Cara Mudah Tukar Domain blogspot.my Kepada .com | Hi Korang! Harini Kak Bell nak kongsikan sedikit info untuk menukar domain
blog. Sebenarnya, memang Kak Bell zero knowledge tentang html, coding dan
yang sewaktu dengannya. Memang dari zaman Universiti pun, seriously failed
sebab tak paham dan tak masuk ke dalam otak ni. Rasa nak menangis je sebab
tak paham. Nasib baiklah kos luar fakulti. Kalau tak memang bungkus lah
jawabnya dik non! So, bila dah mula berkecimpung dengan blog ni, barulah Kak
Bell belajar sendiri, sedikit-sedikit. Kadang-kadang tu, dah tanya orang,
macam mana pun tetap tak paham jugak. Kalau dah tak faham sangat, hujungnya
minta bantuan dari orang yang lebh arif. Nanti Kak Bell makan kismis banyak
sikit supaya cepat faham yer. Haha.
Sumber Google
Walaupun hanya blog persendirian, rasanya penukaran domain berbayar ni memang
perlu untuk buat blog kita nampak lebih profesional. Pilihlah nama domain yang
elok-elok sikit kan. Lagi singkat url blog, lagi senang pengunjung nak ingat
dan datang semula ke blog kita kan? Btw, ianya hanyalah optional. Terpulang,
hak masing-masing. Untuk penulisan ni ianya adalah dari pemahaman Kak Bell
sahaja. Disebabkan memang kita tak pandai benda ni, kalau ada kesilapan
bolehlah diperbetulkan. Disebabkan Kak Bell pun masih newbie dalam bidang ni,
entri ni hanya sebagai guide kepada pengguna blogspot.my untuk menukar domain
kepada .com.
Penjual domain
Buat makluman, untuk buat website, korang perlu beli: HOSTING+DOMAIN.
Domain adalah alamat website, eg. www.kakiputar.com dan Hosting pula ialah
ruang di dalam server untuk simpan kesemua file-file website seperti file
gambar, tulisan, video, audio dan sebagainya. Disebabkan Kak Bell
menggunakan hosting dari blogspot, jadi tak perlulah membeli hosting yang
lain. Cuma perlu beli domain sahaja. Sebelum menukar domain di blogspot,
semestinya lah kita perlu membeli domain daripada pembekal domain dahulu.
Terdapat banyak pembekal domain yang ada, pilih sahaja yang mana dirasakan
berbaloi, murah dan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. Antara yang
popular, adalah seperti GoDaddy, NetKL, KLServer, dan lain-lain. Disebabkan
Kak Bell membeli domain di NetKL, so iols akan tunjukkan cara membeli domain
dengan NetKL.
1) Masuk ke laman
NetKL.
2) Pada bahagian menu, pilih Domain. Kemudian pada bahagian submenu pilih
Custom Domain Services dan pilih Use at Blogspot.com (without Email
Package).
Domain > Custom Domain Services > Use at Blogspot.com (without Email
Package)
Perbezaan dengan pakej with Email Package, pakej yang ni tanpa Hosting.
Kita akan gunakan hosting asal dari blogspot. Jika korang beli pakej with
Email Package, ianya datang dengan 1GB Storage Space (i.e 1GB = RM30 per
year ). Selagi korang renew untuk bayar kos hosting setiap tahun, domain
yang diberi juga adalah percuma. Nanti korang boleh baca details tentang
pilihan tersebut dan tekan > Order Now.
3) Masih di step ke-2 untuk Domain Option. Pilih pilihan atas sekali >
I want NetKL Network to register a new domain for me, kemudian masukkan nama domain yang korang dah pilih tadi dalam kolum
bertanda no.2 dan > Click to Continue.
4) NetKL akan semak nama domain tadi jika available. Seterusnya > Click
to Continue.
5) Masukkan address/URL blogspot korang then > Add to Cart
6) Sahkan pembelian anda. Pada ruangan confirm order, masukkan butiran
peribadi termasuk alamat dan daftar sekaligus untuk NetKL.
7) Buat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat samada online transfer atau
Paypal. Simpan screenshot bukti pembayaran.
8) Checkout bila dah selesai dan akan pergi ke ruangan invoice.
9) Dapatkan nombor invoice dan emel ke to
[email protected] bersama dengan
bukti pembayaran. Notify yang bayaran dah dibuat. Email akan dihantar bila
pihak NetKL terima emel notification pembayaran tadi.
