Anuar Zain Kembali Beraksi Di Pentas Konsert LIVE - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Anuar Zain Kembali Beraksi Di Pentas Konsert LIVE

Trending

Anuar Zain Kembali Beraksi Di Pentas Konsert LIVE

Buat peminat Anuar Zain, pastinya ternanti-nanti kemunculan penyanyi tersohor Malaysia ni di pentas konsert. Kejayaan konsert lalu memang terbukti dengan kehadiran peminat yang membanjiri konsert Anuar Zain - Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari pada 2013 yang lepas. Masih teringat lagi nyanyian lagu Cinta Harus Memiliki pada konsert tersebut. Sangat best! Kebanyakkan lagu-lagu Anuar Zain memang Kak Bell sangat suka.


Disebabkan masalah kehilangan vokal penyanyi lagu Cinta Takkan Berakhir sebelum ni, Anuar Zain terpaksa menolak 3 acara konsert termasuklah konsert Yonder Music Live Series By The Lake : Anuar Zain & You yang sepatutnya berlangsung pada 21 Januari tahun lalu. Persetujuan Anuar Zain untuk bersama dengan 2 lagi artis Indonesia Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma di ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ pasti memberi berita gembira buat semua peminat penyanyi ni kan.


Semasa sidang media ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’, Anuar Zain turut diajukan soalan tentang adakah konsert ini akan berlangsung tanpa ada masalah setelah pembatalan konsert yang lalu. Buat peminat Anuar Zain, korang dah tak perlu bimbang sebab masalah kehilangan suara yang dihadapinya sejak tahun lalu telah pulih sepenuhnya. Dah dapat 'green light' dari doktor beliau, dah boleh tarik-tarik suara tinggi.


Peluang bersemuka dengan Anuar Zain memang macam mimpi jadi kenyataan. Tak pernah Kak Bell terfikir dapat berjumpa dengan Anuar Zain kan! Sememangnya Anuar Zain sangat 'sporting', tak jemu layan permintaan peminat termasuklah Kak Bell ni kan. Ada peminat setia Anuar Zain sampai minta Kak Bell nak gambar Anuar Zain yang lain. Korang bolehlah tengok kat bawah ni ha. 




Abang Anuar Zain juga sempat beri few word untuk konsert yang akan datang untuk Kak Bell. Sweet sangat Anuar Zain siap pesan bawa kereta elok-elok sebab hujan. Korang jangan jeles pula ya. Btw, korang abaikan suara Kak Bell yang sayup-sayup dalam video ni. Buruk pulak bila Kak Bell dengar. Haha. Tak sabar nak datang ke konsert ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ nanti.


Kepada peminat Anuar Zain dan juga peminat BCL dan Yuka, jangan lupa untuk hadiri konsert dorang pada 28 April 2018 nanti di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tiket konsert dijual mulai 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my dan juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.yuka.com.my

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post