Trending


Masak Lemak Putih Petola

Hi Korang! Kalau nak masak sayur-sayuran ni, kalau tak buat masak air, masak lemak putih lah jawabnya. Terdapat banyak je cara dalam masakan ni. Yang penting bahan yang diguna kan tu sesuai dengan masakan. Buatlah macam mana pun asalkan masak. Hujung-hujung, diri sendiri jugak nak telan kan. Kalau dah pandai, hebat sangat memasak silalah masuk MasterChef hokkay! Okaylah, harini tak tau nak tulis apa. Jom tengok resepinya aja. K bye.


Bahan A
Petola
Cili merah - hiris
1 batang serai (diketuk)
2 cawan santan pekat 
Suuhun/fucuk 
Garam secukup rasa 
Sedikit air

Bahan B (dihiris/tumbuk)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis atau udang kering


Cara memasak:
1) Bersihkan buah petola, buang kulit yang keras, potong kecil, nipis serong atau ikut suka.
2) Rendam dahulu semua suuhun/fucuk. 
3) Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis/udang kering atau hiris je bawang.
4) Tumiskan semua bahan B dan serai dalam periuk, kemudian tambah sedikit air dan biar mendidih.
5) Masukkan petola dan didihkan di atas api.
6) Kemudian baru masukkan santan dan kacau.
7) Masukkan cili merah, suhun dan garam. Masak sehingga mendidih dan suaikan rasa.
8) Bila petola lembut dan masak, angkat.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post