10) Kemudian, tunggu email untuk Verify contact information untuk domain
XXX.com yang dibeli tadi untuk menandakan, korang adalah pemilik SAH domain
tersebut. Verification hendaklah dibuat dalam masa 24 jam setelah email
dihantar bagi mengelak domain yang dibeli tersebut di suspend
selama-lamanya.
Dah selesai proses pembelian. Btw, untuk re-configure Kak Bell suruh pihak
NetKL yang buatkan sebab iols tak pandai. Tahniah! dah boleh mula
berblogging dengan domain .com yang baru. Happy memang happy, tetapi korang
kene set semula code untuk iklan adsense dan nuffnang. Yang sedihnya,
adsense baru je approved dah tak muncul. Nanti Kak Bell share pasal macam
mana nak re-apply adsense selepas tukar domain. Baru je dapat kumpul
beberapa dollar buat beli cekedis. Haha. Harap-harap, approved la semula
adsense ni. Kalau ada kesilapan atau info tambahan bolehlah tulis di ruangan
komen kat bawah ni kay. Xoxo.
Wah..thank you for sharing Bell! I pon tak tahu mcm mana nak beli domain..sebelum nih orang lain buatkan..hehe
ReplyDeleteWelcome. Bolehlah kongsikan. Sharing is caring kannn. Haha
ReplyDeletetula...lina pun suruh orang yang buatkan...tak berani nak buat sendiri...next time boleh la ikut tuto bella ni
ReplyDeleteYup. memula takut juga. Bella bedal jek!
ReplyDeletebila dah ada domain sendiri ni baru client pandang kita Bella....
ReplyDeletebagusnya tips ni ^^
ReplyDeleteBestnya...teringin nak ada domains Sendiri tapi saya masih newbies dalam blogspot. Huuuu..kene bookmarked
ReplyDeleteaira pun ada niat nak tukar jugak ni..
ReplyDeleteBegitulah kehidupan ye Kak SA. Utk yg lain, sy pun baru je lagi tukar domain. Sesama sharing :)
ReplyDeletewahhh...Mudah aje rupanya.. bolehlah SA buat sendiri
ReplyDeleteGood info untuk orang yang nak tukar domain. I baru jugak tukar domain end last month selepas 8 tahun blogging. Buat dengan netkl jugak. And masalah kita sama. Iklan adsense tak kluar lepas tukar domain. Kena tunggu at least 3 weeks baru iklan kluar.. huhuhu...
ReplyDeleteyay good to know this. I wanna change other blog to .com but not sure how. I forgotten how to do as last time helped by a friend.
ReplyDeletetahniah, macam ada umah sendiri kan!
ReplyDeletebest best!
Tq juga buat kawan2 yang tunjuk ajar.
ReplyDeleteTQ Kak Bell, share steps ni. Dulu pernah tukar kepada .com, tapi tu pun orang buatkan. Lama2 bertukar kepada .blogspot.my semula sebab tak pandai sangat. haha
ReplyDeleteTq sharing this tips.. easy to follow the step
ReplyDeleteBampak macam senang tu... akan usha nanti sbb kita ni pun buta IT haha...
ReplyDeleteSal pun tgh bertatih lagi tentang domain ni. Banyak lagi kena cari gali..
ReplyDeleteBoleh je nak tukar..kena beli domain yang barulah.
ReplyDeleteThanks for sharing. Having a dot.com really increase credibility
ReplyDeleteNak tukar juga.. Nanti kalau dah tukar domain org click kat nama blog lama tu dia oto masuk url baru ke?
ReplyDeleteMana2 pun boleh. Better suggest pki domain baru utk nmpk lebih profesional ❤️
DeleteNak tanya,lepas sis pakai domain baru ni, bayaran di google adsense naik banyak ke sikit?sy terpikir nk tukar ke .com tapi tunggu ade rezeki lah hihi
ReplyDeleteAlhamdulillah sekarang setiap bulan cashout. Bila pakai domain .com .my .net ni utk branding dan rank. Utk adsense bergantung pada kekuatan artikel, SEO keywords etc.
ReplyDelete.MY extension will demonstrate the company or site based in Malaysia while .COM will demonstrate the company or site based globally or internationally.
Example: If your company or site is based in Malaysia, .MY is the preferred extension. On the other hand, if your company or site is based globally, .COM is the preferred extension.
.COM stands a higher chance which oversea company might use the same name and registered the name before you. The risk of situation as mentioned above is lower.
If the majority customers based locally, .MY rank higher when user search the company online.
It would likewise to have .MY domain extension for those international company in order to set up a platform for localized content.