Chiang Mai Getaway - Day 4

Trending

Chiang Mai Getaway - Day 4

28/7/2017
Kun Sabai Dee Mai Ka? Kun Sabai Dee Mai Krap? Hi Korang! Maksudnya 'How are you?'. Kalau untuk orang pompuan guna 'Ka' untuk percakapan, bunyinya lembut sikit. 'Krap' tu untuk lelaki. Begitulah sedikit pelajaran bahasa Thai untuk hari ni. Tanpa kita membuang masa, berikut ini adalah episod hari ke-4 dan merupakan hari terakhir percutian Mahligai Impian di Chiang Mai. Semalam, dah berpeluk cium dah dengan Bam Jina. Sangat berpuas hati selama 2 hari perjalanan dengan agensi Dave Chiang Mai Tour Agency. Thumbs up! Kitaorang check-out hotel pada jam 8.30am tetapi barang-barang kitaorang tinggalkan di kaunter hotel, dan pergi ke Bor Sang Umbrella Village untuk destinasi terakhir lawatan di Chiang Mai.




Jarak dari Little Bears Home ke Bor Sang Umbrella Village ialah sejauh 18km dan mengambill masa dalam 25 minit perjalanan menaiki Songtaew. Macam biasalah, kitaorang masih setia menggunakan perkhidmatan Songtaew yang murah dengan kos 270Baht untuk 9 orang. Bor Sang ni merupakan sebuah kampung kraftangan yang terkenal dalam pembuatan payung kertas yang berkualiti di Chiang Mai. Dengan hasil kerja tangan yang bagus telah menjadikan Bor Sang Village dikenali di serata dunia dan sinonim dengan payung kertas yang menjadi simbol budaya disini. Kat sini, korang boleh melihat keseluruhan proses pembuatan payung dari mula meraut buluh, letak kertas dan akhirnya lukisan tangan.



Korang boleh dapatkan pelbagai saiz payung yang dilukis tangan, kipas tangan, parasol, Shinawatra Thai Silk dan pelbagai lagi barang kraftangan yang lain. Selain tu juga, pengunjung boleh dapatkan khidmat pelukis kat sini untuk melukis pada barang-barang yang korang nak seperti pada purse, handbag, jacket, t-shirt, seluar jeans dan juga phone casing. Kertas yang digunakan dalam pembuatan payung tu dipanggil SA paper dan dihasilkan daripada kulit kayu mulberi. Reka bentuk lukisan pun pelbagai, dari corak bunga, permandangan dan juga corak abstrak. Dahulunya, dorang menggunakan warna dari sumber semulajadi dari pokok-pokok dan tumbuhan. Btw, sekarang ni mereka telah menggunakan cat akrilik untuk bahan warna lukisan dorang.



Pada setiap tahun akan diadakan Bor Sang Umbrella Festival yang berlaku pada setiap hari Jumaat ke-3 dalam bulan Januari. Mereka akan buat perarakan, pameran dan juga pertandinagn Ratu Cantik Bor Sang. Nasib baiklah kitaorang datang melawat pada bulan Julai. Kalau tak pasti model-model sekalian boleh masuk pertandingan tu kan. Disebabkan tak dapat masuk pageant, weols semua buat photoshoot untuk setiap model kat area payung yang ada tulisan Bor Sang ni ha. Bukan main happy Puteri Sharina dengan kakaknya Dania Damia melompat kegirangan!


Actually kat dalam ruang galeri dan jualan ni tak dibenarkan nak ambik gambar. Jadi ini ajelah gambar yang boleh diambil. Cuma kat kawasan depan pintu masuk dan kat bahagian proses buat payung tadi. Yelah kan, nanti pelancong ni hanya dok sibuk snap pictures je. Belinya tidak!! Dalam galeri ni juga ada dipamerkan keratan-keratan akhbar semasa lawatan Puteri Diana (Lady D) ke sini pada tahun 1988. Korang tengok ajelah yang mana ada. Ni model basikal tua dengan beca.



Kat kawasan hadapan Bor Sang Umbrella Village, melintas jalan sedikit, korang akan nampak kedai-kedai yang menjual kain dan juga beg yang cantik dan murah. Kat kedai tu, ada jual beg galas yang bermotifkan burung hantu dan kucing memang sangat menarik dan kelainan. Semua model pakat beli sorang satu ye sebagai koleksi. Masa tu, duit Kak Bell memang cukup-cukup je nak buat makan lunch nanti. Jadi tak bercadanglah nak membeli lagi dah. Hujung-hujung, supermodel Suri belikan Kak Bell beg bermotifkan burung hantu ni. Thank you yer dear. Cantik kan korang beg ni?


