Hi Korang! Harini datang kerajinan Kak Bell nak memasak. Dari malam semalam
kekononnya menahan diri dari makan nasi selepas balik kerja. Kemudian pulak
gigih stay up late siapkan artikel. Jadinya terlajak tidurlah ceritanya. Dah
baru dapat cuti, mengemaslah rumah dekat 2 jam. Dah rilex-rilek, barulah
fikir nak memasak. Cadangnya nak buat sup telur bersama kentang tapi kentang pula tak ada.
Turunlah mak jemah ke kedai. Al-kisahnya pulak semua kedai tutup! Pelik la
sekejap padahal semalam baru je menyinggah dan dorang dah stat bukak kedai.
Dah tak ada kentang, so resepinya bertukar jadi resepi telur, resepi sambal
tumis telur.
As usual, memang konsep memasak Kak Bell pakai bahan yang ada, dan akan
masak benda yang senang. Hujung-hujung, lepas ketung-ketang kat dapur
mengadap meja makan sensorang. So sad kan? Hahaha. Tengok jugaklah
resepi-resepi yang ada sebab kita ni bukannya Master Chef. Tengah menyemak
resepi ada nampak resepi yang terlalu berkuah dah macam masak kari, ada yang
macam beli sesudu sambal pastu letakkan atas telur rebus, ada juga yang tak
goreng dahulu telur, botak licin je Kak Bell tengok. Macam-macam rupa
bentuk. Bedal ajelah jemah, asalkan boleh makan. Tapi kalau dah nak tunjuk
kat orang tu, elok-elok lah sikit gambarnya kan. Macam Parkinson je aku
tengok gambar ko!

Okey, nah resepi Sambal Tumis Telur atau resepi sambal telur rebus. Untuk
sambal memang Kak Bell lebih suka menggunakan cili kering dari cili boh.
Jika nak telur masak sambal cili boh yang sedap, kena cari cili boh sedap
bagus tak maung dan mungkin boleh tambahkan sedikit cili kering kisar.
Kemudian telur rebus tu Kak Bell gorengkan dahulu. Resipi Sambal Tumis Telur Rebus Goreng dah tersedia untuk anda. Panjang
betul nama resepinya.
Lepas ni nak siapkan resepi lain pula. Dah ramai yang PM nak resepi petola
dengan kentang goreng yang Kak Bell posted tadi. Tunggu ye mak jemaah
sekalian. Tengok resepi ni dulu kay!
Bahan-bahan:
4 biji telur rebus
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar/bawang Holland
3 ulas bawang putih
Cili kisar secukupnya
Sedikit belacan
Perasa
Garam
Gula
Cara memasak:
1) Rebus telur, kupas dan gorengkan.
2) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dah
dihiris
3) Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan, sehingga masak dan
garing.
4) Perasakan dengan sedikit gula, garam, belacan dan serbuk perasa jika
suka. Kacau sampai sambal berwarna merah cantik.
5) Masukkan telur rebus yang telah digoreng, kemudian masukkan bawang besar
yang dihiris.
TIPS!
- Boleh tambahkan air asam jawa jika suka, kemudian sesuaikan rasa dan kepekatan sambal.
- Untuk cili kisar, boleh terus kisar bersama dengan belacan.
Dah pun siap. Sotong tu kebetulan ada sekor je tinggal. Jadi, Kak Bell
campakkan dia sekali dalam sambal tumis telur ni, terus jadi sambal sotong
jugaklah kiranya ni. Selamat mencuba resepi sambal tumis telur ni. Okay,
Bye.
Tags:
Recipes
Resepi Sambal Telur Rebus
Resepi Sambal Tumis Telur
Resepi Telur
Telur Masak Sambal Cili Boh
mengancam sambal telur macam ni.. haihhh. Terimakasih bell.Sekarang nak p masuk dapur..ehehehe. menu simple je jap lg
ReplyDeletesambal telur is my favourite tau.
ReplyDeletebest ada resipi ni, boleh masak sendirik hehe
Ya Allah lama tak makan Sambal Telur ni sedapnya akak tenghari ni lapo lak...
ReplyDeleteKelass sambal tumis telur siap ada sotong lagi...
ReplyDeleteKita pun suka yg goreng dlu mcm ni...
ReplyDeleteSedappppp
sha panggil telur rebus goreng tu telur berkedut haha. sedap ni kalau makan dengan nasi panas
ReplyDeleteAdakah ini sambal sotong dan telur namanya? Haha. Thanks sharing resipi nie
ReplyDeletethe food looks yummy and I'm always craving for spicy food. thanks for sharing the recipe!
ReplyDeleteThanks for the recipe. I will cook it tonight.
ReplyDeleteNanti bolehlah post kalau dah masak. Hehe.
ReplyDeleteSimple yet sedap. Fuhhh, esok nak kena masak ni lah. Senang gilerrr
ReplyDeleteAlahai dapnye... Saya suka telor..suka sgt makan telor
ReplyDeleteKalau org dah pandai masak, campak lah benda susah mana pun sure sedap je. Tapi kalau x pandai masak...simple macam mana pun, rasa ummmm...selalu jadi gitu lah kat sis...hehehe. Bila lah dapat rasa awk masak kan...:D
ReplyDeleteBella, masakkan untuk kita please!!! lapar je tengok. padahal telur je tu! :)
ReplyDeleteBella pun tak delah pandai sangat. Bolehla gitu3. Kena buat jamuan la ni nanti.hehe
ReplyDeleteBoleh pulak sambal telur ada sotong yer. Tapi.sambal kak bell tu memang menggoda 😁
ReplyDeleteSalahsatu fav kita nie wak... tapi menu ini selalunya bermusim... terutama time dapat bunga telur orang kahwin berbanyak balik...
ReplyDeletetapi sejak kahwin dengan orang johor, jarang dapat telur rrebus... asik dapat telur pindang.
Biasa2 masakan ni. Tak pernah makan telur pindang..sedap tak?
ReplyDeleteHello,
ReplyDeleteAre you looking to buy a balloon that agrees to the advanced quality?
Here we are sale very good quality balloons at affordable prices .
Our balloons, tassels, garlands, backdrops, and bridal gifts provide a
dream wedding for you and lasting memories for your guests.
Below is a link to our site from here you can buy balloons of your choice.
https://balloomz.com/
Thank You