Resepi Tau Fu Fa Segera - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Tau Fu Fa Segera

Trending

Resepi Tau Fu Fa Segera

Hi Korang! Resepi Tau Fu Fah segera ni Kak Bell tengok kat page Rasapop. Sebab nampak mudah dan simple, so Kak Bell cubalah buat. Bahan-bahannya pun senang saja nak dapat. Kak Bell baca komen kat page RasaPop, nauzubillah. Memang perangai netizen ni macam-macam. Asyik nak menghentam aje. Cubalah buat dahulu. Kalau tak sedap adjust bagi sedap kan?? Nama pun segera dan simple. Korang gigih ke nak buat tau fu fah tu? Hujung-hujung beli kat pasar malam jugak. Jangan hentam Kak Bell pulak ye. Yang penting semangat mencuba tu penting! Btw, untuk bahan-bahan tu, Kak Bell ada adjust sikit ikut kesesuaian. Okay, jom tengok resepi dan cara pembuatannya.


Bahan A
1/10 agar-agar
1 1/2 cawan air
1/2 susu soya kotak besar
Sedikit esen vanilla

Bahan B
3 cawan air
Sedikit gula perang
1/6 bahagian manisan (nisan kerek)
*tanya cik gugel kalo nak tau apa ni.

Cara membuat Tau Fu Fa:
1) Panaskan 1 1/2 cawan air dan biarkan mendidih.
2) Masukkan 1/10 bahagian agar-agar.
3) Kemudian masukkan 1/2 kotak susu soya, sedikit esen vanilla & tunggu mendidih.
4) Tuang dan tiapiskan kesemua bahan yang dah di masak tadi dalam satu bekas.
5) Sejukkan bahan 2-3 jam dalam peti sejuk sampai bahan mengeras.

Cara membuat air gula:
1) Panaskan 3 cawan air dalam periuk.
2) Masukkan 2 ketul gula merah atau gula melaka, masukkan sedikit nisan kerek dan gula perang. Masak sampai semua gula hancur sebati.
3) Tapis semua bahan dan bolehlah dihidangkan.

Kalau korang nak tahu nisan kerek ni dibuat daripada air nira kelapa dan gula. Kalau sebelah Terengganu memang popular lah manisan ni. Gambar ni Kak Bell ambik masa selepas sehari dalam peti ais. Air susu soya tu macam mencair sedikit. Mungkin korang boleh cuba gunakan 2/10 bahagian agar-agar. Selamat mencuba!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post