Review LUMOS FLOAT 360 DEGREES Home Cinema

Projektor Pintar LUMOS FLOAT 360 DEGREES Sejak kebelakangan ini, trend home cinema semakin mendapat tempat, terutamanya bagi mereka yang gemar menonton drama, filem atau binge Netflix dari rumah. Sebagai seseorang yang gemar menonton Netflix dan drama masa waktu lapang, memang dah lama Kak Bell mencari projektor home cinema yang praktikal, mudah digunakan dan tak makan ruang. Antara produk yang benar-benar mencuri perhatian ialah LUMOS FLOAT 360 DEGREES Home Cinema - sebuah projektor pintar yang bukan sahaja unik dari segi reka bentuk, malah menawarkan pengalaman tontonan yang sangat fleksibel dan praktikal. Pengalaman Home Cinema Paling Selesa Dari Katil Bila pertama kali cuba LUMOS FLOAT 360 DEGREES Home Cinema, barulah Kak Bell terus faham kenapa projektor ini semakin viral di Malaysia. Ini bukan sekadar projektor biasa, LUMOS FLOAT benar-benar mengubah cara menikmati hiburan di rumah, terutamanya bila boleh menonton terus dari siling sambil baring atas katil. 8 Ciri Menarik LUMOS ...