Jom Ke SEEngapore Dengan Traveloka Promotion - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jom Ke SEEngapore Dengan Traveloka Promotion

Trending

Jom Ke SEEngapore Dengan Traveloka Promotion

Hi Korang! Dah lama betul Kak Bell tidak pergi melancong. Kira-kira hampir setahun tidak berlibur keluar negara sejak percutian dalam negeri ke Pulau Perhentian tempohari. Bulan lepas juga pun terlepas percutian ke Singapura. Termasuk yang bulan lepas, sudah kali kedua terlepas peluang nak berjalan cuci mata ke Singapura, nampak sangat tabung travel yang dah menyusut! Kesibukan bekerja dan kekurangan cuti pun jadi salah isu juga. Walaupun Singapura ni kecil tapi terdapat pelbagai tempat yang unik dan moden untuk dilawati. Teringin sangat hendak ke Merlion Park menyaksikan permandangan indah dan Patung Merlion. Tak pun ke Universal Studio Singapura (USS)! Katanya, traveler boleh melihat pemandangan cantik Singapore Flyer, Esplanade, Singapore ArtScience Museum, Marina Bay Sands dari Merlion Park. Semestinya, sangat indah terutamanya pada waktu malam. Dapat dating kat tepi tebing ni pun romantik jugak.



Umum ketahui, Singapura merupakan salah sebuah negara yang popular untuk dikunjungi. Dengan reka bentuk pencakar langitnya yang unik dan infrastruktur yang terancang dan moden menjadikan Singapura diantara salah satu destinasi perlancongan yang agak mahal dan mewah. Bagi mereka yang berduit, melancong ke Singapura mungkin tidak menjadi masalah. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang mempunyai budget yang lebih kecil untuk ke Singapura? Walau apapun, kalau dah ada hajat tu, pasti akan sampai juga kan. Dengan percutian bajet pun kita masih boleh berkunjung ke Singapura. Kak Bell sekarang pun sedang merancang trip ke negara jiran ni.

Ok, sebelum ini, Kak Bell pernah berkongsi tentang Penerbangan Ke Jakarta bersama Traveloka. Jika Kak Bell hendak buat tempahan hotel dan flight, memang akan gunakan Traveloka.

Bagi Kak Bell, Traveloka adalah pakar dalam perjalanan dan percutian. Traveloka dikenali sebagai salah satu platform pencarian tiket penerbangan dan hotel dengan mudah dan senang sebab harga akan dibandingkan dalam satu laman yang sama. Cakap sahaja hendak ke negara antarabangsa yang mana : Singapura, Hong Kong, Malaysia, Thailand, Vietnam, Filipina, Jepun, Indonesia mahupun Australia boleh ditempah melalui aplikasi dan laman web Traveloka. Selain itu juga, aplikasi mereka lengkap dan mudah digunakan. Bercakap tentang harga yang ditawarkan sudah tentunya lebih rendah dan menjimatkan. Harga yang disenaraikan pun sudah termasuk dengan harga tambang dan surcaj. Nak lagi jimat, tunggu sahaja waktu promosi dan waktu tawaran istimewa dari Traveloka. Memang berbaloi!



Bercerita tentang Singapura, sekarang ini Traveloka memperkenalkan kempen terbaru mereka iaitu Traveloka SEEngapore - For a roaring good time! Melalui promosi ini, Traveloka memberikan diskaun hebat RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore. Untuk promosi ini sah melalui tempahan samaada melalui laman web atau aplikasi Traveloka dengan menggunakan kupon GOSG.

Jangan disangka kecil tak menyeronokkan!

Buat masa sekarang, fasa pertama kempen SEEngapore telah pun berlangsung. Walaubagaimanapun promosi tersebut hanya sah untuk penggunaan APP Traveloka sahaja. Tetapi bermula 1 September 2018, promosi telah dibuka untuk semua paltform samaada melalui APP atau website. Jadi sekarang, anda sudah boleh membuat tempahan samada dengan menggunakan desktop atau smartphone untuk promosi SEEngapore ini. Selain itu, anda juga boleh menikmati tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% ketika berkunjung ke Singapore dan tiada kupon diperlukan. Cuma hanya perlu menyemak senarai hotel yang terlibat untuk pemberian 20% diskaun ini. Masih awal lagi dan bolehlah plan perjalanan di antara 1 September hingga 30 September 2018 ni.

Dibawah ni, bagaimana cara nak dapatkan dan gunakan Kupon penerbangan GOSG bagi traveloka promotion ke SEEngapore.

Bagaimana pula dengan syarat-syarat dan cara membuat tempahan? Boleh rujuk dibawah:
  • Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
  • Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
  • Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
  • Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (tertakluk kepada perubahan)
  • Tempoh Perjalanan: Bila-bila masa sahaja


Promosi Traveloka SEEngapore ini sah dan boleh digunakan untuk semua syarikat penerbangan dan tempoh perjalanan. Untuk pengetahuan, kupon penerbangan GOSG tadi, hanya sah untuk satu kali penggunaan dalam tempoh promosi dan tidak sah untuk digunakan dengan promosi/diskaun lain atau digabungkan dengan diskaun lain. Senang sahaja cara nak buat tempahan dengan Traveloka kan? Method pembayaran di Traveloka juga mudah dan promosi ini hanya sah untuk transaksi yang dilakukan dalam MYR. Anda boleh buat pembayaran melalui kad kredit, i-banking, PayPal dan juga melalui 7-Eleven! Yang penting jangan lupa gunakan kod kupon GOSG untuk Traveloka Promotion ke SEEngapore.

Traveloka sebagai “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan dan percutian pasti menjadikan urusan lebih mudah ke destinasi impian. Hendak bercuti dan berjalan ke Singapore? Jom tempah tiket sekarang dengan Promosi Traveloka yang terbaru Jom ke SEEngapore! Kak Bell pun nak booking tiket ke sana. Ada sesiapa nak ikut tak? Let's jangan lepaskan peluang dan tempah dengan Traveloka sekarang.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post