Pulau Perhentian Kecil Trip - Day 1

Percutian singkat ke Pulau Perhentian Kecil ni sebenarnya dah setahun berlalu. Punyalah Kak Bell tak menyempat nak siapkan. Bukannya apa, style Kak Bell kalau nak post pasal travel atau trip mesti nak fully utilize masa supaya siap terus semua entri. Kalau 10 hari, sepuluh harilah nak siapkan terus. Sakit mata kalau tengok post tu lepas 20 tahun baru siap. Hehe. Tetiba pula bila dah datang semangat, idea pula tak ada. Last-last melayan episod di Viu. Dalam masa editing gambar, boleh pula Kak Bell terpadam folder gambar untuk trip hari ke-2. Gigihlah Kak Bell download app nak recovery balik images yang terpadam. After several tried, dapatlah balik gambarnya tapi kualiti gambar dia memang sangat teruk. Nasibla gadis-gadis masa trip ni ada simpan gambar semasa kat sana. So, kalau ada kualiti gambar yang 'laha' tu, paham-paham ajelah. Sis kecewa betul macam mana boleh terpadam!


02/03/2018
Trip ke Pulau Perhentian Kecil ni kami pergi dari 2/3/2018 hingga 4/3/2018. Untuk episod yang sudah ni, disertai oleh 8 orang gadis jelita dengan tema pencarian Gadis Baywatch! Katanya! dari buah mulut orang, memang Perhentian Kecil ni cantik dan lebih meriah berbanding Pulau Perhentian Besar. Memang sengaja kami pergi waktu tak ramai di bulan Mac. Kebetulan harga tiket flight pun ok. Nanti masa korang nak kesini, kena pilih bulan yang sesuailah sebab kebanyakan resort akan tutup dari bulan November ke Februari disebabkan musim tengkujuh di Pantai Timur.


Kitaorang terbang dengan AirAsia turun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan. Untuk ke Pulau Perhentian, korang nanti akan menaiki bot dari Jeti Kuala Besut. Kalau dari Terenganu, kena memandu lebih kurang 2 jam ke jeti Kuala Besut. So, lebih afdal kalau turun di KB dan ke Jeti Kuala Besut. Tiket flight pun Kak Bell dah lupa berapa. Semua data ada kat Note5 lama Kak Bell yang dah pecah, sampai terlupa nak backup. Jadi post kali ini memang tak ada full kos percutian. Ada kos van dan kos agensi percutian je. Maafin ye.


Kitaorang ambil pakej 3D2N dengan Perhentian Mieha Holidays (PMH) dan menginap di Shari-La Island Resort. Kos one way van RM150 dari airport Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut dan kos travel agency ialah RM2760 (untuk 8 orang). Jadi untuk kos kasar ialah RM382.50 per gadis tak termasuk flight dan lain-lain.

Untuk bilik di Shari-La Island Resort kitaorang ambil 2 bilik suite berhawa dingin. Pakej yang ditawarkan ialah:
-2x night accommodation berhawa dingin
-2x sarapan + 1xlunch (hari ke-2)
-Peralatan snorkeling
-Free marine fees/boarding pass

Ms Faye di bagunan lama berdekatan Jeti Besut

Sampai office PMH di Plaza Mara, Jeti Besut kitaorang daftar dahulu sebelum menaiki bot ke Perhentian Kecil. Dari Jeti Kuala Besut korang akan naik bot lebih kurang dalam 30-45 minit. Waktu perjalanan bot ke Pulau Perhentian adalah dari pukul 9AM - 4.30PM. Biasanya kalau korang pergi dengan travel agensi, tak perlu risaulah, just ikut sahaja masa yang ditetapkan. Then, bot tu nanti akan berlepas bila dah penuh dengan penumpang. Nasibla semua model tak ada yang mabuk laut. Yang mana bawa gajet tu hati-hati ye sebab haruslah terumbang-ambing dilanda ombak. Gittew!

