Ulasan Filem Skyscraper Dwayne Johnson (2018) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Ulasan Filem Skyscraper Dwayne Johnson (2018)

Trending

Ulasan Filem Skyscraper Dwayne Johnson (2018)

Hi Korang! Asalnya Kak Bell nak menonton filem The Meg, rupanya movie ni mula tayang pada 9hb. So deciding nak tonton sama ada Mission Impossible or Skycraper. Dengar komen ada yang cakap MI 5 (Mission: Impossible – Rogue Nation) tak best, ada yang cakap best gile! Akhirnya Kak Bell tonton movie Skyscraper + The First Purge sebab masa tayangan paling cepat. Sebelum cerita pasal movie Skyscraper, Kak Bell nak cakap filem ke-4 Purge, The First Purge paling tak best! Worse dari The Purge: Anarchy dengan The Purge: Election Year. So, Kak Bell bagi 5/10 bintang aje!

Ulasan Filem Skyscraper Dwayne Johnson (2018)

Skyscraper merupakan sebuah filem bergenre Aksi arahan Rawson Marshall Thurber dan diedarkan oleh Universal Pictures. Dalam masa terdekat ni aje dah ada beberapa filem menampilkan Dwayne Johnson "The Rock" dalam filem Rampage dan Jumanji: Welcome to the Jungle. Skyscraper menjadi filem terbaru dibintangi Dwayne Johnson yang turut menjadi produser filem ini (produksi filem Legendary Pictures, Flynn Picture Co. dan Seven Bucks Productions).

Ulasan Filem Skyscraper Dwayne Johnson (2018)

Mengambil setting lokasi di Hong Kong, Will Sawyer (Dwayne Johnson) merupakan seorang mantan agen FBI dan tentera Amerika yang tinggal di bangunan tertinggi di dunia “The Pearl” bersama isterinya, Sarah Sawyer (Neve Campbell) dan anak kembar dorang. Will telah hilang sebelah kaki dalam sebuah misi. Pada scene awal movie dan Sarah Sawyer merupakan doktor tentera yang merawat kaki dia. Disebabkan kecederaan teruk akibat bom, kaki Will terpaksa dipotong, kaki kena amputasi gitu! Will yang sekarang bekerja sebagai penganalisa keselamatan bangunan pencakar langit, telah ditugaskan dan diberi kontrak menilai sistem keselamatan The Pearl oleh kawan lama dia Pablo Schreiber. Tingginya mengalahkan Burj Khalifa di Dubai yer.

Ulasan Filem Skyscraper Dwayne Johnson (2018)

Ulasan Filem Skyscraper Dwayne Johnson (2018)

Pitam memikirkan bangunan yang sangat tinggi, besar sampai mampu memuatkan sebuah bandar di dalam bangunan. Will diberi sebuah tablet yang boleh akses kesemua sistem bangunan oleh pemilik The Pearl, Zhao Li (Chin Han). Perjalanan cerita yang pada mulanya berjalan lancar, berubah menjadi petaka bila pengganas Skandinavia memulakan misi sabotaj bangunan The Pearl dengan mula merampas tablet pada tangan Will.

Ulasan Filem Skyscraper Dwayne Johnson (2018)

Ulasan Filem Skyscraper Dwayne Johnson (2018)
Keadaan dalam 'Sphere'

Watak penjahat dimainkan oleh Kores Botha (Roland Moller) dan mereka memintas sistem keselamatan bangunan dan membakar lantai ke-96 yang merupakan titik tengah bangunan. Masa kebakaran, famili Will terperangkap dalam bangunan dan Will cuba untuk menyelamatkan keluarganya. Disebabkan tablet dah diberi pada Will, jadi dia dituduh sebagai penyebab kebakaran The Pearl dan diburu pihak polis Hong Kong. Pada mula kebakaran ianya masih dapat dibendung sebab sistem keselamatan dalam ni memang canggih. Btw, selepas pemintasan keselamatan, api mula merebak ke bahagian atas The Pearl.

Ulasan Filem Skyscraper Dwayne Johnson (2018)

Ok! Masa memula keluar poster filem ni, penuh kat timeline FB dengan kritik dan troll scene The Rock yang melompat dari sebuah crane ke bangunan yang terbakar tu. Seriously memang lawak sebab memasing sememangnya kreatif! Siap buat kiraan Fizik lagi! 


Ceritanya ok, efek pun ok. Jalan ceritanya cliche boleh dijangka siapa penjahat, apa berlaku lepas tu. Aksi The Rock sudah tentulah tidak mengewakan. Untuk karektor penjahat, hanya karakter Kores Botha je yang berjaya mencuri perhatian. Yang penjahat pompuan tu dah nampak jahat dah, siap anting-anting bagai tapi sekadar di pinggiran sahaja. Adalah beberapa scene dengan aksi yang over, tapi sekadar aksi ajelah. Tak ada la pulak aksi dia bertumbuk dengan Will. Watak Neve Campbell pun setakat meniti titi kayu masa kebakaran dan tendang muka pompuan bitch tadi. Kiranya memang dalam cerita ni, watak Will Sawyer sahaja yang dominan. Dah nama pun cerita, tapi memang aksi dalam cerita ni tak logik! Terjun masuk dalam turbin yang tengh berputar pantas, pakai duck tape jalan kat kaca bangunan. Kaedahnya angin kuat kot dah tinggi dari Burj Dubai, sah-sah ko dah jatuh kebawah. Tiberrr! I rasa tajuk filem ni sepatutnya Mission Immpossible. Hehe.

Ulasan Filem Skyscraper Dwayne Johnson (2018)

Lakonan The Rock dalam film aksi ni, tidak mengecewakan. Kalau tak de dia, memang rasa tak nak menonton langsung rasanya. Part joke pun adalah, but tak dengar pun orang dalam penggung gelak besar. Filem ini nampak mewah dengan bajet besar tapi rasa macam ada yang tak kena dengan movie ni.  Tak tahulah nak komen macam mana lagi. Bagi Kak Bell so-so sahaja. 
Kak bell bagi 6/10 bintang ⭐

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post