Sotong Goreng Bersama Dengan Telur

Hi Korang! Minggu ini Kak Bell datang rajin memasak. Masak menu simple-simple aja dan yang penting makan tanpa dengan nasi. Tak tahulah kenapa tak semangat pula nak makan nasi malam-malam ni. Btw, bagus jugalah, boleh terus diet dan jaga pemakanan sebab biasanya Kak Bell memang kaki lantak walaupun dah tengah malam. Tak tahulah sampai bila tak makan nasi waktu malam. Haruslah lepas ni Kak Bell kurus macam lidi. Hehe.


Disebabkan dah lama tak memasak, jadi barang-barang kat dapur memang tak adalah. Balik kerja semalam singgah di kedai Acheh beli barang. Asalnya menu ini nak digandingkan dengan udang, malangnya udang habis. Yang ada cuma sotong. Nak beli kerang pun upon ordering sebab kerang mahal katanya. Disebabkan kebanyakkan peruncit masih bercuti bersempena dengan Tahun Baru Cina, jadi cuma kedai Acheh ni sahaja yang buka. Memang habis licin lah semua barang kan!


Menu ni sangatlah mudah sebab gunakan telur ayam dan digandingkan dengan seafood. Udang tak ada, cumi pun jadik. Next time, Kak Bell nak gunakan udang pula. Disebabkan pakai sotong, jadi masakan ni macam basah sedikit sebab air dari sotong keluar masa memasak. Let's tengok bahan-bahannya.

Bahan A
4 ekor sotong
2 biji telur ayam
2 sudu minyak masak
Sedikit minyak bijan
Serbuk lada sulah
Garam secukupnya
Maggi cukup rasa

Bahan B (bahan hiris/cincang)
1 ulas bawang
3 ulas bawang putih
1 cm halia muda
1 bahagian lada benggala


Cara memasak:
1) Bersihkan sotong, toskan. Gaulkan dengan garam, ladu sulah, sedikit minyak bijan dan perapkan 10 minit.
2) Pecahkan telur ayam, tambah garam dan lada sulah. Pukul rata.
3) Panaskan sedikit minyak, tumis semua bahan B sampai wangi.
4) Masukkan sotong, kacau sampai nampak sotong dah kecut.
5) Kemudian masukkan telur, kacau rata.
6) Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
7) Kecilkan api, taburkan daun bawang dan sedia di hidang.

Ok. Dalam gambar tu Kak Bell memang gunakan daun sup sebab daun bawang pun tak ada. Kita memang main bedal je apa yang ada. Untuk bahan hiris tadi, Kak Bell guna manual shredder. Halia tu Kak Bell pakai sikit sebab tak suka rasa halia. Kak Bell yakin bila pakai udang mesti lagi sedap rasanya. Cubalah korang try masak, ok ke tidak rasanya nanti.


CONVERSATION

2 comments:

Back
to top