Passengers (2016)

“Do you trust me?”

Filem arahan Morten Tyldum (pengarah Norway) di tayang pada tahun 2016. Walaupun dah 2 tahun lamanya, Kak Bell baru tonton semula baru-baru ini. Pada mulanya, memang expectation bit low untuk movie ni dan tak jangkakan ianya filem yang hebat pun. Lepas tonton keseluruhan filem, ianya memang berbeza dari trailer yang ditayangkan. Anyway, lepas dari filem ni Kak Bell suka sangat dengan Chris Pratt! Boyfriend ilusi Kak Bell! Haha.


Passenger dibintangi oleh Jennifer Lawrence (Aurora Lane), Chris Pratt (Jim Preston), Michael Sheen (Arthur) dan Laurence Fishburne (Gus Mancuso) dan diedarkan oleh produksi Columbia Pictures. Dalam movie ni 4 watak ni ajelah yang utama. Yang lain semuanya pelakon tambahan sebab sekali je muncul.

Kisah berkisar tentang kapal angkasa Avalon yang sedang melakukan perjalanan menuju planet baru bernama Homestead II iaitu sebuah planet sebagai Bumi baru untuk manusia. Membawa seramai 5000 penumpang sedang berhibernasi dalam kapsul dan perjalanan memakan masa selama sekitar 120 tahun. Kiranya, orang-orang berduit ajelah yang beli tiket nak ke mulakan kehidupan baru di planet baru. Setelah 30 tahun perjalanan, kapal Avalon mengalami gangguan akibat pelanggaran dengan asteroid di ruang angkasa lepas dan menyebabkan kerosakan. Kesan pelanggaran mengakibatkan kapsul hibernasi Jim Preston rosak sehingga menyebabkan Jim terbangun lebih awal dari jadual yang telah ditetapkan. Sepatutnya semua penumpang akan bangun 4 bulan sebelum kapal Avalon sampai.


Menyedari yang perjalanan masih berbaki 90 tahun, Jim cuba untuk tidur semula dalam kapsul tapi gagal. Jadi terpaksalah dia menghabiskan masa bersendirian dengan bertemani robot/android bartender bernama Arthur (lakonan Michael Sheen). Siapa menonton filem Twillight mesti perasan watak dia sebagai Aro! 

Dalam masa setahun keseorangan, macam-macam bendalah yang dibuat oleh Jim. Bercakap dengan mesin, sampai tak terurus berjambang bagai. Bila dah setahun seorang diri, Jim ambil keputusan kejutkan Aurora Lane (Jennifer Lawrence) sebagai teman. Aurora membawa watak sebagai seorang journalist.


Ok, bila Chris Pratt berlakon sebagai aktor utama, Kak Bell jangkakan mesti terdapat unsur komedi macam filem-filem lakonan dia sebelum ni. Btw, watak yang dibawa agak berbeza dari biasa. Wataknya lebih serius, lebih emosi dalam lakonan dia. Jim yang bukan penumpang kelas pertama, cuma dapat akses terhad untuk makanan atas kapal. Cuma boleh order kopi dengan roti biasa je berbanding Aurora. Masa ni Chris Prat berjaya tonjolkan emosi frust dan marah dengan keaadaan, berjaya membawa karektor Jim Preston.

Filem ini memang cantik dengan garapan efek Sci-Fi yang baik tapi ianya bukan macam filem angkasa lepas dengan alien. Passengers lebih kepada drama romantik, thriller dan juga komedi segar. Diantara scene menarik, semasa kapal Avalon kehilangan graviti dan Aurora terperangkap dalam gelumbung air semasa sedang berenang.


Plot dalam filem ni memang simple dan penonton tidak perlu menduga apa yang akan terjadi berikutnya. Lakonan Chris Pratt dan Jennifeer Lawrence memang nampak sangat serasi dan berjaya membuatkan emosi terganggu. Penonton dapat rasa suasana gembira, sedih dan romantik hasil lakonan mereka dan bagi Kak Bell sangat berjaya. Kesian masa Chris Prat kena bantai, sepak terajang dengan Aurora sebab terlalu marah dan frust bila dapat tahu yang Jim sengaja bangunkan dia, bukan disebabkan kerosakan kapsul.


Untuk part romantik pun memang boleh buat penonton pun turut berangan sama! Adegan dan babak romantis dalam filem ni, menguatkan rasa chemistry karakter mereka buat penonton. Ada beberapa babak yang dipotong sebab 18sx. Nampaklah Chris Pratt dan Jennifer yang tak berbaju dan tidak sesuai ditonton budak bawah umur. Maklumlah cerita cinta romantik atas kapal angkasa kan.

Untuk aksi thriller tak banyak dan tidaklah terlalu thrill. Cuma ada satu scene sahaja masa nak baiki kerosakan kapal. Btw, felin masa scene tu memang agak sedih sebab Jim terpaksa berkorban nyawa untuk Aurora dan kapal Avalon supaya selamat sampai ke planet baru. Bagi yang belum menonton kena find out Jim Preston mati atau tak? Huhu.


Bagi Kak Bell filem ni best, terasa puas bila menonton, tak kisahlah kalau ada yang bagi rating rendah. Memang tak rugi kalau korang tonton. Susunan score muzik pun best dan bila dengar runut bunyi filem ni (Levitate-Imagine Dragons), memang terasa sedih sesuai dengan visual dalam filem ni.  Bagi yang tengah bercinta tu, bolehlah tonton filem ni. To my Chris Pratt, I am truly having a good time before. I am enjoying every second spent :)

Kak bell bagi 7.5/10 bintang ⭐

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top