Resepi Nasi Goreng Sardin Mudah

Hi korang! Tema masakan iols hari ni adalah penjimatan hebat dan elakkan pembaziran. Tahukah korang berapa banyak peratusan sampah yang korang sumbangkan ke tapak pelupusan sampah? Lebihan makanan kita yang masih elok tu boleh kita jadikan makanan kedua. Sesuai dengan tema 'Value No Food Waste', kita gunakan baki nasi putih dan sardin yang tak habis semalam. Kadang2 elok je simpan dalam peti sejuk, akhirnya ke tong sampah jugak kan. So, Kak Bell buat Resepi Nasi Goreng Sardin Mudah dan special. Tak baik membazir kan!

Lebihan Sardin Dibuat Nasi Goreng

Bahan-bahan:
Semangkuk nasi putih
Sardin tin/lebihan sardin
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji telur
Cili merah
1/2 batang lobak
Sedikit timun
Minyak untuk menumis
Garam untuk perasa


Cara memasak:
1) Hiris semua bahan tumis, bawang merah dan putih. Untuk lobak dan timun Kak Bell guna manual chopper.

Bahan Nasi Goreng Sardin

Gunakan Manual Chopper Untuk Kisar Semua Bahan

Bahan Hiris Nasi Goreng Sardin

2) Panaskan minyak & tumis bahan hiris sampai naik bau.
3) Masukkan lebihan sardin tanpa kuah dan juga lobak, cili merah dan timun. Kacau rata seketika.

Tumis Bahan Dan Sardin

4) Masukkan nasi dan kacau rata, perasakan dengan sedikit garam. Garam tu letak sikit je pepandaila rasa yer.

Masukkan Nasi Dalam Sardin Goreng

5) Asingkan nasi ke tepi kuali, pecahkan sebiji telur di tengah kuali dan kacau rata.
6) Goreng nasi sampai sedikit kering, dan boleh tutupkan api.


Ok. Dah siap! Selamat memasak! Yang penting jangan membazir dan bolehlah cuba Resepi Nasi Goreng Sardin Mudah ni.

CONVERSATION

2 comments:

  1. sng jep ye resepinya..blh cuba ni..sblm ni takot nk wat sbb takot ada rasa hanyir sardin tu..sbb tu klu msk sardin salu wat msam kit..klu sy msk sambal sardin tu jd lbihan tuh now blh guna wat nasi goreng sardin resepi nih..tq kak bell :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu..kadang2 orang tak nak makan sebab ada bau hanyir.

    ReplyDelete

Back
to top