Trending


Pekasam Ikan Lampam

Hi korang! Suka makan ikan pekasam tak? Entri hari ni bukanlah nak ajar cara buat ikan pekasam. Saje je Kak Bell kongsi menu masakan tengah malam semalam. Balik kerja dah lewat malam terasa lapar pula. Kebetulan dapat rezeki dari Cik Suri bagi ikan pekasam lampam ni. Sekali-sekala dapat makan sedap juga kan.


Pekasam ni makanan tradisi turun temurun. Sampaikan peribahasa pun pakai ikan pekasam. "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Maksudnya kalau buat suatu pekerjaan biarlah sampai selesai atau berjaya. Kalau maksud lain, kalau dah terlanjur buat kejahatan, biarlah sampai beroleh hasil! Tapi jangan korang nak ikut pulak maksud yang kedua tu tau!

Kali ni Kak Bell goreng ikan pekasam lampan. Banyak je ikan pekasam air tawar yang sedap macam pekasam sepat, talapia, puyu. Tak tahulah yang mana korang suka kan. Ikan pekasam lampam harini diperap dengan beras.


Biasanya bau pekasam ni busuk sikit. Tapi ikan pekasam yang Cik Suri bagi ni tak adalah busuk sangat. Time menggoreng tu, kena guna api perlahan lah supaya ikan garing dan tak melekat.

Ada 2 cara nak goreng. Korang boleh goreng ikan pekasam dulu hingga garing then baru gorengkan bawang dan cili api. Kalau nak goreng sekali pun boleh tapi make sure ikan korang dah garing la sebelum letak bawang tu. Kak Bell goreng ikan dulu, baru goreng bahan lain. Btw, kalau gunakan cili kering lagi sedap! Next batch, nak guna cili kering pula.


Makan dengan nasi putih dengan kicap je uols. Sedap sangat sampai bertambah nasi. Nasib baik Kak Bell masih kurus! K Bye.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Pekasan ni kan kakak, yg biasa org buat, dengan beras goreng. Tp my mom and late father buat pekasam guna nasi. Hasil dia lagi best!!! Tp x semua tempat arau orang pernah makan pekasam nasi. Nnt boleh cuba 😆😆😆

    ReplyDelete
  2. oh guna nasi biasa tu ke? tak pernah dengar pulak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post