Kemeriahan Magis Whimsical Christmas 2018 Di Alamanda Shopping Centre

Kemeriahan sambutan Krismas semakin terasa. Tinggal beberapa hari sahaja lagi penganut agama Kristian akan menyambut perayaan Hari Krismas atau Hari Natal. Setiap kali musim perayaan sudah tentunya para pengunjung akan berkunjung ke pusat membeli belah untuk membeli barang persediaan kelengkapan perayaan. Sementara itu, pusat membeli belah seluruh negara juga telah mula menampilkan hiasan dan dekorasi menarik sempena meraikan perayaan ini, sekaligus membayangkan kemeriahan sambutan yang turut dirasai masyarakat pelbagai kaum yang lain.


Tema Whimsical Chrismas
Bagi peminat dunia magikal, anda patut berkunjung ke Alamanda Shopping Centre untuk menghayati keindahan dekorasi berkonsepkan ‘Whimsical Christmas‘ yang menakjubkan. Tema Whimsical Chrismas tahun ini turut menampilkan figura patung tentera Nutcracker yang popular dalam kisah keajaiban Krismas. Kalau anda nak tahu, tentera Nutcracker ini mewakili kuasa dan kekuatan sebagai pelindung daripada roh jahat dan bahaya serta sebagai lambang 'good luck' dan 'goodwill'. Pasti tema Whimsical Chrismas ini membawa kembali kenangan sambutan Krismas semasa zaman kanak-kanak anda.


The Nutcrackers Carousel




Krismas deco Alamanda

Kempen perayaan Krismas ini telah bermula dari 1 Disember hingga 2 Januari 2019 buat pengunjung pusat membeli belah Alamanda Shopping Centre. Terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk anda dan ahli keluarga bergambar dan berswafoto. Terasa macam di dalam filem The Nutcracker and the Four Realms pula! Berkesempatan berkunjung ke Alamanda, Kak Bell sendiri turut terasa seperti berada dalam dunia magik! Jom ikuti tempat-tempat menarik dunia magikal Whimsical Christmas di Alamanda.


Sedang menunggu tren hijau


Keep calm and jingle on!

Persembahan Menarik Whimsical Chrismas Alamanda
Bersempena menjelangnya musim perayaan Krismas, kemeriahannya turut disusuli dengan program-program dan aktiviti menarik yang dianjurkan oleh Alamanda Shopping Centre.


Bermula 8 Disember 2018, sebanyak 5 persembahan akan diadakan pada setiap hujung minggu antaranya Christmas Caroling, Persembahan Akustik, Tarian Krismas, Santa & Santarina Walkabout dan juga Santa & Santarina Meet & Greet. Setiap persembahan ini akan ditukar pada setiap minggu pada masa yang tertentu juga. Jika tidak mahu terlepas menyaksikan persembahan ini nanti, anda boleh rujuk jadual persembahan Whimsical Chrismas Alamanda di SINI.


Aktiviti Hujung Minggu Ahli Kelab VIKIDS
Bagi ibu bapa yang berkunjung ke sini juga bolehlah membawa anak dan kanak-kanak untuk mengikuti beberapa aktiviti menyeronokkan buat mereka. Kanak-kanak dengan keahlian Kelab VIKIDS boleh mengikuti aktiviti Sand Art Workshop, DIY Snow Globe Workshop dan Aktiviti Mewarna Krismas anjuran Rotiboy. Bolehlah mereka mengasah dan menunjukkan bakat kreativiti melalui aktiviti yang disediakan. Walaubagaimanapun, semua aktiviti ini adalah terhad untuk 30 ahli Kelab VIKIDS sahaja pada setiap sesi. VIKIDS ini merupakan kelab keahlian kanak-kanak di pusat membeli-belah Alamanda. Bagaimana hendak menjadi ahli VIKIDS? Mudah sahaja. Dengan berbelanja dengan nilai minimum RM50 dalam satu resit di bahagian kanak-kanak atau maternity store, kanak-kanak sudah boleh mendaftar untuk mendapatkan keahlian VIKIDS (klik untuk maklumat lanjut).

Kanak-kanak VIKIDS sedang menunjukkan kreativiti di Sand Art Workshop


Untuk jadual aktiviti VIKIDS anda boleh rujuk di SINI dan baca juga Terma dan syarat.


Kempen ‘Speak Up-There’s an Elephant in the Room’
Sambil membeli belah di Alamanda Shopping Centre, pegunjung boleh turut serta bersama dengan kempen amal Speak Up-There’s an Elephant in the Room’ yang dianjurkan oleh pihak Hospis Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program penjagaan paliatif. Kempen 'Speak Up' ini adalah bertujuan memberi inspirasi dan bantuan khidmat nasihat kepada pesakit (life-limiting illness) dan ahli keluarga pesakit untuk berkongsi pengalaman dan paling penting berkongsi penderitaan bagi meringankan beban dan meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit dan ahli keluarga mereka yang menghadapinya.


Melalui program ni, anda boleh menyumbangkan RM10 atau lebih untuk memberi keceriaan dan keselesaan buat pesakit paliatif ini dan boleh berseronok dalam aktiviti CSR Hospis Face & Body Painting yang akan diadakan pada setiap hujung minggu di Alamanda Shopping Centre! Aktiviti CSR ini telah bermula pada 8 & 9 Disember pada jam 11AM-9PM dan minggu berikutnya pada 15, 16, 22, 23 & 25 Disember 2018. Maklumat lanjut boleh didapati di > CSR Hospis Face & Body Painting.

Kaunter Hospis Face & Body Painting

Lukisan Cik Violet Hospis Malaysia. Anda boleh pilih Cik Gajah kesukaan masing-masing

Membeli Belah Dan Tebus Ganjaran
Sepanjang kempen Whimsical Chrismast Alamanda yang berlangsung dari 1 Disember hingga 2 Januari 2019 ini, pengunjung yang membeli-belah disini boleh menebus pelbagai hadiah misteri! Pelanggan yang berbelanja minimun RM650 dalam 2 resit maksimum di mana-mana kedai terpilih, layak untuk mendapatkan baucar beli-belah atau cenderahati premium Alamanda Shopping Centre. Anda boleh menebus baucar beli-belah sehingga RM20 dari Parkson atau Cold Storage dan merebut koleksi cenderahati premium dari pusat membeli-belah Alamanda di vending machine gift. Kesemua tawaran tebus ganjaran ini adalah bergantung kepada stok. Rujuk SINI untuk Alamanda Festive Rewards.

Vending machine untuk hadiah misteri

Jom berkunjung ke Alamanda Shopping Centre untuk menikmati keindahan Whimsical Chrismast tahun ini sambil merebut ganjaran membeli-belah menarik! Kesemua dekorasi Krismas di Alamanda akan dipamerkan sehingga 2 Januari 2019. Anda boleh ikuti laman media sosial Alamanda Shopping Centre untuk promosi terkini yang sedang berlangsung. Wish You a Merry Christmas!




CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top