Trending


Resepi Lala Goreng Serai Bella Jamal

Hi Korang! Suka makan seafood tak? Kak Bell bukanlah peminat tegar seafood tapi bolehlah sesekali nak merasa menjamu anak tekak sendiri. Jika makan dikedai atau beli masakan yang dah siap dimasak rasanya agak kurang berbaloi sebab harganya agak mahal. Ramadhan lepas, ada lah menyinggah di bazar Ramadhan dan restoren membeli juadah masakan lala dan siput sedut. Ada sorang adik ni beli lala masak lemak, siap timbang bagai, hujung-hujung RM20. Terkesima kejap! Kak Bell nampak cuma kuah aje yang penuh. Mahal nau! Btw, dah siap timbang tu, kira betul lah harga macam tu gamaknya. Disebabkan tak nak ada perasaan ralat, so gigihlah Kak Bell pergi beli lala dan masak sendiri Lala Goreng Serai. Satu kuali ko ratah lah lala tu sampai habis. Tak adalah nak mengadu dapat kulit lala je nanti. Hehe. 


Masa membeli lala tu, pastikan lala yang dibeli masih segar dan tidak berbau. Kalau masih hidup, fresh lagi bagus. Korang boleh terus masak atau simpan dalam peti sejuk dahulu. Semasa penyediaan, korang boleh membersihkan lala dengan cara merendamnya di dalam air yang telah diletak garam. Biarkan sekejap, supaya pasir serta kotoran yang terdapat di dalam lala itu keluar. Buat peminat seafood, bolehlah cuba resepi lala masak serai yang Kak Bell masak ni. Senang dan cepat je masaknya pun. Lagipun korang lagi pandai masak kan? Jom tengok cara penyediaannya.


Bahan A
Lala
2 batang serai (dititik)
1 biji cili merah
2 biji cili padi merah
1 helai daun kunyit
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan B (tumbuk/kisar)
1 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih
1 batang serai 
*(1 batang dari Bahan A)


Cara memasak:
1) Basuh bersih lala sehingga tiada pasir.
2) Panaskan minyak secukupnya, tumis semua bahan B dan serai yang telah dititik sampai naik bau.
3) Tambahkan 2 sudu besar sos tiram, sedikit air, cili api atau cili merah dan daun kunyit yang dah diracik atau potong kecil. Kacau rata.
4) Masukkan lala dan masukkan garam secukupnya. Kacau rata sekali lagi.
5) Tutup kuali supaya lala cepat masak.

TIPS!
  • Boleh tambah hirisan bawang merah/bawang besar untuk masakan.
  • Serai yang dikisar adalah optional, korang boleh titik sahaja serai macam biasa.
  • Boleh taburkan juga daun ketumbar


Mudah sahaja kan cara nak masak lala. Baru puas nak makan isi lala bila masak sendiri. Makan dengan nasi putih aje pun dah cukup. Kalau nak buat lala masam manis, cuma tambahkan aje bahan-bahan seperti sos ikan, sos tomato, sos cili dan guna daun limau purut. Lala Kam heong pulak kena pakai daun kari. Nanti Kak Bell cuba pula resepi yang lain ya. Selamat mencuba!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Hi Cik Adda. Dah cuba masak ke? 😘

    ReplyDelete
  2. Fav akak ni Bella...fav anak dara gak..sebulan sure 2-3 kali masak ni

    ReplyDelete
  3. Kak cili tu masuk last sekali ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masukkan sekali lala pun ok. Nak tumis awal2 pun boleh cili tu.

      Delete
Previous Post Next Post