Xiaomi Mi A2 Merakam Gambar Dengan Lebih Terperinci

Xiaomi MiA2, ramai yang memperkatakan tentang peranti ini berikutan kejayaan abang sulungnya Xiaomi MiA1 yang membolehkan pengguna mendapat pengalaman menggunakan Android One. Android One, jenis OS yang mulanya hanya terdapat pada peranti Pixel dan Xiaomi MiA2 ialah kesinambungan dari kejayaan peranti tersebut. Adakah Xiaomi MiA2 lebih bagus dari peranti Xiaomi MiA1 sebelum ini? Mari kita lihat.


Peranti ini menggunakan binaan berasaskan logam, nampak premium bila dilihat dan disentuh. Walaubagaimanapun dengan rekaanya yang sleek, anda perlu berhati-hati kerana kemungkinan tergelincir dari tangan. Kami sarankan anda menggunakan case pada peranti ini. Untuk bahagian sisi, terdapat butang suara dan juga butang kuasa pada sebelah sisi kanan, dan slot dwi-sim di sebelah kiri. Tetapi ia tidak didatangkan dengan slot MicroSD. Yang tidak menariknya, pada bahagian sisi bawah tiada sambungan earphone jack 3.5MM dan pada pendapat saya tidak perlu untuk membuang ciri tersebut pada peranti, terutama pada peranti pertengahan seperti Xiaomi MiA2. Pada bahagian sisi atas pula ada fungsi IR blaster dimana anda boleh menggunakan peranti anda sebagai alat kawalan jauh.


Pada bahagian hadapan peranti ini tidak didatangkan dengan takuk atau notch. Bagi saya ianya merupakan salah satu perkara positif pada Mi A2 kerana tidak ramai pengguna yang suka akan notch tersebut. Ia juga didatangkan dengan saiz skrin IPS LCD dengan resolusi Full HD+ sebesar 5.99 inci pada nisbah 18:9, dimana ia hadir dengan skrin memanjang. Sepanjang penggunaan, ia terasa agak selesa dan bagi yang biasa menggunakan skrin kecil seperti Iphone 5,5s dan sebagainya mungkin akan terasa kekok pada awalnya. Paparan ini juga menggunakan Corning Gorilla 5, jadi ia boleh digunakan dalam keadaan lasak.

Sistem
Xiaomi Mi A2 dijana dengan Android 8.1 Oreo berasaskan Android One, dengan penampilan antaramuka Android asli. Selain itu, peranti Android One juga akan menerima manfaat seperti kemaskini sekuriti yang lebih pantas, seumpama yang ditawarkan pada peranti Google Pixel.



Kamera
Dari segi kameranya pula, Xiaomi Mi A2 membawa perubahan sensor berbanding MiA1, melalui padanan sensor utama 12MP f/1.75 bersama sensor kedua 20MP f/1.75 untuk membantu penggambaran pada waktu malam dan penghasilan bokeh. Ia tidak didatangkan dengan sistem penstabilan optikal (OIS), namun masih menawarkan sistem penstabilan elektronik berasaskan gyro (gyro-EIS) untuk mengurangkan kesan gegaran. Ia juga dilengkapi dengan LED flash bersama pencahayaan dwi-tona warna dalam memberi hasilan yang lebih neutral ketika ia digunakan.

Photo Mode

Kanan : Aperture F1.8/ Focal Length 4.07mm/No Flash/ ISO1600
Kiri : Aperture F1.8/ Focal Length 4.07mm/No Flash/ ISO1250

Untuk kualitinya, ia menawarkan peningkatan yang besar berbanding Mi A1, terutama dinilai dari segi penggambaran low-light. Imej yang dirakam lebih kemas untuk kebanyakan situasi, exposure cahaya yang lebih seimbang, disamping memberi perwarnaan dan hasilan yang lebih terang berbanding Xiaomi MiA1.

Kamera belakang

Kamera belakang

Square Mode



Panorama Mode



Jika dibandingkan kamera hadapan pada Xiaomi MiA1 yang boleh dikatakan kurang memuaskan melalui penggunaan sensor 5MP, kamera hadapan Xiaomi MiA2 ini telah dinaiktaraf sensor 20MP f/1.75, yang dilihat membawa perubahan yang besar dari segi hasilan selfie. Kualiti selfie kini kelihatan lebih tajam, lebih baik berbanding Mi A1. Ia juga disertakan dengan fungsi Portrait Mode, dengan memberi kemasan blur yang hampir sempurna melalui penggunaan artificial intelligent (AI). Dari pengujian, kamera belakang MiA2 memang dapat menangkap objek dengan lebih detail dan gambar lebih jelas dalam keadaan low light.

Potrait Mode
Apa yang saya cukup suka, hasilan dari fungsi Portrait Modenya juga kini telah menerima penambahbaikan, yang mana kesan blurnya kini kelihatan lebih kemas apabila dilihat pada bahagian sisi subjek.


Peranti ini didatangkan dengan dua variasi RAM 4GB/64GB ROM dan juga RAM 6GB/128GB ROM. Perbezaan harga tidak ketara hanya berbeza RM200. Untuk variasi 4GB/64GB anda boleh dapatkannya dengan harga RM999 dan variasi RAM 6GB/128GB dijual pada harga RM1199. 

Bagi saya harga tersebut sudah berbaloi dengan spesikasi yang terdapat pada peranti ini yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 660, yang boleh dikatakan cukup berkuasa untuk peranti pertengahan. Kami telah mencuba cip pemprosesan ini dengan bermain permainan PUBG dengan tetapan grafik HD dan Frame Rate high. Didalam permainan ia terasa lancar dan responsif, dan kami rasa ia berbaloi dengan harga peranti.


Penulis- NorSyazril, Bella Jamal
Video-Hafiz Mustaqim, Pida

CONVERSATION

1 comments:

  1. nampak menarik. sesuai dengan harga yang ditawarkan. in shaa Allah jika ada duit yang cukup.. pasti akan dibeli :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete

Back
to top