Resepi Bubur Kacang Hijau Durian Dengan Sagu

Bulan lepas jika melihat Facebook feeds, rata-rata update tentang durian. Ada yang setiap hari makan durian sampai dah tak makan nasi gayanya. Tahun ini diakui memang terdapat banyak lambakan buah durian bagi pasaran negara. Sampaikan RM10 boleh dapat 2, 3 biji. Dah kebetulan harga jatuh, orang ramai pun tak lepaskan peluang untuk menikmati durian yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah. Musang King yang sekilo RM80 pun boleh dapat pada harga RM33 sekilo! Btw, Kak Bell tak sempat pun nak pergi buffet durian sebab tak mampu nak makan banyak-banyak.


Dah katanya durian berlambak-lambak, so ramai jugalah yang post makanan yang dibuat dari durian. Salah satunya bubur/pengat durian. Waktu minum petang, memang sedap sangatlah makan sambil cicah roti atau biskut. Mesti suami korang sayang korang kan sebab rajin masak. Tiberr. So, ceritanya, Kak Bell buat Bubur Kacang Hijau Durian Dengan Sagu. Buat masak makan sendiri je uols. Suami kita nun jauh kat Hollywood shooting. Dah tak ingat nak balik Malaysia kot. Ok, nak memasaknya pun senang dan ikut suka korang nak buat macam mana pun. Yang penting, kacang hijau tu kena kembang or  lembut lah. Baru sedap bubur tu nanti. Jom tengok resepi.


Bahan-bahan:
Kacang hijau
Gula pasir secukupnya
1 keping gula melaka
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
5-6 ulas durian
Sagu
Garam

Cara membuatnya:
1) Rendam kacang hijau dalam 4 jam atau semalaman.
2) Masukkan air, rebus kacang hijau hingga kembang/empuk. Tapis dan ketepikan.
2) Masak gula melaka dan daun pandan dengan api perlahan, kacau (gunakan periuk lain)
3) Masukkan santan, isi durian dan kacang hijau yang dah direbus.
4) Masukkan sagu dan air gula melaka. Boleh tambah air jika terlalu pekat.
5) Tambahkan sedikit garam dan gula pasir secukupnya

TIPS!
  • Boleh rendam kacang hijau semalaman atau sampai nampak lembut/kembang.
  • Boleh juga masak tanpa gula melaka.
  • Sukatan bahan pepandai adjust sewaktu dengannya.
  • Yang penting, kacang kena kembang baru masuk bahan lain.

Nampak sedap kan? Teringin pulak nak cari durian esok. Resepi apa pula nak buat ya?

CONVERSATION

4 comments:

  1. suka srawa durian tapi x minat kacang ijo.. kalo mak buat kena buat 2 versions sbb dia suka kacang ijo tu hehe.. tapi tengok gmbr daaaaa menjejes ailio kite =D

    ReplyDelete
  2. suka juga bubur kacang..ltk dlm peti ais buat aiskrim sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Masa kecik slalu letak dalam peti ais.

      Delete

Back
to top