retis..yang penting baju, pelamin dan segala mak nenek package diorang pun meletop..serius tgok korang bergaya ngan baju pengantin akak terus rasa teruja nak kawen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi kak SA. Boleh pakai pakej ni. Panggil i jadi pengapit. Hehe

      Delete
  9. Mmg skrg klau nak kawin sgt costly. Tapi skrg senang klau ada pakej complete dan murah. Tengok busana2 kawin Hanana group ni pun cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, nak kahwin grand, memang kos tinggi. Kena pandailah sesuaikan bajet.

      Delete
  10. Wow! seronoknya dapat jadi ambassador.. looks so lovely... pakej yang menarik ni... great for couple whom plan to kahwin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu org lamar kita dululah nak pakai baju princess ni nanti. Haha

      Delete
  11. Makanan nmpk sedap..pelamin lawa..dress lawa..tanjak lawa...kak bel pun lawa n meletop...
    Canik kak bel pkai baju pngantin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tq Alia. Kita teringin jugak. Tapi calonnya takdak. hahaha. Gelak Kak Bell sensorang.

      Delete
  12. Menarikka semua dalam
    1 pakej. Tak payah pening2 kepala cari pakej terbaik dan murah. Pergi jer kat hanana group

    ReplyDelete
  13. Senang ada package macam ni. TAk payah nak fikir banyak. Just sediakan duit jer lah. Tapi memang cantik lah dewan dia. Dekorasi pon cantik. Pelamin pon menarik. Baju-baju pon semua cantik. Ehhhh!!! Semua cantik lah. Memang berbaloi kalau amik package dengan hanana group ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, sediakan ongkos je yg penting. Ada diskaun ni bolehlah book kan sampai hujung tahun.

      Delete
  14. hamboi. gojes nyer kak bell kita :)
    salah satu tu is my dream wedding utk anak.
    da set dah theme apa nak ha ha ha...
    dedolu sendiri kawin tak sempat pk. duit pun nan hado.
    lom keje dah heboh nak kawin ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah. Bagi kat anak la merasa kan. Kalau emaknya nak pun boleh juga bersanding lagi. Buat kenangan dan puaskan hati kan. Hehe

      Delete
  15. Alalalalaaaa pancing sgt tau!!! geram lah tgk banyak pilihan and lawa-lawa, mana tahu ada rezeki boleh survey

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki tu. Boleh cuba kat sini. Cantik weiii

      Delete
  16. Senang bila kita pilih pakej yang boleh sediakan semua sekali. Tak lah pening nak pikir. Takut ada yg tercicir tu yg paling kita tak nak. Dewan luas dan dihias cantik sampai boleh muat 1000 org lg. pelamin pun sama. Baju pun cantik2 especially baju cinderella kak bell tu. Suka sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu lagi warna grey. but yg ni memang paling cantik.

      Delete
  17. betul la. sekarang ni masing masing nak buat majilis besar besaran. kalau tak makcik2 mengata. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Era makcik bawang katanya. Kalau tak nak mahal, boleh je pandai2 ikut bajet. Masih boleh gah majlis nanti

      Delete
  18. wah banyak nya tanjak. ada bawa balik untuk kita satu tak?. btw georgeousnya la sis bella dalam persalinan tu. letop pom pom pom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, awak kan suka tanjak, kain batik pelikat kan. Haha. TQ puji. Kita pun rasa macam berangan je dalam persalinan tu. Bilalah majlis i ni nanti. Hiks

      Delete
  19. dewan dia luas lepastu dekorasi pun cantikkk. okay boleh masukkan dalam senarai ni. haha. thank you for sharing.

    ReplyDelete
  20. Koleksi busana wanita dia semua gorgeous dan i paling berkenan kain yang kembang kembang tu memang nampak cantik dan gorgeous kan nak pula retis lady gaga yang pakai memang meletop ! :)

    ReplyDelete
  21. Bell you look nice in modern wedding gown. Look like a princess. I like the full package that offer. Is like one stop for come to choose their wedding gown, hall, food, decoration and etc.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post