Trending


Resepi Sup Fish Ball Segera

Hi Korang semua! Resepi ni Kak Bell masak 2 hari yang lepas. Dah kebetulan mengadap lappy, so kita gigih postkan semua resepi. Paling best jika sup bebola ikan yang dibuat sendiri. Disebabkan Kak bell ni jenis pemalas, kerja pun balik lewat malam, jadi Kak Bell gunakan fish ball yang dah siap beli. Senang! Tak cukup masa lah uols nak memfilet ikan, buat bebola bagai. Dah balik lewat malam, kena jugak mengemas rumah dahulu. Maklumlah anak-anak bulus kat rumah ni nak kena layan jugak. Hujung-hujung jam dah 2 pagi memang win lah kalau nak memfilet ikan kan. Hehe.


Btw, kalau korang nak buat bebola ikan sendiri, bolehlah gunakan mana-mana ikan berisi putih macam ikan tenggiri atau ikan dori. Kemudian, gunakan tepung ubi dan tepung jagung untuk buat bebola ikan supaya tidak hancur. Banyak pulak prosesnnya nak membuat sendiri bebola ikan kan. Nanti kalau ada kesempatan, Kak Bell akan cuba buat sendirilah bebola ikan ni. Nak resepi pantas, ikut je resepi ni. Bebola ikan siap beli dari kedai!


Bahan-bahan:
15 biji bebola ikan
2 keping fish cake
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 lobak merah
2 tangkai sawi
1 kiub pati ayam
2 sudu minyak
Sedikit lada putih AJI-SHIO
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah sehingga naik bau.
2) Masukkan air dan biar mendidih, renehkan sekejap.
3) Masukkan bebola & fish cake ikan tadi, lobak merah dan batang sawi.
4) Tambahkan kiub ayam, lada putih dan perasakan dengan sedikit garam.
5) Akhir sekali masukkan sawi.

TIPS!
  • Boleh guna stok ayam untuk ganti kiub pati ayam.
  • Tambahkan kentang atau putih telur untuk variasi.
  • Taburkan bawang goreng garing, daun sup atau daun bawang sebagai hiasan.



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post