Waktu Perjalanan Bot
Dari Jeti Kuala Besut: 8AM, 9AM, 10AM, 11AM, 12 PM, 1PM, 2PM, 3PM, 4PM, 5PM
Dari Pulau Perhentian: 8 AM, 12 PM, 4PM (3 trip sahaja dari Pulau perhentian)

Dah sampai ke Jeti Pulau Perhentian Kecil. Ni lah tempat kitaorang menginap iaitu Shari-La Island Resort. Terdapat banyak je resort/chalet di sini. Korang boleh survey dahulu yang mana bersesuaian dengan bajet dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kebiasaannya masa check-in adalah pada jam 1PM. Jika bilik dah kosong, boleh sahaja untuk terus check-in. Masa daftar masuk, deposit RM100 per bilik dibayar pada kaunter resort. Untuk hari pertama ni, makan minum tak termasuk dalam pakej. Semua sendiri.



Masa bercuti di sini, pengalaman Kak Bell agak tidak menyeronokkan. Liputan wiFi hanya ada di kawasan utama resort dan capaian perkhidmatan telekomunikasi pun memang teruk. Nak update sekeping gambar pun sampai esok pun tak ter'upload'. Satu lagi isu yang semasa percutian tempohari, kerap berlaku 'power trip'. Ko bayangkan setiap 15 minit blackout, pastu ok. Panas ye bila di malam hari. Kecewa jugalah sebab tak boleh buat 'dispute'. Kita semua ni datang nak chillex, tapi nak makan pun bergelap pakai lilin. Hope pihak resort lebih prihatin dengan isu macam ni. 3,4 kali sehari nak pergi kaunter suruh betulkan elektrik. Hmmm. Awal-awal post dah ada komen negative. Btw, not bad sebenarnya bercuti di Perhentian Kecil ni. Mungkin masa tu dah benda nak berlaku kan.


Ni gambar keadaan bilik yang kitaorang duduk. 2 bilik yang disewa tu sebenarnya sedikit berlainan. Chalet yang kitaorang duduk ni selesa untuk 4 orang penghuni. Yang penting scallop langsir bilik kitaorang macam kat dewan orang ramai ye. Warna pun merah hati, bolehlah buat show tepi TV tu ha. Haha.



Kawasan makan dan istirehat Shari-La Resort

Sebelum kitaorang sampai ke Jeti Besut, kitaorang sempat makan pagi di Kelantan. Pertama kali sarapan dengan menu makan tengahari terus. Ada nasi kerabu, nasi dagang dan juga gulai telur dan ayam panggang. Nampak tak semua lauk Kak Bell nak rasa. Dah sampai Kelantan, mestilah nak rasa hidangan asli Nasi Kerabu dan Nasi Dagang kat sini.

Nasi Kerabu

Nasi Dagang

Lepas check-in, tabir suria dah disapu kat badan, semua model pun bersiap sedia untuk ke pantai. Walaupun panas buta, demi photoshot dan pencarian gadis pantai aktiviti diteruskan. Namanya pun pergi bercuti, takkan nak duduk terperap dalam bilik. Baik korang tak payah datang kan? Jangan lupa bawa air mineral sebab memang panas. Lokasi pertama diterjah ialah pantai berdekatan Shari-La Resort di persisir Coral Bay.





Pantai kat sini agak cetek dan berbatu-batu. Kena hati-hati, sebab ada sisa coral mati yang boleh lukakan kaki. Kawasan ni tak berapa sesuai nak mandi-manda dan kurang cantik sebenarnya. Tapi hasil fotografi kat sini menarik juga. Kak Bell eching-eching jadi ikan duyung kejap. Suka sangat hasil gambar kat sini. Hevatt arahan bergambar dari jurugambar Joshi ni. Hehe.


