Trending


Sardin Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi

Hi Korang! Bertemu kembali dalam rancangan ketuk2 di dapur Kak Bel. Hari ni nak kongsi resepi konsep semua ada. Tak perlu korang nak masak 2, 3 hidangan. Disebabkan lama sangat tak makan pucuk ubi, gigihla pergi ke pasaraya Hero mencari pucuk ubi nak masak dengan ikan sardin. Ngam2 ada 2 ikat je yang tinggal. Seikat dalam RM0.80 sen saje. Sebeban dia bagi! Zaman dulu, kalau nak jimat sardin la jawabnyer. Tapi la ni setin sardin pun mahal ya ampun!


Bahan A
1 ikat pucuk ubi
1 tin sar
Daun kunyit diracik
1 asam keping/ sedikit air asam jawa
10 biji tomato cherry
Santan
Secawan air
Garam secukup rasa
Minyak

Bahan B (Dikisar/tumbuk)
5 biji cili api (depends banyak mana)
2 labu bawang merah/ besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup/ serbuk kunyit



Sebeban pucuk ubi!

Untuk semua bahan B korang kisar ataupun tumbuk. Rasenya kalau ditumbuk dengan lesung lagi sedap bahan tumis korang. Disebabkan takde kunyit hidup so kak bel pakai sedikit serbuk kunyit sahaja.



Pucuk ubi tu korang agak2 la berapa banyak nak masukkan dalam masakan korang. Rebus pucuk ubi dengan sedikit garam sampai layu yer. Dah cukup layu angkat dan toskan. Kalau pucuk ubi tu besar sgt mcm gajah potonglah kecik sikit supaya senang nak telan nanti.Hiks!

Cara memasak:
1) Tumis semua bahan yang dikisar tadi sampai naik bau.
2) Masukkan santan bersama air, sedikit air asam jawa atau asam keping dan biarkan mendidih dengan api perlahan dan sentiasa kacau.
3) Bila dah mendidih, boleh masukkan sardin dan sosnya dan biarkan masak seketika.
4) Kemudian bolehlah masukkan pucuk ubi, daun kunyit dan tomato cherry dan kacau rata.
5) Masukkan garam secukup rasa dan agak2 dah ok bolehla tutup api.

Dah siap, bolehla angkat dan hidang untuk disantap. Pedas nak mampos cili api ni! Melecur bibir kakak. Oklah selamat mencuba uolsss!













Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post