Trending


Resepi Kangkung Belacan

Hi uolss! Mulanya Kak Bell nak buat nasi goreng kampung gunakan kangkung ni. Akhirnya, nasi semalam tu dah buat Nasi Goreng Singapore. So, Kak Bell goreng  kangkung belacan. Btw, kangkung belacan kita ni terlebih air sikit. Entah apa dalam fikiran sampai terlajak letak 1 cawan air. Dah jadi sup kangkung pulak yer. Hehe. Nasib baik hujung-hujungnya jadi jugak kangkung belacan ni. So nanti kalau korang masak, airnya letak sikit aje yer. Proses nak masak pun sekejap je. Kangkung kan cepat dan senang dimasak. Kalau nak rasa belacan lebih, letaklah ikut suka kalian. Jangan bersin-bersin masa menumis sudah!


Bahan-bahan:
1 ikat kangkung
4 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili api
2 sudu ikan bilis
Sedikit belacan
Garam




Cara memasak:
1) Tumbuk bawang merah, bawang besar, bawang putih, ikan bilis bersama dengan belacan.
2) Panaskan minyak, tumis semua bahan tumbuk tadi sampai wangi.
3) Masukkan sedikit air dan kemudian masukkan kangkung.
4) Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Masak sekejap je kangkung. Dah layu bolehlah tutup api.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post