Trending


Ikan Kembung Masak Lemak

Hi korang! Macam biasalah untuk masakan hari ni, Kak Bell ulang resepi yang sama je. Tapi guna bahan yang berbezalah. Harini tekak teringin nak buat ikan kembung masak lemak. Kebiasaannya bila kita masak resepi ikan masak lemak kuning, kita akan gunakan cara merebus sahaja seperti masak lemak cili padi. Sebelum ni tak pernah masak menggunakan labu air, so harini Kak Bell tambahkan dalam masakan hari ni. Untuk resepi-resepi masak lemak yang pernah Kak Bell kongsi seperti Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas, Ketam Masak Lemak Cili Api Bersama Timun, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan resepi yang selalu orang buat Resepi Ayam Masak Cili Api. Kalau nak cuba resepi yang lain tu, klik aje kat nama resepi tu ye! Semua masak lemak cili api aje yer sebab senang dan sedap kan! Kay jom tengok bahan-bahannya.


Bahan A
2 ekor ikan kembung sederhana besar
1/2 biji labu air
2 helai daun kunyit (sehelai diracik)
1 batang serai (diketuk)
1 asam keping
1 cawan santan kotak
Perisa ayam Knorr
Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)
15 biji cili api
2 batang serai
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 cawan air


Bahan Kisar

Cara-cara membuatnya:
1) Kisar semua Bahan B hingga lumat.
2) Masukkan semua bahan kisar tadi dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan dan kacau rata sampai mendidih.
3) Bila dah mendidih, masukkan labu air dan biarkan masak sampai lembut. Kalau tak cukup air/kuah bolehlah tambah.
4) Kemudian masukkan ikan kembung dan tak perlu kacau sangat, takut ikan hancur.
5) Bila ikan dah masak, masukkan santan (boleh pakai sanan pekat), daun kunyit, asam keping, perasakan dengan garam dan gula secekup rasa. Kak Bell pakai kiub ayam Knorr.
6) Biarkan  mendidih seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.




Okay dah siap menu simple je. Siap bagi jiran sebelah lagi merasa ikan masak lemak kuning ni. Katanya nanti dia datang dengan tepak sireh pulak! Wow, sedap sangat lah kot nampaknya masakan Kak Bell kali ni. Alhamdulillah, akhirnya dah ada pertunangan! Haha! Selamat memasak ye korang. Bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post