The End of 2016 Journey! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal The End of 2016 Journey!

Trending

The End of 2016 Journey!

Hi korang semua! Alhamdulillah dah dekat setahun dah blog Kak Bell ni. Actually baru 8 bulan aje kot. Started on April 2016 haritu. Saja-saje je share my personal sharing tentang masakan, travelling dan juga tentang anak-anak kesayangan. Nak menulis atau beri pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu tu memang Kak Bell tak pandailah. Apatah lagi nak berpuisi bagai kan. Bukannya boleh jadi influencer pun. Cukuplah sekadar perkongsian perjalanan hidup seharian sebagai kaum ibu kan. Hehe. Kekononnya sebagai entri penutup lah untuk tahun 2016 ni. Tengoklah kalau ada idea bernas, tetibe sel-sel otak ni bersambung kan, adalah entri-entri luar biasa pulak yer.

The End of 2016 Journey!
 Ihsan Google. Tibeh!

Malam semalam sempat menonton video kejadiaan tsunami di Acheh pada tahun 2004 yang lepas. Sekejap aje 12 tahun dah berlalu. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat-Nya. So, tahun 2016 dah nak berakhir. Apa azam dan plan korang untuk tahun 2017? Kak Bell pun tak ada pun azam untuk tahun yang sudah-sudah. Tapi rasanya memang perlu kita tanamkan azam dan target untuk tahun yang akan datang ni. Let's sama-samalah kita buat azam 2017 yer.


The End of 2016 Journey!


Untuk tahun 2016 ni, tak sangka pulak entri berkaitan resepi paling ramai viewer. Bukannye Kak Bell nak buat buku resepi pun. Just share je memana resepi yang iols masak kan! Entri paling meletop ialah entri Ketam Masak Lemak Cili Api Bersama Timun. So untuk tahun 2017 ni gigihlah Kak Bell memasak dan kongsi resepi simple-simple dengan korang ek! Kalau suami hadiah dapur mewah, bolehlah Kak Bell masak meletop kebabaom lagi yer. 


Azam 2017 ke nih? Haha. Kalau ada resepi yang best2 share lah kat Fb page Ini Adalah Bellarina Natasya yer. Bolehlah Kak Bell cuba jika berkesempatan. Hujung-hujung tahun seronok juga bila tengok post reach dekat page dekat 12k. Ke propa je ni uols?? Haha. A good start la untuk Kak Bell kan untuk lebih rajin menulis di 2017!


The End of 2016 Journey!

The End of 2016 Journey!

The End of 2016 Journey!

Yang pasti untuk entri Travel, akan ada entri ke Bangkok dan Chiang Mai. Setakat ni tu je lah yang dah ada booking! Tiket promo je uols. Kak Bell tak kaya macam korang! Bercadang juga nak ke Lombok lagi sebab masih banyak lagi tempat menarik yang tak sempat nak lawat.

The End of 2016 Journey!

Tu je, tak ada apa nak cakap dah. Semoga tahun yang mendatang dapat menjadikan kita semua lebih baik lagi dengan motivasi serta semangat yang baru. Happy New Year 2017!

The End of 2016 Journey!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post