Lagu Baru Estranged Milik Ku Tidak Dijual Secara Digital

Kumpulan Estranged baru-baru ini telah mempertaruhkan single terbaru mereka berjudul Milik Ku pada 15 September 2018 lalu. Mereka telah memilih pendekatan yang agak berbeza apabila single terbaru mereka hanya dijual dalam bentuk cakera padat (CD).


Kumpulan Estranged juga telah sebulat suara membuat keputusan bahawa single ini tidak akan di muat turun dalam platform Spotify atau YouTube kerana Estranged percaya bahawa Spotify dan YouTube tidak memberi pulangan yang menusabah langsung kepada artis bebas yang telah berusaha untuk menghasilkan karya dan membuat rakaman.

Rich selaku vokalis kumpulan ini berkata, "Kami hanya percayakan hasil  melalui penjualan CD, malah melalui jualan fizikal ia akan memberi satu pengalaman yang bersifat  lebih peribadi. Ia berlainan kerana pembeli dapat memiliki sesuatu yang fizikal daripada digital. Malah ia merupakan sebuah memento daripada Estranged."


Din turut menegaskan bahawa keputusan ini dibuat kerana kumpulan ini merasakan melalui jaringan Spotify dan YouTube tidak dapat memberi sebarang pulangan yang lumayan.

" Kita banyak lagu tapi tiada duit atau pulangan yang setimpal dan perkara ini amat menyedihkan," ujar Din ralat.
Hasil dari keputusan yang diambil, CD mereka berjaya terjual sebanyak 300 unit sewaktu Pesta Harapan yang berlangsung 15 September 2018 lepas. Bagi peminat Estranged yang ingin mendapatkan single Milik Ku boleh membeli melalui laman Facebook Estranged dan melalui jualan CD.

https://www.facebook.com/estrangedband/
https://www.facebook.com/commerce/products/1902540013147937/
https://www.instagram.com/estrangedband/?hl=en 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top