Dalam plan hari tu, kitaorang sepatutnya pergi juga ke Chiang Mai Gate Morning Market. Btw, disebabkan tak cukup masa kitaorang terus akhiri aktiviti hari tu ke Hilal Town untuk makan tengahari sebelum ke airport. Selalunya masa datang tak nampak pulak gerai-gerai menjual makanan macam hari ni. Hari tu ada bermacam-macam gerai jualan makanan. Mungkin dorang ni hanya berniaga pada waktu awal pagi sahaja kot. Untuk hari terakhir, kitaorang makan tengah hari di kedai Khao Soi Islam. 




Dah habis makan, ambik Songtaew ke hotel dan ambik taxi untuk ke airport. Owner hotel pun baik dan ramah ucapkan selamat tinggal. Sampai peluk laga-laga pipi lagi. Yelahkan, katanya nak review masuk blog kan. Haha. Kitaorang sampai airport pun awal, berjanggut nak menunggu flight balik. So, model-model semua pun chill-chill minum kopi kat cafe ni menghabiskan duit balance yang masih ada pada bendahari. Ngam-ngam cukup untuk semua model buat minum kopi. Dah lah sampai awal, then flight petang tu delay pulak. Kita ni dahla tak sabar nak jumpa suami kat rumah. Tiber! Malam tu, disebabkan flight delay, semua penumpang beli makanan tak hengat. Elok2 je sampai kat seat Kak Bell, cuma tinggal 3pax je lagi makanan. Nampak tak disitu semua sedang kelaparan sebab tak jangka flight delay tadi kan. Tq Miss Sheryyana menaja makan malam Kak Bell haritu. Trip kali ni, ramai model-model tolong Kak Bell, belanja itu dan ini. Terima kasih sesangat.


Malam tu jugak, cuaca pun tak berapa baik. Tergezut jugaklah hati ni dibuatnya, sampaikan tetiba lampu emergency menyala. Biasanya, kalau ada turbulence pun tak delah lampu exit emergency tu menyala. Nasib baiklah masa tu memang dah masuk dalam ruang udara Malaysia, sedikit sebanyak dalam hati ni lega sebab tahu tak lama lagi dah nak sampai. Alhamdulillah, semuanya selamat. Begitulah ceritanya, kisah percutian di Chiang Mai. Hope nanti ada peluang lain untuk travel ke tempat  lain pulak. Cadangnya nak pergi tempat sejuk pulak. Asyik cuaca tropika, panas terik aje kan. Nantikan ya..


Okay, kat bawah ni Kak Bell bagi setiap kos perjalanan ke Chiang Mai tempohari. Boleh juga rujuk itinerary kitaorang untuk rujukan korang. See you guys soon in the next travel episode kay! Muahh

1) Flight return : RM135
2) Little Bear's Home Hotel : THB11961/9 ; 1329Baht (RM171)
3) Watt Phra Singh : THB40 (RM5)
4) Doi Ithanon Tour (van, driver, lunch & entrance fee) : THB1500 (RM193)
5) Chiang Rai Tour (van, driver, lunch & entrance fee) : THB1800 (RM232)
6) Umbrella Village Fee ; THB111 (RM15)
6) Songtaew (approximately) : THB200 (RM26)
7) 2 Taxi to airport (return) : THB1000 ; THB111 (RM15)

Grand Total : RM135+RM171+RM486 = RM792 *exclude personal expenses on food, etc

Click here for Chiang Mai Marvel Travel Agency




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

40 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. chiang mai salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. satu hari nanti nak jugak visit chiang mai.. anyway, thanks for sharing the info.

    ReplyDelete
  2. Teringin juga nak melancong.. tapi apakan daya belum ada rezeki dan masa.. cuma mampu baca kisah perlancongan kat blog ni je hhu

    ReplyDelete
  3. Nanti adalah rezekinya. Nak tunggu kaya memang tak pergi lah jawabnya.hehe.

    ReplyDelete
  4. Akk xpernah p lg sini. Kalau ada rezeki nk juga pergi. Best n menarik

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat melancong..nampak best dan menarik. InshaaAllah ada rezeki teringin juga nak travel hehehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya travel..teringin nak ke chiang mai tapi belum lepas lagi ke sana

    ReplyDelete
  7. Menariknya chiang mai. Teringin nak pergi terutama dapt tengok cara pembuatan payung tu. Penuh seni dan cantik. Selalu tengok sahaja. Terima kasih utk info itinery tu. Kena penuhkan tabung ayam lepas ni.

