Kisah Si Bibik Indonesia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kisah Si Bibik Indonesia

Trending

Kisah Si Bibik Indonesia

Hi Korang! Dah masuk Februari 2017 dah. Cepat je masa berlalu kan. Korang kalau waktu cuti dari bekerja buat apa aje ye? Mesti ada macam-macam aktiviti sampai semua benda pun nak buat kan. Tambahan pulak kalau dapat cuti longkang. Macam tak ada ertinya cuti tu. Dari pagi nak mengemas rumah, menguruskan anak-anak, memasak, bagai nak rak lah orang kata waktu tu kan. Kadang-kadang tu tak terbuat jugak. Masa tu lah, baru nak bangun tidur lambat sikit. Time nak bangun lambat tu lah, anak-anak dah menjerit kat luar, sampai dok ketuk pintu kejut mama dia bangun! Tapi kalau yang dah ada famili tu, kena bangun awal lah jugak nak buat breakfast ye tak? Ke sama je laki bini terlajak? Hehe. Oklah kan cheat day kan. Time cutilah baru nak rehat kan!

Al-kisahnya minggu lepas, Kak Bell cuti. Bangun pun tak adalah awal sangat. Lepas uruskan anak-anak bulus ni, bagi makan segala, barulah ada masa nak mula memvakum rumah. Buat pun kalau sempat je, seminggu sekali lah. Maklumlah anak berbulu ramai sangat. Anak-anak Kak Bell ni, kalau nampak je bukak kotak nak keluarkan vakum, semua dah menyelinap lari. Adalah 2 orang anak je yang tak takut, sibuk pula dia mengacau.


Tengah asyik-asyik mengemas, terdengar pintu grill dibuka. Dalam hati, awal pulak housemate ni balik dari kerja. Bila dah buka pintu, Kak Bell pun tengoklah siapa kan. Btw, orang yang kat muka pintu tu, tak masuk. Duduk tercegat pulak depan pintu. Kak Bell pun terkejut jugak sebab orang yang masuk tu orang tak dikenali! Rupa2nya rakan sebilik housemate yang baru je nak check-in. Then, budak tu masuk je rumah dan tidak menghiraukan Kak Bell yang sedang memvakum ni. Bagi salam pun idok yer! Dalam hati, budak ni ingat aku ni bibik ke sebab Kak Bell dok tengah mengemas. Dengan rupa paras menggerikan, sanggul rambut, seluar trek dan pakai baju buruk. OMG! Dia tak tau ke yang Kak Bell ni "Queen" dalam rumah ni. Ahaks! Ermm, macam tu lah kan budak2 zaman sekarang. Dah masuk rumah orang, walaupun dah menetap sekali ke, bagilah salam bila nak masuk rumah kan. Ni, main redah aje. Terus datang bad expectation dah kat budak baru masuk ni.

Cantik pulak maid2 agensi ni

Korang kalau nak masuk or datang rumah orang, jangan lah lupa adab kan. At least ketuklah pintu rumah, then bagilah salam kan. Lainlah kalau korang menyewa atau stay kat rumah orang bukan Islam kan. Gittew. Bukannya nak marah pun, sama-sama ingat mengingatkan jer. Bukannya susah pun. Kalau tak reti jugak, nah hadamkan adab nak masuk rumah:
1. Mengetuk pintu dengan perlahan
2. Memberikan isyarat kepada penghuni rumah ketika masuk
3. Mengucapkan Salam kepada penghuni dalam rumah
4. Masuk dengan mendahulukan kaki kanan

Ni ilustrasi adab nak masuk dan keluar rumah dan juga adab masuk rumah baru. Buat yang simple dan mudah sudahlah kan. Bagi salam pun dah memadai. Janganla korang tetiba azan depan rumah Kak Bell pulak nanti. Terkejut pulak kita nanti.



Hujung-hujung dah beberapa hari budak tu kat rumah, okay je Kak Bell tengok. Baik aje budaknya. Yang penting tak kisah dengan anak-anak bulus Kak Bell yang ramai tu. Kesimpulannya, mungkin dia tengok Kak Bell haritu amat mengerikan dan memang nampak macam amah kot??! Sampai dia terkesima, terkejut terus terkaget di depan pintu. Oklah, Kak Bell nak pergi operate muka kejap. K bye.

Tolong cuci pinggan, gosok sinki ke?

** Mintak izin yer pemilik ilustrasi kat atas tu :)
mfrstudio.blogspot.my
eiyna.deviantart.com

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post