Trending


Resepi Nangka Muda Masak Lemak Cili Api

Hi Korang! Akhirnya berjaya jugak Kak Bell buat Nangka Muda Masak Lemak ni. Sebelum-sebelum ni, memang Kak Bell jarang makan masakan yang angin dan yang sewaktu dengannya. Maklumlah kita ni tak berapa nak sihat sangat. Nangka, tembikai, pulut, rebung memang pantang tak makan. Kalau makan nanti, hasiblah Kak Bell mintak nyawa, tak cukup oksigen nak bernapas. Sekali-sekala tu teringin la jugak. Hujung-hujung bedal lah jugak buat lepas mengidam.

Selalu di Facabook nampak kawan Kak Bell, Cik Embun Mutiara selalu sangat buat masak lemak nangka. Satu kuali dia masak, sedap sangat mata ni tengok! Orang Negeri Sembilan you, haruslah dalam tangan dia aje kan. Kita ni baru nak mencuba, baru belajar masak gittew! Btw, dari dulu dah nak cuba masak, tapi disebabkan tak jumpa nangka muda makanya masuk dalam to-do list ajelah. Ni pun kebetulan kedai Acheh kat bawah rumah ni ada jual pulak nangka muda, RM1.50 satu plastik. So, Kak Bell beli 2 plastik untuk cuba buat masakan nangka muda masak lemak cili api ni. Tapi kan Kak Bell musykil kenapa warna dia tak jadi macam yang jual kat kedai tu ek? Kena masak lama-lama lagi ke? Walau apa pun, Kak Bell share ajelah resepi ni kay.


Bahan A
Nangka muda 
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
1 biji lada merah
1 helai daun kunyit (disiat) 
Serbuk kunyit
Santan secukupnya
Garam dan perasa

Bahan B (bahan tumbuk/kisar)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
15 biji cili padi

Cara memasaknya:
1) Rebus nangka muda bersama air sehingga empuk. Tos dan ketepikan bila dah masak.
2) Masukkan bahan B ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya dan biarkan mendidih. 
3) Masukkan nangka yg telah direbus tadi.
4) Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor atau asam keping, kemudian masukkan santan kotak. Kacau rata.
5) Tambahkan garam dan serbuk perasa dan masak hingga mendidih guna api sederhana.
6) Sesuaikan rasa, tutup api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.


TIPS!
  • Boleh rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk atau boleh juga rebus tanpa garam.
  • Boleh tambah sedikit ikan bilis untuk bahan B.
  • Boleh juga masukkan ayam/isi ayam dengan potongan sederhana dalam masakan.
  • Boleh juga tumis dahulu bahan B jika suka.
  • Tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk mencantikkan warna kuah.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post