    ReplyDelete
  8. Bell, cantiknya beg owl tu. Saya memang minat betul barang-barang motif owl tu. And nampak jahitan dia nampak berkualiti betul

    ReplyDelete
  9. Cantiklah umbrella village. Tapi lagi tertarik dekat bag owl itu. Cute sangat.

    ReplyDelete
  10. very colorful umbrella! hopefully one day i get to go too! :D

    4D3N Star Cruise 2017

    ReplyDelete
  11. Memang seronok pergi negara orang. Itupun ikut mana budget yang ada. InsyaAllah ada rezeki boleh sahaja travel ke mana2 kan? Tak dapat pergi jauh, mahal2 yang murah kos pun ok 😘

    ReplyDelete
  12. baru tahu penggunaan ka and krap tu. hehehe. cantiknya tempat, dah lama sebenarnya nak pergi chiang mai ni tapi tak pergi2 lagi. huhu

    ReplyDelete
  13. alaa teringinny ke sana.
    paling menarik yg dia lukis atas cover phone tu! mcm cantikk je

    ReplyDelete
  14. Bestnya chiang mai. Lagi2 umbrella village.

    ReplyDelete
  15. tak pernah sampai sini lagi. Menarik juga ya.
    lagi-lagi Umbrella tu.

    ReplyDelete
  16. Baguslah akak ni travel siap bagi semua kos memang sangat membantu sapa2 nak cuba travel ke negara yang tak terfikir dalam diri....

    ReplyDelete
  17. best time to go chiang mai is at the end of the year. i miss chiang mai

    ReplyDelete
  18. Bella..u sgt cantik...suka baju u pkai tu..nmpk cun sgt😍😍😍

    ReplyDelete
  19. Superb and splendid umbrella village. This is such a beautiful tourist spots to visit. It seems that you really enjoy your getaway. By the way that Ow's motocross bag looks so adorable.

    ReplyDelete
  20. Tq MahuMahu. Senang nanti boleh compare dgn plan perjalanan yang korang rancang.

    ReplyDelete
  21. Malu kita Alia dok puji. Thank you 😉😉

    ReplyDelete
  22. Murah juga ye perbelanjaan ke sana. I might be visiting in 2018 - hopefully jadi la.

    ReplyDelete
  23. They are very passionate with their craft, and those umbrellas looks precious!

    ReplyDelete
  24. Cantik gambar bella...rugi plak x amik banyak gambar hari tu

    ReplyDelete
  25. wow best la kunjungi chiang mai.....i pun nak visit.....

    ReplyDelete
  26. Lovely trip you had there, I've not been to Chiang Mai but after reading your post I nakkkk!!!

    ReplyDelete
  27. wow bestnyer chiang mai...bioa lah nk g ni...cantik2 gambar...makanan pulak nampak sedappp

    ReplyDelete
  28. nice place to go..m sampai lg sana
    should last tear dah plan tp cancel
    tq beb sbb share..

    ReplyDelete
  29. tengok bajet macam mampu pegi.. seronok tgk u travel ke chiang mai.. banyak jugak tempat tempat menarik kat sana ya.. nice pics also.. thanks for sharing the info to us!

    ReplyDelete
  30. lawa2 tempatnya..boleh masuk wish list

    ReplyDelete
  31. OMG! all the colorful umbrellas really make this place so insta worthy. I wish I can go there soon.

    ReplyDelete
  32. Ya Allah, cantiknyaa payung tu. Dieorang buat tak macam jalan dibumbungi payung? Macam kat kg cina di kuala terrngganu. Tak jem ke kat Tahi?

    ReplyDelete
  33. Tak mahal pun buat lukisan handcraft tu Aisya Ismail. tapi Bella lupa pulak harganya

    ReplyDelete
  34. Masa Festival Payung tu may be lah jem kot Puan Wawa. Hehe.

    ReplyDelete
  35. owh macam tu cara pembuatan payung yang kaler-kaler tu.
    kalau buat sesi fotografi bawah payung tu mesti cun giler..very colorful!- jmr23dotcom

    ReplyDelete
  36. Cantik cantiknya payung dia... memang suka payung mi ... kota beli kat Petaling Street je... blm sampai chiangmai haha... murah gak tiiket ke sama kan... masib ada flight tambang murah... merata dunia dah bole pg..,

    ReplyDelete
  37. Semakin cantik pula umbrella village.

    ReplyDelete
  38. OMG!!! Return flight RM135??!! Definitely keeping Chiang Mai on my watch list during my next flight search.

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
Previous Post Next Post