Cre Arts Asia 2018 Menutup Tirai Di KL PAC Dengan Aksi Memukau

Sarkas moden terbesar di Asia Tenggara, Cre Arts Asia telah melabuhkan tirai persembahan mereka di Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) baru-baru ini. Tahun ini merupakan pertunjukan tahun ke-2 Cre Arts Asia di KL PAC yang kembali beraksi atas permintaan ramai peminat. Apa yang menarik, Cre Arts Asia ini merupakan kumpulan sarkas kontemporari moden yang sepenuhnya lahir dari Malaysia dan kesemua pemain dalam pertunjukan ini adalah merupakan anak tempatan Malaysia.


Cre Arts Asia terdiri dari kerjasama dari studio seni persembahan, Viva Circus dan Psycusix sebuah kumpulan seni persembahan sarkas moden dan kontemporari terkenal Malaysia. Cre dihasilkan secara bersama oleh Chris Lo (Pengarah Produksi & Persembahan) dan Yiki Chin (Pengarah Pentas), selain dibantu oleh Nana Liew (Pengarah Kreatif), Afique Khaikal dan Samantha Yee (Choreographer Art Flow). Persembahan selama 3 hari tersebut bermula dari 30 November dan berakhir pada 2 Disember 2018.


Tahun lalu, Kak Bell berkesempatan menghadiri pertunjukan sulung mereka dan turut tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan mereka buat kali kedua. Untuk tahun ini, naratif penceritaannya masih bersandarkan kepada 4 elemen persembahan iaitu elemen udara, air, tanah dan api dengan pelbagai teknik persembahan yang baru dan berbeza dengan tahun sebelumnya. Slot persembahan selama 2 jam tersebut menyaksikan pertunjukan yang terdiri dari spellbinding circus acts, akrobatik udara, tarian artistik, tarian tiang dan pertunjukan api (pyrotechnic). Acara pada tahun ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat YB Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan tetamu VIP yang lain.


Setelah ucapan pembukaan dan penyampaian cenderahati penghargaan kepada pihak penaja, penonton dibawa merentasi masa ke 173 tahun cahaya dahulu untuk menyaksikan mitos Polinesia di Planet V. Berikut diantara gambar sekitar pertunjukan Cre Arts Asia.


Persembahan oleh Aerial Rainbow

Pertunjukan oleh kumpulan akrobatik

Paling mendebarkan bila menyaksikan aksi persembahan terapung oleh aerialist dan terpesona dengan kecekapan dan kepantasan artis juggling melambungkan bola Diablo. Sepanjang persembahan terasa excited dengan persembahan mereka yang padat, koreografi menarik dan penuh aksi sehinggakan terlepas untuk menepuk tangan kerana kagum. Cre Arts Asia telah menampilkan sebuah persembahan yang berbeza dari tahun lepas.



Sempat merakam beberapa sedutan persembahan Crè Arts Asia di KL PAC. Terdapat 1 slot yang menampilkan seorang kanak-kanak cilik berumur 4 tahun dalam sesi kisah lanun. Untuk saksikan video persembahan yang lain bolehlah lawati you tube channel Kak Bell di http://www.youtube.com/c/BellaJamal



Bagi yang belum pernah menyaksikan pertunjukan sarkas kontemporari moden, seharusnya anda tidak melepaskan peluang untuk saksikan dan menikmati sendiri persembahan mereka di masa akan datang. Yang penting, persembahan Cre Arts Asia bebas daripada persembahan yang memanipulasikan haiwan dan tentunya kerana ianya lahir sepenuhnya dari Malaysia dan dipelopori oleh anak tempatan. Malaysia Boleh!



Sesi kredit pertunjukan kepada semua peserta

Bersama peserta pertunjukan Cre Art Asia dan rakan blogger dan media influencer Malaysia



Looking forward for next year performances by Cre Art Asia. XoXo


CONVERSATION

13 comments:

  1. such wonderful show, glad you sharing here. I never been there and dont know this place til you share here. Good sharing wanna share with my friends as school holidays now, they no idea where to go. KL PAC I also no go before, gonna tell my dear of this place too.

    ReplyDelete
  2. I saw all the nice nice pics of Cre Arts Asia sometime ago. the performance look so great right. I miss going this kind of art show because they are really entertaining. hope can watch it soon hehe

    ReplyDelete
  3. Lama sangat dah ni tak tengok sarkas. Masa kecik last tengok. Ingat kalau ada sarkas lagi nak bawa anak tengok. At least ada pengalaman la tgk sarkas.

    ReplyDelete
  4. Yerr nak pergi nak pergi kita suka tengok persembahan sarkas macam ni hehehe memang suka tengok mereka buat perkara yang kita tak pernah fikir dan sangat mengujakan bestnya nak pergi...

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dpt tgk sarkas moden mcm ni..biasa kita tgk kt tv..ni dpt tgk live..dpt rasa teruja dgn aksi2 yg dilakukan..tq for sharing

    ReplyDelete
  6. Hebatnyaaa! Lama tak pergi show macam ni. Last masa umur 2tahun. Ala2 sahaja . Tak sehebat show ini. Seronoknya kalau dapat tengok depan². Cx sangat suka aksi² live macam ni. Teruja tu lain macam . Kagum habis. Inikan lagi orang kita. Memang Malaysia boleh sangat! Terbaik!

    ReplyDelete
  7. Best gila tengok gamba pun dah bestz first time tengok persembahan ala circus ni dalam teater hall :) next year nak g tengok gak if ada! Thank u for sharing bebeh

    ReplyDelete
  8. Wah sarkas ni dia buat dlm dewan ya. Nampak menarik giler. Saya mmg suka sarkas, sbbbyk elemen suspen2 gituhh

    ReplyDelete
  9. Bagusnya.. sebab selalunya dah namanya show macam circus ni banyak dari negara luar dan ahlinya pun dari luar.. sekarang dah ada circus dan ahlinya rakyat malaysia..teruja sangat.. mmg kena pergi tgk jika berpeluang

    ReplyDelete
  10. Memang happening lah Selalu sarkas mesti persembahan dari orang luar. Sekarang orang Malaysia sendiri buat persembahan memang menarik. Saya tak pernah lagi pergi sarkas. Bila tengok gambar pun rasa teruja dan seronok

    ReplyDelete
  11. I was suppose to be at this event but I just couldn’t make it on time! But I am glad you enjoyed being there and witnessing one of the greatest acts ( in my opinion ). I really hope to witness this sometime in future :)

    ReplyDelete
  12. seems like an amazing show, like the movie the greatest showman. hahahah

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    ReplyDelete
  13. Beruntungnya Kak Bell dapat join event-event classy sebegini. Mesti best pengalaman menyaksikan persembahan diorang kan. Ala-ala The Greatest Showman tak?

    ReplyDelete

Back
to top