Pakej Perkahwinan Eksklusif Enak Rasa & Hype Motorsports Hotel - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pakej Perkahwinan Eksklusif Enak Rasa & Hype Motorsports Hotel

Trending

Pakej Perkahwinan Eksklusif Enak Rasa & Hype Motorsports Hotel

Puan dibawa ke Gunung Ledang, Dibawa dengan penuh beradab,
Pinggan mangkuk telah terhidang, Kini masa makan beradab.
Semerbak bau bunga seroja, Dibelai oleh dara pingitan,
Lauk pauk penuh semeja, Jemput semua menikmati hidangan

Minggu lepas Kak Bell berkesempatan menghadiri majlis pelancaran pakej perkahwinan eksklusif hasil kolaborasi dari Enak Rasa Katering dan Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur. Melangsungkan perkahwinan di bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur memang perlukan dana yang besar. Bermula daripada sewa dewan, bayaran katering, pelamin, busana, solekan sehingga kepada hantaran dan cenderahati semua perlu diambil kira. Jika ditolak tambah paling kurang pun boleh mencecah sekitar RM40,000 dan kadangkala boleh meningkat sehingga di luar kemampuan. Tambahan lagi jika ingin melangsungkan perkahwinan dalam suasana eksklusif. Berikutan terdapat banyak pilihan pakej kahwin yang ditawarkan syarikat perancang perkahwinan kini, pihak Enak Rasa dan Hotel Hype Motorsports melancarkan sebuah pakej eksklusif marhain dengan tawaran harga yang menarik dan berpatutan.


Hype Motorsports Hotel KL merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang dahulunya dikenali sebagai Nouvelle Hotel. Mempunyai 3 buah dewan serba cantik dan mewah, selain lokasinya yang strategik membuatkan hotel ini sangat sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan dan majlis-majlis korporat mahupun majlis tertutup. Dewan yang dilengkapi dengan sistem audio visual dan sistem projektor ini mampu memuatkan hampir 500 tetamu, selain parkir kenderaan yang juga mampu menampung sehingga 500 kenderaan pada satu-satu masa. Sehubungan itu, pihak Hype Motorsports Hotel berkerjasama dengan Enak Rasa untuk penyediaan katering.




Pakej perkahwinan istimewa ini bernilai RM29000 sahaja dengan harga serendah RM25 seorang untuk katering. Pakej yang berkonsepkan eksklusif marhain ini merupakan pakej elegen, tetapi disediakan buat mereka yang menginginkan majlis di hotel dengan harga yang sangat minimum. Pakej all in one ini merangkumi lokasi perkahwinan yang serba lengkap, katering, perkhidmatan butik pengantin dan fotografi. Bersempena dengan perasmian ini, 5 pelanggan terawal boleh menikmati diskaun sebanyak RM4000. Lebih menarik lagi, setiap pelanggan yang menempah dalam tempoh promosi ini layak menyertai cabutan bertuah pakej bulan madu di lokasi-lokasi percutian di dalam dan luar negara.


Jika berkunjung ke majlis perkahwinan, perkara paling utama yang dititik beratkan pastinya menu makanan. Selain majlis yang gemilang, kesedapan masakan di majlis kahwin pasti akan menjadi buah mulut para pengunjung. Ketika majlis pratonton tersebut, Kak Bell berpelunag merasai sendiri menu masakan yang disediakan oleh pihak katering Enak Rasa. Antara menu yang diisediakan seperti ayam masak merah serai, daging dendeng, acar buah, dalca sayur, sambal udang, dan pelbagai lagi. Enak Rasa juga memeperkenalkan menu istimewa khas ketika majlis pelancaran iaitu Basmathi Beriyani dan Nasi Liwet. Enak Rasa mengenengahkan menu masakan Sunda ini sebagai kelainan buat pelanggan dan disediakan oleh Rumah Makan Cibiuk. Berbekalkan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang penyediaan makanan, Enak Rasa menjanjikan kualiti yang terbaik buat para pelanggan.


Kesemua menu yang disediakan memang memenuhi citarasa Kak Bell. Kesemua menu dibawah diantara menu pilihan termasuklah menu Ayam Masak Merah.

Fish Fillet Sweet Sour


Acar Buah


Daging Dendeng Berempah


Nasi Liwet


Bumbu Cibiuk


Ayam Goreng Berempah Serai


Kambing Masak Kuzi


Selain pakej di Hype Motorsport Hotel KL, Enak Rasa turut menyediakan pelbagai pilihan dewan yang lain untuk lokasi majlis. Antaranya ialah Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya, Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2, Dewan Perkahwinan Grand Ballroom Flamingo Ampang, Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa, Colosseum Glenmarie, Dewan Perkahwinan Banquet UIAM Gombak, Rumah Tradisional Frim, Cassa Detik Ampang, Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi, Emerald Ballroom Selayang, Dewan Azalea Seksyen 14 Shah Alam, Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam dan Dewan MZ Bangi. Enak Rasa turut mempunyai hubungan baik dengan dewan yang boleh ditempah sendiri oleh para pelanggan seperti dewan-dewan komuniti DBKL, dewan UKM, dewan di bawah Perbadanan Putrajaya, Wisma Sejarah KL, dan pelbagai lagi dewan sekitar Lembah Klang.


Selain dari pakej ini, pihak Enak Rasa dan Rumah Makan Cibiuk turut menawarkan Pakej Hi Tea dan Pakej Menu Kahwin yang lain. Pakej Hi Tea Cibiuk Wangsa Maju (with venue) adalah seperti berikut:
  • Menu 1 RM20 perhead/100pax dengan 9 menu termasuk minuman.
  • Menu 2 RM25 perhead/100pax dengan 12 menu termasuk minuman.

Untuk Menu Wedding By Enak Rasa dan Cibiuk juga menawarkan harga serendah RM19 untuk 100 pax. Menu utama yang disediakan Enak Rasa adalah seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca, Acar Buah, Papadom. Manakala menu Cibiuk Cuisine pula ialah Nasi Liwet, Ayam Bakar, Sambal & Ulaman dan Bergedil Jagung. Pakej ini juga turut termasuk Tea Corner dan Set Makan Beradap dengan menu Ayam Kg Golek, Siakap 2 Rasa, Udang Panjat Nenas, Sotong Bunga dan Buah-buahan.


Berikut pula merupakan pakej lain selain Pakej Ekslusif Marhain yang dilancarkan tadi.
  • Pakej Lavender Katering Hebat -RM14.50 1000pax
  • Pakej Azalea Pelamin Dan Katering -RM21.90 1000pax
  • Pakej Flamingo Lengkap Dewan Mewah (termasuk dewan) -RM38 1000pax
  • Pakej Flamingo Lengkap Dewan Grand Ballroom (termasuk dewan)-RM58 1000pax
  • Pakej The Space Shah Alam Grand Ballroom -RM34 1000pax
  • Pakej Crystall Ballroom Mines 2 (termasuk dewan) -RM24 1000pax


Dengan wujudnya pakej sebegini, diharapkan lebih ramai bakal pengantin dapat merealisasikan impian mereka untuk mengadakan majlis walimatulurus di dewan yang serba elegan dan eksklusif. Promosi pakej menarik ini akan berakhir pada 31 Disember 2018. Bagi yang berminat, boleh hubungi nombor dibawah.

Cik Nurul Afni > 012-2374867
Tuan Haji Aidil > 016-2580734
Puan Hajjah Salmi > 010-2250734
Mohd Rusdi > 011-35579805

| Website | Facebook | Instagram |
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post