Lepas habis sesi kat sini, terus kitaorang ke Pantai Pasir Panjang atau Long Beach. Pantai disini lebih menarik,luas dan pasirnya putih. Jika ke Perhentian Kecil memang tempat nilah yang popular dikunjungi kebanyakkan pelancong. Selain pelancong luar negara yang suka berjemur, malamnya ada persembahan api dan gerai makan pun dibuka sampai ke tengah malam. 




Masa trip haritu, pengunjung tak berapa ramai disebabkan kebanyakan resort baru sahaja mula beroperasi. Kedai makan pun tak banyak yang buka dan suasana malamnya menjadi hambar. Keadaan pantai pun agak kotor dengan sampah sarap, rasa malu je kat pendatang asing ke sini. Tapi Kak Bell positif ajelah sebab mungkin pantai baru dibuka. Tak ada crowd pun masa pertunjukan api. Inipun masa tengah dorang berlatih je. Tiberr.



Bulan penuh di Long Beach

Walaupun kepenatan, 4 orang dari kami terus berjalan petang hari pertama tu ke Windmill Hill. Sebahagian dari kami balik berehat. Dari atas puncak bukit ni korang boleh lihat permandangan menarik Blue Lagoon. Actually ada 2 cara nak kesini, sama ada dengan mendaki bukit atau naik bot. Kitaorang pilih untuk mendaki sebab dari takut tak ada bot nak hantar balik ke Long Beach.




Masa pendakian adalah lebih kurang 40 minit - 1 jam. Untuk mendaki bukit ni, Kak Bell sarankan pakai kasut dan pakaian bersesuaian, bawa air, tuala lap muka. Seriously, memang penat mendaki lagi-lagi cuacanya panas. Walaupun memenatkan, masih tetap ramai pengunjung yang datang ke sini. Tahap kesukaran mendaki tu 'moderate' sahaja. Gadis-gadis pun mampu panjat Bukit Kincir ni kan.



Permandangan di Blue Lagoon memang cantik. Seronok je muka dihempas bayu, sampai rambut pun jadi kusut masai sebab angin kuat. Kalau korang nak boleh je pergi sampai ke jeti bawah tu. Tapi tak kuasalah Kak Bell sebab laluannya banyak yang rosak. So, untuk sesi photoshot seterusnya, Kak Bell bergambar kat hujung jambatan ni. Masa bergambar ni, tangan dan kaki menggeletar ye. Memang scary sangat!



Mananya tak menggeletar bila melihat keadaan laluan tangga kat sini yang dah banyak rosak, menakutkan sebab boleh mendatangkan bahaya. Nak melangkah tu make sure la laluan tu ok. Korang tengok gambar kat atas tu ha, sampai 5 anak tangga tak ada. Takkan lah nak melompat masa panjat tangga tu. Mungkin kerajaan tempatan dah boleh ambil inisiatif untuk betulkan mana-mana fasiliti yang dah rosak di kawasan ni. Kawasan perlancongan kot! 


Bagi aktiviti lain yang boleh korang buat kat sini selain hiking, boleh cuba kayaking atau main banana boat. Habis dah untuk hari pertama. Malam tu sekali lagi kami ke Long Beach untuk makan malam. Di sebabkan tiada apa yang menarik, balik bilik tidur. Kemudian stress sebab lampu asyik terpadam dengan keadaan liputan telekomunikasi yang hampeh. Sambil ditemani bunyi-bunyi serangga malam tidurlah kitaorang untuk aktiviti seterusnya > Pulau Perhentian Kecil Trip - Day 2

CONVERSATION

2 comments:

  1. Kenapa tiba2 kali ni guna nama kite as Ms Faye? bukan ke ms bell always guna Cik Ija? 😂 yes..kepada semua tatapan pembaca, 1st day trip was spoilled with "10-minutes-keep-blackout". Makan pun dalam kegelapan. Panas! Huhuhuhu. Takpe laa hopefully Shari-la can do better for next service kepada pelancong marhain macam kite nih!!!!

    ReplyDelete

Back
to top